Sunday, May 15, 2011

21 tahun sekali dalam seumur hidup...



Assalamualaikum... ngeee~~~ 7 Mei 2011! Selamat hari jadi.. Selamat hari Jadi.. Selamat hari Jadi untuk Dla.. Selamat hari jadi... Yea!! tiup lilin.. tiup lilin.. Sudahlah tu zaman  kecik-kecik bolehlah nak buat macam tu kan. Sekarang Dla dah masuk 21 tahun..tua dah ni, belajar pun tak habis lagi. Dulu arwah mak Dla, umur 21 tahun dah berkahwin dengan abah. Oh tidak~ sekarang dah moden tak perlu menggatal. Mari belajar sehingga khatam. Walaupun orang kata perempuan belajar tinggi-tinggi ke dapur jua, tak kisahlah belajar tetap belajar. Macam ni lah kalau obses dengan belajar tapi pandai tak juga.. -_-"

Dla predict tahun ni no more birthday celebration kawan-kawan. Kononnya tak mahu ingat pun tarikh birthday tahun ni. Sedih...~~ T_T. So buat-buat lupa dan buat-buat normal je. Tiba-tiba je Kak Yan, Kak Fatim dan Atiq buat birthday celebration in advance. Baru pukul 10 malam bertarikh 6 Mei kot. 20 tahun yang lampau, 4.30 pagi baru Dla lahir. Awalnya korang celebrate. Terima kasih kawan-kawan, korang memang best, berjaya menukar suasana suram dan kesedihan kepada keceriaan yang buat Dla rasa lupakanlah sedih-sedih tu...owh ya, malam tu celebrate sekali birthday Kak Ton sebab masa bulan enam nanti cuti semester, so alang-alang sekalikan je celebration untuk Kak Ton.

Tak pasal-pasal 7 Mei Dla pergi merayap kat Jusco Seremban 2 tu ha. Oklah, asyik terperap dalam bilik je study sebab exam dah nak kunjung tiba. At least, keluarlah dari kepompong kampus tercinta ni pada hari yang indah ni. Lepas tu balik kampus semuala sambunglah study balik. 

Selalunya orang akan kata macam ni "semakin meningkat umur kita semakin dekat kita kepada kematian" Ya tidak dapat dinafikan oleh yang demikian "semakin meningkat umur kita, kita perlulah semakin berusaha mendekati Allah dengan beramal ibadat dan memenuhi rohani serta jasmani dengan perkara yang membawa kepada kebaikan". Insya Allah.. doakan Dla  :) :) umur 21 tahun ni sekali je dalam seumur hidup. Tahun depan dah umur lain pula dengan keizinan Allah. Kita tak tahukan ajal maut kita. Insya Allah Dla akan memanfaatkan usia yang dianugerahNya... :)


Mencari suatu lokasi tersembunyi,
lebih mudah dari tempat yang tinggi.
Ambilah jarak dari perilaku sehari-hari,
biar lebih mudah menggali potensi diri.

Jangan puas hanya dengan satu piagam
Jangan puas dengan yang telah kau lakukan
Jangan biarkan Sang angin membeku kedinginan
Selamat Ulang Tahun Kuucapkan
Semoga Dirimu Semakin Dekat dengan Tuhan



SELAMAT HARI LAHIR BUAT ADILAH.. 




2 comments:

cikgu fiQ said...

ckp salah,xckp salah...
tp baru 21 ka?hehe!
bulan 1 ri2 dah lepas dah...
nway,,bW here...
sudi2 la usha sy nye Blog,,
http://simpleasfiq.blogspot.com/
kaLu nk foLLow,diaLu2kan~

adilah md shah said...

cikgu fiq... ape yg cakap salah xcakap salah tu.. hehe dah usha dah blog.. nice la.. nk hadiah boleh.. createkan header baru blog ni hehe :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...