Saturday, January 30, 2010

Selamat hari lahir Kak Yan

Alhamdulillah, biarpun dalam kecelaruan Dla masih boleh tenang menghadapi segalanya. Dla dah mula dapat Kerja Kursus untuk semester ini. Nota Independent Self Learning (ISL) masih banyak belum diselesaikan. Nampaknya Dla perlu lebih pantas. Kalau tidak bukan ketinggalan dengan kawan-kawan, malah diri sendiri yang susah nanti. Lab report masih berbaki satu. Tutorial baru separuh jalan.

Dalam pada kesibukkan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sempat juga Dla dan kawan-kawan keluar berjalan-jalan. Kononnya lari sebentar dari kekacauan fikiran yang sedang menular akibat kerja yang banyak belum diselesaikan. Pada 22 Januari yang lalu, Dla dan kawan-kawan sempat keluar menyambut hari lahir Kak Yan, salah seorang student baru dalam kelas Dla yang sebelum ini belajar di INTECT Uitm.


Kami rancang dalam keadaan tergesa-gesa sebab semuanya sibuk dengan kelas. Alhamdulillah, kebetulan Dla dan Atiqah sempat curi-curi keluar membeli kek dan makanan tanpa diketahui Kak Yan. Kami terus bawa Kak Yan keluar usai kelas ELP dan ke Masjid Negeri, solat Asar di sana.

Walaupun secara kecil-kecilan, kami semua rasa ia sangat bermakna. Kak Yan pun terkejut juga .Destinasi kami hanyalah di Taman Tasik Seremban.




Tuesday, January 26, 2010

Noir Jewelry giveaway


Minggu ni Dla tak sihat sangat, sedikit injured kerana jatuh. Tak mengapalah. Hari ni saja berjalan ke Noir Jewelry dan jumpa giveaway ni..Jom join, saja suka-suka. Hadiahnya menarik juga. Sangat cantik dan putih.

Apa yang Dla perlu buat :

1)JADI FOLLOWER NOIR JEWELRY (DONE)
2)BUAT ENTRY TENTANG GIVEAWAY NOIR JEWELRY DALAM BLOG ANDA -PROMOTE LA SIKIT HEHE (DONE)
3)ADD NOIR JEWELRY DALAM BLOG LIST ANDA (DONE)
4)TINGGALKAN KOMEN DAN LINK BLOG & EMAIL ANDA(DONE)


TARIKH GIVEAWAY 26 JANUARI - 26 FEBRUARI 2010

kalau nak join jom ke Noir Jewelry..

Saturday, January 23, 2010

bunga putih itu bunga orkid ke??


Dla rasa minggu ni macam tak ada cuti. Hari sabtu dah cuti ganti, esok Dla ada perlawanan bola jaring antara blok-blok kediaman dan petangnya Dla dan kawan-kawan kena menghias softboard blok kediaman. Nota dan homework masih banyak belum diselesaikan. Sedikit bosan mengundang Dla untuk buat kad hari ini. Kalau buat Nota ISL (Independent Self Learning) punyalah liat. Buat kad rajin pula. Dla2, ish3X...

Kad ni Dla buat khas untuk adik Dla, Fatin bersempena dengan hari lahirnya yang ke-18 pada 27 Januari ini. Tak sangka adik Dla dah besar, dah habis sekolah pun. Melepak duduk kat rumah Angah dan ambil lesen.





Dla dah lama nak buat kad design macam ni untuk adik Dla ni. Dari awal bulan satu lagi. Asyik postpone, hari ni baru buat. Dan inilah hasilnya. Kad yang bewarna oren kelabu berbunga putih. Fatin ni agak agresif sikit. Bagi kad bunga-bunga ni biar jadi lembut sikit. Hehehe..Roomate Dla kata tu bunga orkid. Ye ke??


Tak tahulah nak bagi nama apa kat kad ni. Dla bab-bab menamakan kad ni memang lemah sikit, jatuh tangga ke-50 kot.

Buat Fatin adikku sayang, Selamat hari lahir. Kak Ila sayang kamu.


