Monday, May 2, 2011

ini cerita PBS 3 episod akhir..


Assalamualaikum..
Disebabkan cerita PBS Dla dah basi Dla ambil keputusan nak rangkumkan je seminggu yang penuh bermakna di Sekolah Tanjung Gahai menjadi satu entri. Sekadar menjadi diari atau ingatan sekiranya Dla menulis tentang hal ini walaupun sedikit. Apa yang penting adalah pengalaman yang Dla peroleh di sana.

Kalau rajin bolehlah tengok-tengok entri lepas 

Pagi macam biasalah waktu sekolah of course ada dekat sekolah, masuk kelas ganti, buat tugasan-tugasan sebagai seorang guru dan macam-macam lagi. Petang kami turun padang, ajar murid-murid main bola jaring, bersukan dan beriadah.

hikhikhik.. macam ni rupanya
teringan zaman kecik-kecik.. samalah macam ni kite...

main bola jaring
cikgu dah keletihan
Sebelah malam setiap hari, kami bersembilan duduk sama-sama dengan student ni semua. Prep sama-sama dengan mereka. Seminggu yang penuh bermakan buat mereka sebab sebelum-sebelum ni prep tak ada guru pembimbing. Cuma ada warden seorang je. Warden pun ada kerja nak buat. So nak tak nak kena belajar sendiri kalau tak tahu nak tanya siapa??? Kecian! -_-" tak sampai hati. 







Selain buat tugasan untuk mata pelajaran anatomi dan fisiologi. Kami bersembilan ni sempat menyumbang tenaga untuk kemas dan arrange balik buku-buku di perpustakaan. Susah jadi guru Pusat Sumber Sekolah (PSS). Tak menang tangan, sorang je lepas tu banyak lagi tugasan nak buat. At least sepanjang seminggu kami ada di sana kami tolong-tolong apa yang patut meringankan beban cikgu PSS yang kecil molek. Then, kami tolong arrange, ganti maklumat dekat papan kenyataan sekolah, papan kenyataan Anti Dadah dan lain-lain. Persiapan untuk Majlis Tilawah Al-Quran pun kita semua ada involve, jadual tugasan siap dah dapat sebelum kita semua sampai kat sekolah tu. Tip TOP la!!







Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita
Sekolah ni best sangat sebab suasananya. Serius memang kampung dekat dalam, Sejuk dan 45 minit je nak ke Cameron Highland kata student kat situ la. Kabus here and there. Udara nyaman, pokok-pokok banyak, memang tak tercemar. Rindu kampung Dla sangat-sangat. Landskap sekolah ni pun menarik. 

Yang lagi best, kita minum, mandi, masak, membasuh dan apa-apa yang memerlukan air semua pakai air bawah tanah. Air mineral original. Sedap sangat, segar je. Bukak paip, ambil gelas terus boleh minum. Heaven sangat kalau kat kampus atau kat rumah Dla boleh buat macam tu. Mandi pun kalau dah terlambat atau banyak sangat air dah digunakan terus pain tak boleh keluar air. Kenalah tunggu lama sikit baru air ada balik. Yelah dari bawah tanah nak kena pam dulu. Kalau air keluar terpaksalah kita mandi kat kolah ramai-ramai. hehe seronok tapi sejuk ya amat!







Kat sekolah ni ada macam ala-ala "Drop Everything And Read (D.E.A.R)" menarik. Pagi-pagi sebelum masuk kelas semua duduk dekat dataran, dalam kabus-kabus sejuk-sejuk masing-masing pegang buku membaca. Kakak dan Abang pengawas pula duduk menyemak bacaan sambil mengajar adik-adik yang lemah dalam membaca. Sejuk hati cikgu datang sekolah teangok anak-anak murid macam ni. 

scout!! buat habis baik...
tekun je... ada yang tak tekun jugak hehe

Sepanjang seminggu di Sekolah Tanjung Gahai ni meninggalkan seribu satu perasaan, pengalaman dan macam-macam lagi yang sukar untuk coretkan melalui tulisan. Murid-murid di sekolah ni sangat menghargai kehadiran kami sembilan orang untuk membantu dan memberi ilmu kepada mereka. Murid-murid sangat hormat, mendahulukan cikgu-cikgu dalam apa jua keadaan. Disebabkan sekolah ni terletak di kawasan pendalaman, jadi kami sembilan orang tak dapat nak keluar tambahan pula tak ada kenderaan. So, mak ayah murid-murid ni datang ke sekolah melawat anak-anak di asrama belilah macam-macam kat anak-anak. Murid-murid kat sini tak lokek pun, sanggup tu share dengan kami, makan sama-sama dengan kawan-kawan, bagi cikgu-cikgu. Sikit sama sikit. 

