Friday, July 30, 2010

Mari Masak Spageti Persahabatan

Assalamualaikum, minggu ni (sabtu dan ahad) boleh dikatakan tinggal dua tiga orang je classmate Dla yang tinggal dekat hostel. Yang lain semua pakat-pakat balik kampung. Alahai kawan-kawan, rindunya masakan rumah. Nanti semua kena tapau makanan rumah terutamanya yang mak masak untuk Dla ea.

Tiba-tiba teringat masakan Kak Yan (geng Dla). Spageti yang sedap di awal pagi hari lahir Dla tempoh hari. Sedap sangat. Tambahan pula air tangan kawan-kawan lain (Atiq, Kak ton dan Kak Fatim), memang mantoplah! rasa erat ukhwah persahabatan. Di sini Dla nak kongsi serba sedikit spageti masakan Kak Yan. Jom cuba.


 Pertama, kita mestilah sediakan bahan-bahannya dulu. Antaranya adalah :-
  • spageti
  • sosej
  • cendawan butang
  • daging kisar
  • sos spegeti
  • sayur hijau
  • air perahan limau nipis atau limau kasturi
  • garam secukup rasa

 Mula-mula kita panaskan minyak, agak-agaklah. Dla tak berapa suka makan makanan yang bayak minyak sangat.Kemudian, tumiskan daging yang telah dikisar halus sehingga naik bau, bertukar warna (dari yang mentah kepada yang telah masak). Ha jangan lupa masukkan garam secukupnya. Jangan banyak sangat makan garam, boleh membawa kepada darah tinggi ok. Perah limau nipis atau limau kasturi dalam dua biji untuk perisa tambahan dan hilangkan bau daging itu tadi.


Setelah daging kisar yang mentah telah masak, masukkan sosej yang telah dipotong-potong. Potong sosej ikut citarasa. Nak tebal-pun boleh nipis pun boleh. Tapi nipis-nipislah senang nak masuk ke mulut.


Kemudian, masukkan cendawan butang, sebelum masukkan tu potonglah dua ke, empat ke untuk mengelakkan ada orang yang tercekik akibat tertelan cendawan butang tu. sebab cendawan butang ni keras sikit. Lagipun kalau potong kecil-kecil ni, surface area cendawan butang tu lebih tinggi, jadi mudah nak masak dan rasa masakan sos spegeti ni meresap sampai dalam. Barulah rasanya uuMmmPh!! (sambil menunjukkan jempol) Termasuk sekali topic sains *rujuk buku fizik berkenaan surface area*.


Oh ya hampir terlupa nak bagitahu. Sambil-sambil menumis bahan nak buat sos spegeti tu. jangan lupa rendam spageti. Spageti ni bahan utama, kalau tak ada bukan spageti namanya. Rendam supaya nanti kalau rebus spageti ia mudah masak dan tak melekat apabila ditoskan. Masak sampai tekstur spageti tu lembut tapi jangan terlalu extreme sangat nanti tak best sebab spageti tu dah masuk terlalu banyak air. Agak-agak kenyal macam mamee (maggi) yang jual kat kedai tu oklah.


Ok, cepat-cepat alihkan pandangan ke periuk yang sedang menumis kesemua bahan tadi (daging kisar, sosej dan cendawan butang). Tuangkan sos spegati ready made yang beli dalam botol kat kedai tu. Kalau budget tinggi boleh beli brand predgo, sos tu sedap. Kalau rasa budget rendah beli brand kimbal pun boleh. Tak kisahlah mana-mana pun, kalau pandai olah masakkan, semuanya jadi sedap. Kan?


Gaul bahan sehingga sebati, biarkan mendidih. Sampai naik bau dan sos betul betul masak.. Akhir sekali sedia untuk dihidang. 


Selamat mencuba! Baca doa sebelum makan, barulah rezeki dari Allah itu rasa berkat. Bismillah.....

4 comments:

.cik yaya. said...

sedapnyee..kena try nieh. hehehe

adilah md shah said...

ha cik yaya wajib try.. lagi2 masak dgn penuh kasih sayang.. mantop!

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

huh!
sggh mgliurkan.
nk2 plak, msak dlm rice cooker n heater!
berkat!
=p

adilah md shah said...

dina... shhh diam2.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...