Friday, January 22, 2010

Sabriena and me giveaway

Selagi ada giveaway, selagi tu Dla tak berhenti menaip. Kali ni Dla cuba giveaway dari Wanie's Craft Cottage pula. Tengok cupcake jars ni ingat dulu zaman suka buat bintang kertas yang kecik-kecik mesti kumpul dalam satu jar. Seronok je, macam-macam warna, siap boleh main counting lagi. Dla rasalah kalau Dla dapat cupcake jars tu, Dla nak isi origami burung jinjang banyak-banyak selagi muat. Sweetkan??


Giveaway nie yg paling simple...just become my follower...then letak nama & ur blog link/email in my comment...that's it...Kemudian bila dah sampai tarikh tutup..Niena akan mencabut undi..

Tarikh tutup adalah pada ~ 20 January 2010 (on niena's birthday)

Pemenang akan mendapat hadiah....


Cupcake Jars (pencils/pen/scissors/buttons holder)
I'm using the biggest Prego Jar hehe


Dla : Dla akan tunggu cabutan giveaway ni.
Owh ya, selamat hari lahir buat penganjur giveaway dan sabriena.

My Sweet Den : The New Year Giveaway 2010.


Dla sangat excited dengan giveaway di atas terutamanya butang yang ada macam-macam warna dan saiz tu. Dla nak sangat. Harap-harap Dla dapat semua giveaway seperti dalam gambar tu.

My Sweet Den : The New Year Giveaway 2010.

Here's what you need to do to win this Giveaway.

~ Post about this giveaway in your blog. (You earn FIVE extra entries into the drawing if you post an entry about it in your blog.) (DONE)
~ Leave a comment to this post with a link to your post. .(DONE)
~ Be my follower.(DONE)

The giveaway will be closed on Sunday, January 31. So please leave your comment here before that time.

The winner will be picked randomly and announced on Tuesday, February 2.

Good Luck..

My Luverly Craft Giveaway

Hari ini Dla habiskan masa berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Kurang online sebab tak nak habiskan masa depan lappy. Cuma join giveaway yang ada untuk hilangkan rasa sedih. MMmm..

Baiklah, nak buat giveaway mood yang menggangu kena buang jauh-jauhkan. Kali ni Dla nak join giveaway dari My Luverly Craft pula. Hadiahnya boleh tahan.Dla suka! Langkah-langkah yang perlu Dla ambil adalah seperti berikut:

Seperti yang dijanjikan.. MYLUVERLYCRAFT dengan ikhlas nye nak buat giveaway..

1. Jadi follower MY Luverly Craft.. (DONE)
2. Buat entry mengenai MYLUVERLYCRAFT GIVEAWAY di blog anda bagi ramai lg leh join.. (DONE)
3. Add Myluverlycraft dalam blog list anda..(DONE)
4. Bagi komen & link blog dan email anda..(DONE)


Sori la ye sepatutnya minggu lepas nak buat tapi ke bizzian membuat tempahan baru la berkesempatan buat minggu ni..
So.. sudi-sudi la join giveaway yang tak seberapa ni..
Hadiahnye macam gambar di atas tapi pemenang leh pilih.. Hair clip dan brooch tu leh pilih la nak kaler ape..

TARIKH TUTUP : 1 bulan selepas besday saya.. :-)
27 JANUARI 2010


Dla : nak ucapkan Selamat hari lahir buat penganjur giveaway ni.
Hari lahirnya sama dengan adik Dla, Fatin..

Thursday, January 21, 2010

adiella collection giveaway


Sempena p'bukaan blog ini seraca rasminya, adiellacollection (azie) menganjurkan giveaway kepada blogger2. Dua pemenang b'tuah akan ditentukan melalui random.org..


Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut:

Step 1: Jadi follower adiellacollection (DONE)
Step 2: Buat satu entry ttg giveaway ini b'serta gambar hadiah giveaway diatas b'tajuk "adiella collection giveaway". (DONE)
Step 3: Sila link kan blog ini di blog list anda. (DONE)
Step 4: Sila tinggalkan comment b'serta link anda atau email.(DONE)


Cabutan Pertama
Lace Jewelery Box Heart Shape


Cabutan Kedua
Fleece Blanket(Jean Perry)
Size: 120cm *170cm

Tarikh tutup "giveaway" ini adalah pada 20 February 2010 (11.59 pm). Pemenang b'tuah akan diumumkan pada 21 February 2010.

untuk keterangan lanjut layari a.di.e.ll.a collection.
http://adiellacollection.blogspot.com/2010/01/adiella-collection-1st-giveaway.html


Dla : Nak
"Lace Jewelery Box Heart Shape" tp "Fleece Blanket(Jean Perry)" jugak..kedua-duanya best.