Hari terakhir di sekolah ni kebetulan saing hari terbuka. Jadi dapatlah jumpa ibu bapa murid-murid ni. Ibu bapa pun memang bagus sangat berkerjasama  dan rapat dengan cikgu-cikgu. Nampaj sangat ibu bapa harapkan sekolah ni dapat mendidik dan membentuk anak-anak mereka pada masa akan datang. Situasi sekolah kampung kebanyakannya memang beginikan. Terharu T_T............Dla sempat juga jumpa dengan ibu bapa menti Dla untuk kelas prep setiap malam. Siap pesan lagi "cikgu tolonglah tengok-tengok anak saya ni, anak saya ni ada masalah itu ini... bla..bla..bla..." Mak cik! Pak Cik! saya hanyalah guru pelatih yang akan pulang ke tempat asal, tempoh seminggu dah tamat. Alahai touching habis nak menangis depan ibu bapa murid-murid ni...namun ku tahan jua.. Tak mengapalah amanat kemenjadian seorang guru itu sememangnya banyak dari ibu bapa. Insya Allah Dla akan cuba sedaya upaya jadi cikgu yang terbaik buat anak-anak bangsa.. 


Kami pulang pada hari jumaat itu juga selepas habis waktu persekolahan, sebab kena buat dua trip, tak cukup transport nak balik dan keluar semula ke Kuala Lipis (kediaman mak ayah Solehah di IPG Tengku Ampuan Afzan). Masa nak balik tu, murid-murid ni dok iring kami hantar sampai depan pintu pagar sekolah. Tangkap dalam ni sedih bukan main. Siap ada yang bagi-bagi makanan, roti lah, gula-gula lah... Sedihnya! kenapa bagi cikgu?? habis tu kalau bagi cikgu apalah yang murid-murid ni nak makan?? ada stok lagi ke??  sedih.... sedih...sedih.... 

Disebabkan cikgu Dla ni tak ada apa-apa nak bagi kat student. Tak dapat nak keluar mana-mana dari kawasan pendalaman ni. Tak jumpa kedai dan apa-apa lah yang berkaitan untuk beli barang so cikgu Dla koreklah apa-apa dalam beg jumpe la kertas keras. So dalam kepala ni tak lain tak bukan buat bookmark je. Sukanya student-student dapat bookmark.. Sorry cikgu tak ada apa-apa yang special nak bagi. Sukanya mereka ni dapat bookmark......ok.....cikgu sedih lagi ....................................

Bookmark cikgu buat 1 hari.. rasanya sangat tak lawa
dengan student darjah 4

sebelum pergi sekolah sepat lagi snap gambar suasana pagi

dapat no 1 bola sepak peringkat zon! korang memang best...!

last day.......
juadah terakhir masa majlis perpisahan dan penghargaan 

bilalah cikgu akan sampai ke sekolah ni lagi.....

Buat anak-anak murid cikgu di SK Tanjung Gahai, kalau dah besar kang dah pandai google-google blog, dah ada wireless kat kampung, mana tahu tergoogle lalu terjumpa blog cikgu masa tu cikgu dah tua ke, cikgu nak kata walaupun kejap je cikgu kat sana tapi memang seronoklah. Setiap kali PBS tu pengalaman dan perasaanya memang lain. Cikgu akui PBS kali ini paling terasa kemenjadian seorang guru tu. 

Terima kasih 
  • bagi cikgu macam-macam jajanlah, satelah, biskutlah.. ish2 risau cikgu korang tak makan tau.. mak ayah beli suruh makan ni korang bagi cikgu pulak..
  • ajar cikgu cakap pahang.. cikgu ni lambat pick up sikit bahasa pahang tapi seronok sangat kita duduk bawah pokok borank-borak
  • ketuk-ketuk pintu rumah sambil tanya "cikgu turun padang tak?? nak main bola jaring sama-sama"
  • pagi-pagi tadahkan air kolah siap simpan tak sentuh langsung air kolah tu sebab nak bagi cikgu-cikgu korang yang sembilan ni guna air tu incase tak ada air nak mandi.
  • PBS paling lama luangkan masa dengan student.. sebab dari ke pagi sampai ke malam cikgu-cikgu dengan korang.. mula waktu sekolah, petang lagi sampai prep malam... selalu cikgu buat PBS tengah hari je dah balik rumah lepak..
  • tak tahu la nak terima kasih apa lagi banyak sangat... PBS terbaik setakat ni! Cikgu sayang semua :) :)


3 comments:

Hush said...

eh, sekolah kebangsaan ni ada asrama?

adilah md shah said...

kak nina.. a'ah sekolah ni ada asrama... ada dari darjah 1 samapi darjah 6...

Unknown said...

saya pernah sekolah kat sini dulu..tahun 94-96..alaahhh rindunye..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...