Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Indah..terima kasih =,)

Terkesan dengan penulisan ini.. lalu aku simpan di IlhamAdilah agar aku tidak pernah lupa masih ramai sahabat-sahabatku yang tidak jemu menasihati dan mengingatkan aku tentang ujian dalam kehidupan sebagai tarbiyyah buat diriku yang kerdil.. Harapan, semoga aku terus kuat melangkah dan terus cemerlang di bawah lembayung rahmatNya.. Inshaa Allah.. Terima kasih kepada yang mencoretkan sebuah penulisan yang sangat bermakna.. terima kasih..sungguh!

Percayalah, sesungguhnya ribut dan taufan itu hadir sebelum spektrum warna pelangi menghiasi alam, begitu juga hidup kita, jika awal ribut melanda menghempas jiwa, maka awallah kelak peluang kamu menikmati kecantikan spektrum warna tersebut dalam hidup kamu, disajikan dengan keindahan rona warna yang saling bergandingan kelihatan sangat indah persis hubungan kekeluargaan, perbagai warna, pelbagai ragam, namun akhirnya bersatu mencipta keindahan, insya Allah, kamu hanya perlu percaya dan banyakkan berdoa pada yang Wahid, Dia yang Esa, Dia yang Perdana, Dia pemilik dan yang mengetahi segalannya.

benar,
mesti kamu mengujar sendiri, siapa saya cuba menyelami, rintihan kecil di hujung hati, rontaan jiwa serta sanubari, bukan saya di tempat saudari, tentu sekali tiada terbayang penderitaan diri, bersabarlah wahai hati, bersabarlah wahai diri, teruskan memperkasakan abiliti emosi, buat pelindung daripada sangsi, sangsi tentang rapuhnya tali, tali pengikat hubungan keluarga ini, namun begitu ingatlah diri, meskipun kamu diberi duri, dalam hubungan selama ini, jangan terus kamu mengadili, pada mereka yang tiada memahami, jangan dibalas dengan api, kelak nanti membakar diri, semaikan bebenih sabar di dalam hati, siraminya dengan doa hari-berhari, jangan biarkan pepohon ini dicemari, dengan rasukan rasa benci, agar tibanya masa nanti, mekarnya sabar memperkasa diri, mekarnya juga melindungi hati, dari segala macam duri, dari segala macam api, dari segala macam benci, terhadap manusia yang ada sangsi, pada kamu wahai puteri, semoga hati tiadakan henti, menjadi kuat, teguh berdiri, membelah badai kecelaruan emosi, membelah badai rasa sangsi, semoga kuatlah hatimu wahai saudari, teguhkan sabar ini, bersama bebunga iman di hati.
Ingat, Allah uji pada yang mampu, insya Allah kamu mampu, kamu kuat sebenarnya saya juga terkadang terfikir juga bila mendengar rakan-rakan mengeluh perihal keluarga, secara ikhlasnya, saya tiada khudrat untuk membayangkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Jadi saya sekadar mampu berpesan pada kamu, hati ini rapuh, kadang-kadang perlu masa untuk berubah, berikan masa buatnya berubah, jangan terus menghukum, tetapi bantu semampu yang boleh, supaya bahagianya akan kamu, adik beradik kamu dan ayah kamu boleh merasainya kelak. mungkin sekarang bukan masanya, beri masa buat masing-masing, manusia boleh berubah, kuatnya doa manusia ini diperihalkan dalam penceritaan kisah hidup nabi Sulaiman A.S. Nabi Sulaiman A.S memanggil dan mengadakan mesyuarah bersama pembesar dari golongan jin dan manusia, disoal siapa yang mampu mengalihkan singgahsana Puteri Balkis, ujar wakil dari keturunan jin, aku mampu mengalihkannya ke sini sebelum panasnya tempat duduk (tidak pasti sedikit di sini.) namun ujar seorang pembesar dari kaum manusia, aku mampu memindahkan singgahsana Puteri Balqis sekelip mata sahaja, dipanjatkan doa buat Allah yang Esa, sekelip mata cepatnya singgahsan aitu suda berada di situ, kuatnya kemampuan doa seorang hamba Allah. Jika ikhlasnya doa mampu mengalih singgahsana, kenapa tidak ikhlasnya doa mampu merubah peribadi, peribadinya menjadi seseorang yang menyayangi, insya Allah terus kuat ya cikgu Adilah
wallahu'alam

Sunday, November 24, 2013

Sembelihan, Akikah, Korban dan Baka Biri-Biri


Assalamualaikum, Alhamdulillah dah dua minggu Dla habis belajar. Sekarang Dla masih belum bekerja hanya duduk di rumah menjadi babysitter dan membantu mempromosikan perniagaan Kak Ngah & Abg Rasid. 