"Chomel"

Semalam Dla sangat excited menulis entri berbau kraf. Lebih kurang 11 entri. Lepas tu Dla excited lagi dan join Craftzone Malaysia. Sebelum ni Dla suka singgah web itu. Asyik berkira-kira layak ke Dla join. Alhamdulillah akhirnya blog Dla ni tersenarai juga. Jadi Dla pun nak cuba giveaway buat julung-julung kalinya. Sebelum ni pun tengok dari jauh je. Apa salahnya cuba nasibkan.

Giveaway yang Dla nampak dan terus berkenan adalah dari *Kedai Chomel* milik Anasfadilah, sechomel pemiliknya. Setelah melakukan tugas-tugas mengcopy paste banner dan jadi fan *Kedai Chomel* dalam facebook, Dla pun start nak tulis tentang hadiah yang Dla pilih.


1st time
Dla tengok "Chomel Fabric Alpahbet (A to Z)" ni teringat zaman kecik-kecik dulu. Dla suka main alphabet yang ada macam-macam colour dan design. Alphabet tu rasa dia macam span sikit. Selamat untuk mainan Dla ketika itu. Main susun-susunlah, eja-eja, dah bosan campak-campak je then hilang. Oleh sebab Dla ni banyak main, sampai dah masuk sekolah rendah pun main lagi mainan budak-budak kecik, mak Dla pun sorok semua mainan Dla. Serius tak jumpa, tak tahu mak sorok kat mana. Beberapa tahun selepas tu barulah jumpa tau. Ha nak tau tak mak Dla simpan kat mana?? Mak tanam mainan tu kat belakang rumah. Salah satu mainan yang Dla jumpa alphabet Dla lah yang macam-macam warna dan bentuk tu. Dla terjumpa tempat mak tanam alphabet tu masa Dla main pondok-pondok belakang rumah.

Jadi kalaulah Dla dapat "Chomel Fabric Alpahbet (A to Z)" ni tentu seronokkan? Macam-macam word Dla boleh buat dan lekat kat softboard tempat Dla belajar. So sweet..so chomel..! Bila terpandang je mesti ingat moment dan cerita alphabet kena tanam dengan arwah mak masa kecik-kecik.


Wednesday, January 20, 2010

a box n pink card for her..



Dla dah rancang baik punya, kalau tahun depan Dla dan Atiqah jadi roomate lagi untuk semester tahun depan. Kami dah fikirkan warna tema untuk bilik. Warna pink jadi pilihan hati. Langsir Justify Fullnak pink, cadar nak pink, tikar pun nak pink. Pink?? owh tak mungkin. Bukankah Dla memang tak suka colour ni. Sejak bila berkenan pun tak tahu.


Tak kisahlah, kadang-kadang apa yang kita tak suka lama-lama suka juga. Jadi sempena transformasi kepada warna pink jadi pilihan, tak pasal-pasal kad hari lahir buat Atiqah pun jadi pink sama. Nak sangat pink, mata pun dah nampak semuanya pink je. Nasib baik box tu warna hitam.



Selamat hari lahir, terima kasih jadi roomate yang paling happy selama tiga semester.

Pink + Pink = 2Pink


Syikin sangat gembira menyambut hari lahirnya bersama keluarga di Sarawak selama lima hari empat malam. Sayangnya Dla tak sempat jumpa Syikin sebab dah balik kampus. Ingatkan bolehlah jumpa dan celebrate sama-sama. Syikin ni classmate Dla masa sekolah dulu. Kami rapat sangat, duduk pun sebelah-sebelah. Berkepit ke sana ke mari. Apapun selamat hari lahir Syikin. Semoga persahabatan kita sentiasa dalam lindunganNya.

Suka2 je buat ni..


Owh ya..sedang asyik Dla buka folder koleksi kad Dla, Dla terjumpa pula kad ini.
Dah lama tapi tak publish dalam blog pun.


Kad untuk Gad. Classmate dari F1-F5.

