Wednesday, May 8, 2013

Officially 23.. :)

Assalamualaikum.. Alhamdulillah Dla secara rasminya berumur 23 tahun.. Dulu masa kecik-kecik sibuk nak cepat besar, sekarang umur semakin meningkat macam-macam nk kena fikir. Apapun, meningkatnya umur Dla bermaksud lebih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, lebih banyak cabaran yang bakal dihadapi dan yang lebih penting semakin dekat dengan kematian. 

Disebabkan 7 Mei jatuh pada study week, kurang kelas so sampai tarikh tak berapa nak ingat. Selalu kalau pegi sekolah je ingat tarikh sebab nak tulis dekat whiteboard. Hihi malulah cikgu kalau tak ingat tarikh u'olls~ memang terlupa & xsure la bila besday sendiri.

06052013
Thanks kat classmate (Yaya, Mek, Ika & Hani) sebab sambut becoming birthday pada 6 Mei. Before tu kiteorang main runningman dalam Aeon seremban 2. Mereka menghilangkan diri dan meninggalkan Dla. kah kah~ Dla pun round la ke mana-mana cari diorang. Call sorang pun xnak angkat. At last Hani angkat call lepas tu berkumpul. Hani la ada ke dia suruh perhatikan gambar kira berapa jari budak-budak dan gigi budak kecik kat wall Aeon seremban tu hehe.. Sebagai budak perempuan yang inesen lagi "telaten" (teliti), Dla pun kira jela. Mek & ika datang bawak kek.. Together diorang nyanyi lagu happy birthday :) Tq so much korang..malu aku meja sebelah-sebelah tengok.. hehe


potong kek yeay!! suke makan kek.. 



Ika chan & mek chan



yaya chan & hani chan 



blueberry + white chocolate cake.. all the way from wonderful cake house..
yummy!! 



Malam tu lepas balik dari Seremban 2, kiteorg tengok movie dalam bilik sambil masak
 spageti untuk makan malam.. terbaik! :) 


07052013
Pagi 7 Mei tu ada kelas revision pulak kan. Memang tiap-tiap tahun masa hari jadi mesti ade je kelas, xpun musim exam la. Ingatkan dapatlah rehat, mengemas ke, mengisi masa lapang dengan hobi suka tidur.. ops~ hehe.. Akibat malam besday tu sibuk reply mesej wish besday & call, yela dapat free call kan.. pagi tu kat kelas serius mengantuk tahap tak boleh fokus. Amek kau padan muka Dla. Jarang sangat mengantuk dalam kelas EDU, ni first time kot sepanjang satu sem ni. Mengantuk tapi masih lagi menulis, tulisan pun dah macam pen tak jejak atas kertas, terlentuk-lentuk lalu terlelap, terjaga, terlelap. Air mineral minum banyak-banyak tapi xberkesan jugak hilangkan ngantuk. "Sorry lecturer~ ampun beribu-ribu ampun. Saya akan buat yang terbaik masa exam"..


Habis kelas, petang tu kawan-kawan plan ajak cari tudung bridemaids sebab belum cari lagi tudung yang sesuai dengan baju. Dla rasa macam malas nak join, so 50-50 la nak keluar ke tak. After solat zohor mek ajak nak photoshoot kat City Park sempena birthday Dla & pre wedding yaya kononnya. Yela sorang lagi kawan dah diambil prince charm, lagipun ni tahun akhir kiteorang so banyak snap gambar buat kenangan. Oklah, ambil keputusan Dla mesti join ni. Jenuhlah diorang suruh Dla pakai peplum putih sebab nak photoshoot katenya. Peplum tu Dla beli xpernah lagi pakai sebab macam over nk pegi jalan-jalan pakai cenggitu. At last pakai jugak, sebabnya semua orang setuju nak pakai cantik-cantik.. haha malu tau tak sebab tak biasa sangat pakai over-over selalu pakai t-shirt je. 



photoshoot kat city park kononnya, tapi hujan lebat tiba-tiba, so tukar plan 
pegi makan-makan


