Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu! sekarang Dla bakal cikgu jugak.. :) :)


Dla bakal cikgu.. he he he :)
       Assalamualaikum.. seluruh Malaysia especially murid-murid sekolah tahu 16 Mei adalah hari guru. Di peringkat yang lebih tinggi macam universiti ke, kolej ke tak berapa nak sure celebrate ke tak hari guru ni. Walaupun namanya pensyarah tapi masih lagi dikira sebagai guru sebab tugasnya mendidik juga. oo mungkin ada ucapan-ucapan yang diberikan cuma sambutan tu tak berapa nak spesifik macam di sekolah. Di IPG (Institut Pendidikan Guru) of course lah, walaupun masih bergelar pelatih tapi terasa kalau ada sambutan hari guru tu. Masa 16 Mei ni lah ada murid-murid yang call, wish dalam fb ataupun mesejlah. Masa ni lah rasa sangat dihargai dan diingati oleh murid-murid. Bestkan ~~~ :)

          Dla dah 3 tahun setengah di IPG Kampus Raja Melewar ni. Walaupun masih bergelar student tapi sebab tiap-tiap semester pergi sekolah jadi semakin terasalah kemenjadian seorang guru tu. Rasa tu mungkin lebih lagi bila Dla masuk semester atas-atas sebab kena ergi sekolah lebih lama lagi, yela praktikal berbulan-bulan. Masa kecik-kecik dulu DLa selalu juga main "cikgu-cikgu" dengan kawan-kawan tapi taklah terfikir nak jadi cikgu bila dah besar. SERIUS. Lepas SPM pun dah target nak jadi surveyer, dapat pula sambung belajar kat UITM Arau Perlis. Rasa macam seronok sangat-sangat. Setelah dipujuk rayu oleh family Dla terpaksa meninggalkan cita-cita, impian, kawan-kawan di UITM sebab nak masuk ni la IPG ni. Serius Dla katakan setelah melepasi asasi satu tahun setengah dan masuk degree tahun pertama barulah Dla suka dengan kerjaya bakal guru ni. Lama nak pujuk hati yang lara ni. Mungkin rezeki Dla di sini dan belajar dengan restu keluarga sememangnya rasa lebih tenang dan dipermudahkan. INsya Allah.


          Dulu masa sekolah Dla ni SO-SO. Tak nakal sangat, cikgu pun sayang. Innocent lah konon dengar je cakap cikgu. Sekolah menengah ok lagi, naik je tingkatan 4 dan 5 dah start dah nakal dia. Suka lepak dekat bawah meja cikgu di bilik kaunseling. Bukan bermasalah ok, Dla suka duduk situ borak-borak dengan cikgu Ainon. Lepas tu dah start buat perangai tido dalam kelas sejarah dan biologi. Cikgu Dla masa tu dah faham dah, "sorry cikgu, mata ni dia tak boleh nak tahan, tapi sy janji peperiksaan sy buat yag terbaik" Alhamdulillah.. berjaya! Lepas tu adalah satu hari terkecikkan hati cikgu matematik. Serius tak sengaja, Dla ni memang tak suka matematik, so masuk kelas lambat sebab duduk lama kat makmal jumpa cikgu belajar biologi. Tanya banyak soalan biologi sampai lupa kelas matematik. Masuk kelas je cikgu matematik muka dah masam, paling tak menahan cikgu tu mengalirkan air mata. Waaaaaaaa.. Sentap!! Zalimnya.. Dla tak pernah buat cikgu macam tu. Tapi pada pandangan Dla cikgu tu pun ada masalah lain kot. Sebab sebelum ni tak pernah pun cikgu tu maccam ni. So, Dla pun memulakan sesi pujuk memujuk cikgu di bilik guru. Meleleh air mata mintak maaf ni, dah xheran cikgu-cikgu lain tengok drama yang sedang berlangsung di bilik guru. Agak pelik lah sebab cikgu-cikgu kat bilik guru tertanya-tanya, budak Adilah ni tak pernah buat hal , selama ni ok je tiba-tiba je jadi macam ni.. Tak mengapalah dah terlepas, jadi iktibar.. "Cikgu sy promise tak buat lagi.. saya sayang cikgu tau"... menangis happy pulak cikgu matematik Dla. Barulah lega :) :) :)


        Susah sebenarnya nak jadi pendidik. Banyak cabaran, bukannya kena mengajar je, sekarang ni cikgulah segala-galanya. Cikgulah fasilitator, cikgulah juurulatih, buat kertas kerja, susun program, motivasi murid-murid, jadi pendengar dan memahami murid-murid, jadi doktor murid-murid. Pendek kata semualah. Jadi hargailah insan yang bergelar guru.. Sebab tanpa guru anda mungkin tidak menjadi diri anda sekarang. 

Selamat hari guru buat guru-guru ku :

    - SK Seri Mendapat
    - SMK Datuk Menteri
    - IPG Kampus Raja Melewar
    - Rakan-rakan seperjuangan bakal pendidik di IPG seluruh Malaysia
    - dan lain-lain yang menjadi guru secara formal dan tidak formal

Cikgu zin.. cikgu kemahiran hidup masa darjah 5 yang sangat garang tapi lawak.. hehe 

cikgu ngaesah, cikgu masa darjah 1, merangkap guru kelas. Sebab cikgu lah dak Dla jadi pandai 

cikgu tepuk tampar Dla dari darjah 4 sampai darjah 6. sakit!! tapi  sebab cikgulah sy terror buat english essay.. :)

Dla suka belajar literature dengan cikgu.. Best sangat2!! masa form 4

Cikgu mala yang banyak sokong dalam subjek Geografi walaupun Dla ambil luar pakej je 

Ustazah Hanan yang layan DLa macam kawan2.. sangat memahami! sayang ustazah sangat2!


cikgu khir, guru disiplin SMKDM.. ajar subjek sejarah memang best! Terbaiklah cikgu

Terima kasih cikgu-cikgu..  Sorry ada pic yang Dla dari fb. Cikgu-cikgu yang lain (tiada gambar di atas) Dla sayang jugak, tapi xjumpa fb atau gambar.. Kalau boleh nak cerita semua pasal cikgu-cikgu dari pra sekolah sampai sekarang.. Tapi apakan daya.. Next time pulak.. :) :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...