Fy's birthday card


Kad ini khas buat Fy, kalau sebelum ini kad pertunangan kakak Fy , dan ini kad hari lahir untuk Fy. Design kedua-dua kad Fy dan kakak Fy lebih kurang sama, memang Dla sediakan satu set. Kedua-dua kad juga bertemakan ala-ala old english. Dla suka, sangat sweet dan sarat dengan bunga. Ada cerita sedikit disebalik pembikinan kad ini. Ceritanya biarlah rahsia.. =)


Bekas cd yang Fy bagi dan transform sampai jadi macam kad or scrapbook tu Dla masih simpan elok. Ingat lagi, saat-saat genting nak bertolak ke kem, barulah bekas cd tu sampai ke tangan Dla tu pun cikgu Dla jadi tukang pos. Hehe..Fy tengok dari bawah bas, melambai sambil tersenyum menghantar Dla ke kem "tahanan yang menyeronokkan" selama 3 bulan.

three little cat


Dla diserang kebosanan lalu tercetus pula idea untuk hasilkan kad yang ada tiga ekor kucing yang pelik ni. Sebenarnya Dla rindu kucing-kucing Dla, sangat-sangat rindu. Semadikan saja rindu itu di atas sekeping kad.

Dla sempat lagi tunjuk kad ini kepada Hanef, anak sedara Dla yang berumur 3 tahun, hasilnya, Hanef menyebut perkataan "KUTHENG". Faham benarlah Dla, kucing yang dimaksudkannya. Berbunga-bunga hati ni, risau juga bakal penerima kad ni tak dapat teka rupa bentuk apakah itu. Kata Kak Ngah, asalkan ada telinga. Bolehlah tu.


Dla belum fikirkan penerima kad ini. Mungkin Dla akan berikan saja pada classmate Dla yang menyambut hari lahir pada bulan satu 2010.

adik-adikku sayang




Walaupun dari Seremban nak ke Batu Pahat boleh ambil tiket tiap-tiap minggu nak balik kampung. Tapi Dla tak ambil peluang itu untuk balik ke kampung pun. Disebabkan itulah Dla jarang jumpa adik-adik Dla. Lagipun Fatin dan Seri, kedua-duanya bersekolah disekolah berasrama. Jadi memang peluang nak berjumpa tu tipis kecuali apabila cuti persekolahan yang agak makan beberapa hari.


Fatin dan Seri tahun lepas menduduki peperiksaan besar. Fatin SPM, Seri pula PMR. Takkan wish semoga berjaya dengan tangan kosong je. Jadi Dla buatkan kad yang tak berapa besar saiznya. Simple je, boleh buka lipatannya jadi bookmark. Kan adik-adik Dla rajin baca buku, kononnyalah, jadi selitlah kat mana-mana yang Fatin dan Seri suka. sebagai tanda ingatan dan inspirasi dari Dla.


Kak Ila doakan Fatin dan Seri berjaya dalam pelajaran, buat yang terbaik, semoga lebih berjaya dan maju kelak.

Penpal ter'BEST'


Kad yang colour gold + coklat ni untuk Asyrani. Penpal Dla yang paling best sekali, kiteorang kawan sejak kecik lagi. Memang tiap-tiap tahun Dla dan Asyrani akan bertukar-tukar kad hari lahir dan kad persahabatan. Rasanya kalau ada gameshow penpal paling best sekali, mesti kiteorang menang punya. Dah masak dengan perangai dan perkara berbangkit masing-masinglah.

Hehe, macam pelikkan kad ni sesuai untuk mereka yang perempuan kot. Ala untuk Asyrani pun boleh. Kan dia suka yang kiut, ha kiut la jugak bebear yang duduk depan jendela. Nampak sikit mood macam menatap si penerima kad ni.


Buat Asyrani, thanks tau jadi penpal yang sangat memahami, semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Kad dan surat dari hari pertama jadi penpal masih tersimpan, dah jadi koleksi, banyak sangat. Selamat hari lahir Asyrani.

cupcake lagi?



Penyakit malas sedang menyerang, tapi bab potong memotong dan gunting-mengunting kertas ni tidak pula. Kakak dan adik sibuk shopping barang-barang keperluan Dla pun sibuk jugak shopping barang -barang keperluan Dla yang berupa kertas? dan sedikit candy yang sangat kiut miut. Hehe..Mahallah, tapi puas.



