Monday, December 19, 2011

saat bau kami bersatu-padu~

Assalamualaikum, ha cuti-cuti ni saje la ikut abang ipar pergi ladang.. Bosan duduk rumah so pergi kat ladang tu boleh cuci mata.. "Sahaja aku cuci mata".. teeet! Hehe Ala ni baik punya tau. Tengok-tengok kambing, lembu, ayam kehijauan, menikmati alam. Di samping menghilangkan stress semester lepas dengan beramah mesra dan bergurau senda dengan haiwan-haiwan yang ada di situ. Pehhh~ best! Kalau kat seremban tu mana la nak cari kawasan ladang area kampus. Takkan nak tumpang belai kambing lembu orang ke. Kang orang ingat budak ni buang tabiat ke ape~ Oleh yang demikian mainlah dengan kucing je. Ok la daripada takde. 

haha comel tak :p

Mula-mula tengok dari jauh je. Lama dah tak datang ladang. Kang lembu kena kejutan xpasal-pasal kena kejar tak pun kena hempap berganda berat tu. Lepas tu dekat sikit-sikit dan berjaya pegang hahaha~

ni kak ngah Dla dan Hanef (bakal pewaris kot hehe)


manje + ngade-ngade

Rupanya manja si lembu-lembu ni. Bergesel-gesel kepala  kat Dla. Kuat kot menyondol kalau tak stabil boleh jatuh. Alahai so adorable la~ tiba-tiba lembu-lembu ni terus jadi cute di mata Dla.. hehe


Kat atas ni lembu baka ( jenis Charolais).  Serius cute.. haha tak caye nanti Dla tunjuk seekor ek. Ala cute macam pelakon Boys Over Flower si Jun Pyo ( tak guna nama sebenar die). Yang dok menyondol dan manja-manja tu bukan lembu baka. Dia datang tumpang popular nak makan sama-sama je sambil nak menyelit sekali dalam gambar yang Dla snap. Kan ter snap dah dapat masuk blog IlhamAdilah... hihi

ha see~ sama x macam jun pyo.. hehe identiti lembu terpaksa dirahsiakan lol~

Seronok tengok lembu meragut rumput. Actually tak meragut pun, lembu ni makan makanan yang di proses. Diaorang ni makan hampas gandum, hampas soya dengan batang jagung yang dah di hancurkan. Wah dah macam nestum baby cepat hadam. Terhibur hati ni tengok lembu makan. Dah si Adilah ni kenapa??? Lembu dok makan Dla pun kacau la. Masa ni la nk sentuh nak cubit semua lah.




tengah ambil gambar, lembu yang belakang tu pelan-pelan datang dekat. ni kalau kene tanduk dari belakang memang tak ada maaf ok

Lepas tu dah bosan mengadap lembu pergi tengok kambing biri-biri pulak. Lagilah manja dan cute! Tapi kenapa kambing biri-biri ni bulu dia tak berapa nak best macam kat luar negara?? Kat sini kasar semacam nak buat sweater pun gatal kot. Ini adalah disebabkan cuaca Malaysia tak sesuai untuk pertumbuhan bulu biri-biri yang bagus. Terfikir pulak agak-agak kalau bagi syampu berkesan tak?? boleh try test syampu mana kat Malaysia ni paling berkesan untuk kekusutan yang kritikal :p



Kalau main-main dengan kambing dalam kandang tak berapa nak syok. Ha bila kambing dilepaskan Dla pun ikut sama berlari-lari dengan mereka ni. Bahagia wooh~. 


Masa Dla masuk kandang, semua kambing ni tengok macam tak puas hati. Sabo je la. Abang ipar Dla kata hati-hati sebab ada kambing yang menyondol orang. Ada la orang yang dah pernah kena sondol. So disebabkan Dla tak nak jadi mangsa , harus hati-hati! Buat malu je kalau kena -_-"


ni mesti kambing pangkat nenek, kambingg lain bukak kandang je berlari-lari keluar, yang nenek ni maintain dok dalam je, siap duduk melunjur kaki hihi :p

ni kambing ibu baru lepas bersalin, berseri je muka kambing ni~ senyum kambing hehee

Ok Dla nampak macam jakun. Tak adalah bukan jakun tapi happy. Sometimes Dla hyper, so bila dah datang angin hyper apa pun jadi. Ingatkan Dla sorang je yang jadi macam tu, rupanya Hanef (anak sedara Dla) dengan Anis (adik Dla) pun sama je.. hehehe~

hak hak hak~ nak buat profil FB la tu lol :p


ni hasilnya! haha adik Dla kata kalau upload pic ni die nak sue akak die.. haha lantak!

Hanef kalau geram semua benda dia nak ramas. haha Hanef dari baby dah biasa dah dengan kambing lembu ni. 


Masa ni Dla keluar kandang, pintu tutup semua berkejar ke pintu.. Alahai macam nak ikut balik rumah muka masing-masing sedih (haha tau tau je muka kambing tu sedih macam mane). Tu la tadi semua tengok macam tak puas hati, ni takkan nak ikut balik pulak hehe 


setelah bermain-main, bermanja-manja dengan kambing-kambing dan lembu-lembu. habis kotor semua baju. Segala tanah-tanah, bulu-bulu semua melekat-melekat. Memang bau kami dengan mereka tu bersatu padulah. haha tak kisah balik mandi :p
(Cik ila ucuk la! bau kambing, Anep pun ucuk bau lembu hahaha, sama je semua yang penting kita happy ^^)

iluvcrafting: sape nak order kambing, lembu or ayam sebarang majlis (korban/aqiqah), menjual dan membeli lembu dan bebiri serta bekalan peralatan dan ubat-ubatan boleh la survey kat sini~

Rassuria Agro Enterprise
Jalan Salman, Kampung Dato' Ibrahim Majid, 86200 Simpang Renggam, Johor
email : rassuriaagro@yahoo.com.my


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...