Wednesday, July 14, 2010

2nd ASEAN School Games


 Meeting di BPG 5 hari sebelum ASG
*sorry pensyarah Dla ponteng kelas dengan alasan*

Assalamualaikum, hari ini hari ketiga Dla berada di UKM (Koleh Aminuddin Baki). Dla di sini bukan suka-suka hati ponteng kuliah bermula dari 12 Julai-21 Julai 2010, tetapi adalah disebabkan menjadi salah seorang komuniti yang bekerja keras untuk menjayakan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) untuk kali yang kedua.

Baiklah ini pengalaman ketiga Dla menyertai Unit Buletin dan Dokumentasi untuk penganjuran sukan, sebelum ini di KAGUM Bandar Penawar  2009 dan SIPMA 2009. Alhamdulillah kutip seberapa banyak pengalaman bukan sahaja dalam bidang penulisan, fotografi, pengurusan dan juga sebagai designer. Jikalau sebelum ini Dla tertumpu kepada penulisan berita kali ini di ASG, Dla jadi designer. Agak nervous sebab belum pernah lagi sebelum buat kerja-kerja designer. Dla mempersiapkan diri dengan mempelajari Indesign dan Pagemaker, tapi di sini tukar kena design menggunakan Illustrator. Pengalaman ini sangat-sangat menarik. Sungguh!  walaupun pada mulanya Dla macam blur je..

hasilnya!

Baiklah, kalau ada masa nanti Dla upload gambar-gambar Dla dan kawan-kawan di sini. Kepada semua yang bertugas dan terlibat dengan ASG pada kali ini diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh komited. Kawan-kawan unit buletin dan dokumentasi teruskan usaha menerbitkan buletin ASG yang lebih baik dan menarik setiap hari.

Masa perasmian semalam (13 Julai 2010)

p/s : Oh ya, Dla risau pensyarah tertanya-tanya mana Dla pergi tak masuk kelas. Sebab jumaat yang lalu, masa meeting kat BPG, baru sehari tak masuk kelas dah pensyarah tanya macam-macam.

4 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

dla, gmbr kte x de ke?
ngeee...
gmbr dla dgn hani ari tu ad..
tp, ble nk ambk ek?

adilah md shah said...

hehe..nnti kalau kite same2 on ym.. ha send by ym je pun ok.. xpun email je..

dahliadilhalida_0705@yahoo.com
=)

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

selamat berLOMO.

adilah md shah said...

fatah : terima kasih.. bakal2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...