Dah lama siap kad ni tapi tak sempat nak bagi. Kelakar betul, Along dah tahu kad ni untuknya, jadi dia menuntut supaya Dla berikan kad ni kepadanya.Baiklah Dla akan berikan nanti ok Along..



friendship till the last breath



Kad ni buat Ash, katanya untuk penpal yang dikenalinya sejak 6 tahun yang lalu.

Alhamdulillah..Hebat juga ya persahabatan bertahan selama 6 tahun hanya melalui surat pada mulanya dan bila teknologi dah semakin maju, bertukar kepada telefon dan internet. Dla doakan persahabatan mereka hingga ke akhir hayat insya Allah.




Selamat bertunang


Niat dihati khas untuk abang tersayang tapi dah bertukar pemilik sebelum kad ini sampai kepadanya. Baiklah, kad yang banyak corak bunga ni untuk kakak kawan Dla sempena pertunangannya. Kakak Fy, kawan semasa Dla menyertai Tunas Bistari pada tahun 2006.


Sayangnya Dla dah terlepas berita mengenai pertunangan kakak Fy, jadi kad ini sebagai tanda ingatan Dla dan kenang-kenangan buat kakak Fy. Selamat bertunang.

Friday, January 15, 2010

hari jadi si dia..


Tepat pukul 12 tengah malam, Si kawan sangat teruja untuk mengucapkan "Selamat hari lahir" buat si dia. Setelah menahan mata dari tertidur sejak satu jam yang lalu, Si kawan pun membuat panggilan telefon, malangya Si dia tidak menjawab panggilan tersebut. Tambahan pula tertera call waiting pada skrin telefon si kawan. Si kawan berasa kecil hati dan terus beradu dengan meninggalkan satu mesej ringkas sebagai ucapan.


Pada keesokan harinya, si kawan dan kawan-kawannya telah merancang untuk menyambut hari lahir Si dia di luar kampus. Biarpun secara kecil-kecilan tapi diharap ia sangat bermakna. Si dia tidak tahu yang Si kawan dan kawan-kawannya mahu celebrate hari lahirnya di luar. Kebetulan kawan kepada Si kawan mahu menempah cermin mata baru kerana cermin mata yang lama telah patah tempoh hari.


Tanpa melengahkan waktu, usai solat gerhana matahari + solat asar (15 Januari 2010, 3.00-5.oo ptg) Si kawan dan Si dia bersama kawan-kawannya yang lain (Kak Yan, Kak Fatim dan Kak Ton) memulakan perjalanan ke Baker's Cottage di Seremban 2. Si kawan dan si dia sebelum itu sempat menyaksikan fenomena gerhana matahari yang menakjubkan, Subhanallah...sambil minum kopi dan makan buah rambutan pemberian Ustaz.




Sampai sahaja di Seremban 2, Si dia, Si kawan dan kawan-kawan yang lain terus menuju kedai cermin mata. Bosan menunggu lama, Si dia dan Si kawan pun berjalan-jalan.. window shopping + berangan masuk kedai POh Kong la, silver la, emas putihla..Sudah-sudahlah..



Kawan-kawan lain menelefon Si kawan, "..cepat nanti lilin cair..". Baiklah, Si kawan membawa Si dia menuju Baker's Cottage dengan hati yang gembira. Si dia rasa pelik dan bertanya, "..kite nak makan kat mane ni..?". "ikut jela.." Tanpa banyak bicara.


Oleh kerana si dia bercermin mata, lilin di atas kek kelihatan samar-samar dari jauh disangkakan kedai tu sangat eklusif, siap ada lilin lagi. Suprise! alangkah terkejut dan tak sangka, rupa-rupanya si kawan dan kawan-kawannya celebrate hari lahir Si dia. Si dia dengan muka yang teruja dan gembira mengucapkan terima kasih.

Si dia, Si kawan dan kawan-kawannya pun menyanyi dan makan dengan gembira. Selepas solat Maghrib Si Kawan, Si dia dan kawan-kawan pun pulang ke Kampus.


P/S: terima kasih broadband bantu kami cari Baker's Cottage kat Seremban..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...