Monday, June 13, 2011

10 things about me

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah habis exam untuk semester ni dan sekarang tangah bercuti..Yea!! macam-macam benda nak update tapi masa exam kononya nak fokus la, no FB no Blog.. misi berjaya ok! Entri kali ni nak santai-santai je. Dapat tag dari kak nina (blog kak nina bertitle hush), senior Dla kos PSV.. wah! sangat terro bab seni-seni ni. Jeles ok..Baik la, Dla nak jawab "10 things about me".. (kalau ikutkan hati banyak kot, tapi apa yang terlintas je Dla tulis ek)


1
Ok dari kecik tangan memang gatal tak boleh dok diam ok..suka main gunting kertas, kain2 perca mak dan apa jela yang boleh digunting sampai besar akhirnya jadi part time crafter :) Suka sangat pada craft!!


2
Suka teramat sangat dengan coklat dan kek... tak tau nak cakap macam mana lagi dah selalu mengidam~~


3
 Kalau kecik hati suka diam.. so kalau diam something wrong la tu.. pastu dah lama baru nak cite. Bajet ok padahal sentap makan dalam.. pastu meleleh je air mata sorok2 konon2 sedih tengok cite korea la, makan pedas2 sampai keluar air mata la.. tapi kawan yang rapat selalu dapat teka..


4
Sibukkan diri dengan buat macam2 kerja macam study walaupun tak masuk, buat craft, buat jela apa2 kalau nak lupakan sesuatu


5
Sangat sayang pada family dan kawan2 tapi tak nak cakap sebab malu... BLUSHING~~~
(so faham2 la kawan2, Dla ni tak contact kawan2 melainkan korang yang start contact Dla dulu sebab Dla segan bukan sombong ok..)


6
Kalau dah addicted satu bende tu Dla akan stick je pada bende tu sampai bosan. Contohnya Dla addicted makan biskut so hari2 pergi kelas akan bawa biskut dalam bilik pun makan biskut, mana2 jela biskut tak tinggal. Pernah addicted revive so hari2 akan beli berbotol2 revive, berlambak2 dah boleh buat model KLCC.


7
Suka dengar something tak kira la lagu atau talk yang berbentuk motivasi kalau tengah buat kerja or assignment.


8
Susah nak bercakap kalau segan tapi akan bercakap macam bertih jagung tengah masak kalau dah mula selesa nak bercakap.


9
Suka mengunyah tak kira masa.. mulut ingin sentiasa berisi.. hehe : p



10
bukan seorang yang penyabar rasanya ~~~ tapi tabah kot


ok that's all :) :)

2 comments:

Hush said...

hehehe.
maceh sebab sudi ditag!
lepas ni ada lagi remaining 9 hari lagi tentang things.
boleh la completekan. tengok kat blog org 10 things tu. :)

adilah md shah said...

hehehe.. punye la banyak paal 10 things bla bla bla~~ hehe orait kakak comel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...