Hani chan, Adel chan (Dla)  & Mek chan

Masa masuk chicken rice shop boleh pulak kawan-kawan duduk kat meja dah siap serve makanan. "Eh , apesal korang duduk situ, duduk sini yg kosong, tu dah kena book dengan orang lain tu". Dla pun tunggu mana waiter ni apesal xbagi menu. Disebabkan teringin nk makan aiskrim, so Dla ajak Mek jomla beli aiskrim, kawan2 lain tak bagi makan aiskrim katanya sejuk-sejuk, hujan lebat tak payah makan aiskrim. Tapi teringin sangat, so pergi jugak. Tengah beli aiskrim Hani call Mek, Hani kata makan di sponsor oleh hilmi, meja yang dah siap serve tadi tu meja kitalah, hilmi kawan kiteorang jugak ( http://www.hil.my/ ) sebab bisnes ada untung sikit katenye tu sebab dia belanja kata Hani. Haha of course la best, dah la birthday kita dapat hangout dengan kawan-kawan, makan pulak tak payah keluar duit, kelas half day. Haruslah bersyukur :) tak dapat photoshoot tapi dapat makan banyak-banyak.


Yaya chan, Solehah chan, ika chan

Penat nak habiskan makanan yang banyak, actually Dla mana makan banyak sangat, nasi separuh pun dah cukup. Gigih menghabiskan makanan, sebab kawan-kawan kata "ko mesti habiskan". Ok fine, menghabiskan sikit lagi makanan sambil mulut Dla kata "nak dapat suami soleh makan kena habiskan, hihi". Yaya pun cakap "eleh ko dah bagi sikit nasi kat solehah tadi nak dapat soleh macam mane" haha~... ok ok~
Korang tau tak dah la semput nak makan sampai habis, dah habis makan tu rasa nak terkeluar balik pun ada jugak.  Tarik nafas panjang-panjang, bersyukur penuh perut. Pastu sibuk main handphone snap-snap gambar dengan riang gembira. Tengah godak-godak baby HTC, macam terperasan ada kelibat tarik kerusi duduk sebelah mek. Ah~ biarlah, tiba-tiba pandang.. ok.......................................................... berhenti kejap jantung  ..sampai baby HTC pun terhempas.. macam mane boleh muncul tiba-tiba kat sini.. hehe orang kat chicken rice shop bawak keluar kek, semua nyanyi lagu besday.. ouww~ Dla masih terpinga-pinga & malu.. ape sebenarnya yg terjadi.. haha~



selepas terkejut, terketawa sikit..malu lebih haha



Suprise!!.. thank you so much. :)  hun.. orang yg belanja makan, gigih plan dengan kawan-kawan nak keluar bagai kononnya nak pegi beli tudung bridemaids, photoshoot pre wedding yaya kat city park..dah lama kita tak bersua.. sibuk dan sangat workaholic..kelakar ok..hehe dah beberapa hari korang semua plan kan.. tq so much korang bt suprise besday utk Dla, nak buat kat taman tak jadi sebab hujan, tukar plan laju-laju..  bersungguh2 sangat.. terharu.. yang penting masih lagi malu korang dress up ak ye ye sangat.. sampai aku nk berjalan pun segan..  kawan-kawan kata kali ni keluar biar nampak lain sikit..hehe seriously, i'm totally speechless.. mimpikah..? tidak.. ini betul-betul..


cake yg sangat2 awesome & sangat2 sedap.. all the way from KL..pistachios bakery.. 
siap tumpang icebox kat kedai makan.. :)






Terima kasih hun, terima kasih hani, yaya, mek, ika, solehah.. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung buat kejutan.. rasa dihargai, diingati, didoakan dan disayangi.. Terima Kasih.. lagipun ini tahun akhir, lepas ni kita semua akan membawa haluan masing-masing.. terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk doa2 kalian juga untuk hadiah yang berdouble-double awesome :)


 

sangat muat dikaki.. terima kasih..boleh letak banyak kad dalam purse.. :) 



Dla suka sangat makan daging sehingga digelar karnivor..
 i got pink moo moo.. nyum!! makan dia hehe



pink purple pencil case "teacher" yeah!
id holder yg cweeet sangat :) pink jugak hihi



iluvcrafting : Terima kasih jugak kpd Family, cousin, aunty, uncle, lecturer, cikgu2,  anak2 sedara,  kawan2 IPG, kawan2 sekolah, kawan2 kem, kawan2 crafter, kawan2 fb, kawan2 twitter, murid2 dan lain2 yang terlupa tidak disebut. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian.. Alhamdulillah.. Allah sayankan saya, semua sayangkan saya.. :) 


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...