Sebenarnya perniagaan ni dah lama bertapak di bawah nama Rasuria Agro Enterprise. Tapi sebelum ni kami menjual secara face to face. Atas permintaan orang awam kami baru sahaja bangunkan page di facebook agar sesiapa yang tercari-cari tentang kami adalah sumber untuk dilihat melalui internet. 

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut, Dla mungkin tiada kepakaran dalam bidang penternakan dan yang berkaitan dengannya. Jadi cuti ni Dla cuba belajar lagi. Sebelum ni cuma tau main-main je dengan lembu kambing & ayam. hihi kalau jual produk kraf atau lain2 mungkin sedikit mudah bagi Dla, tapi bila melibatkan penternakan dan perniagaan yang lebih profesional ia memberikan Dla cabaran yang besar. 

Kepada sesiapa yang mencari lembu atau kambing untuk mendapatkan dagingnya, untuk acara korban, akikah ataupun baka dipersilakan datang ke page kami atau pun contact terus dengan kami. Inshaa Allah kami akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. 




Kami bersedia menjual ternakan lembu & kambing untuk sembelihan akikah dan korban di Daerah Kluang,Batu Pahat, Pontian dan Pasir Gudang, Johor

Untuk keterangan lanjut hubungi 016-7006109
(Abdul Rasid bin Gimin), 017-7519118 ( Dr Isa Bin Gimin)


Tuesday, December 11, 2012

Lantera Cendekia Mula Menyala 4

Biar gambar berbicara..
Alhamdulillah..
Ini impian kami..
Kalau buat sesuatu biar bersungguh-sungguh..
Biar bersusah..
Yang penting niat..
Kami bawakan cerita "Dialah Pemukul Rebana Kalbu"
Dengan harapan  nama Za'ba dikenali bukan sekadar nama.. 
Terima kasih Allah..
Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan kami..

Sinopsis
“Dialah Pemukul Rebana Kalbu” merupakan satu bentuk pementasan pengisahan kenegaraan yang mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan yang dimarahi oleh gurunya kerana tidak menguasai mata pelajaran Sejarah dengan baik sehinggakan dia dipaksa untuk menelaah buku-buku Sejarah di perpustakaan semasa waktu rehat persekolahan. Semasa di perpustakaan, dia telah menemui sebuah buku lama berjudul “Dialah Pemukul Rebana Kalbu”. Apabila dia cuba menyelongkar buku tersebut, buku itu seakan-akan bersuara dan pelajar perempuan tersebut mencari-cari dari manakah datangnya suara itu. Dalam suasana yang mendebarkan itu, munculnya seorang lelaki tua menceritakan kisah di sebalik buku lama tersebut. Siapakah lelaki tua tersebut dan apakah kisah di sebalik buku lama itu? Saksikanlah pengisahan kenegaraan “Dialah Pemukul Rebana Kalbu”.








Pencerita utama, pengarah, penulis skrip : Syafiq Aiman




Pelakon pembantu : Nor Suria

Penyair dan penyanyi : Muhammad Thaqif

Pengurus visual, mutlimedia dan artistik : Adilah

Pengurus muzik, audio dan teknikal : Saiful Bahari

Pengurus artistik, penata rias dan pencahayaan : Fahmi fadzil

Jurukamera dan video : Hanafee

Alhamdulillah Johan!!

:) :) 

nombor 1 :)

Utusan online

Kosmo 10 Disember 2012, muka surat 9

Utusan 10 Disember 2012

iluvcrarfting : tahun depan giliran siapa pula ya?? :)

Kompilasi cerita Lantera Cendekia Mula Menyala (LCMM)


Lantera Cendekia Mula Menyala 3


Ni poster rasmi Lantera Cendekia Mula Menyala (LCMM) untuk Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2012 yang berlansung pada 8 & 9 Disember 2012 di PASUM.


Ni pula video promo sebelum persembahan pengkisaan tersebut.
 Lokasi rakaman video : Teratak Za'ba.




Lantera Cendekia Mula Menyala 2


Assalamualaikum.. masih ingat tak lagi ada entri yang pernah Dla update dulu, entri yang bertajuk  Lantera Cendekia Mula Menyala .. Baiklah ini sambungan kisah Lantera Cendekia Mula Menyala (LCMM) yang lebih menarik. Alhamdulillah setelah menjadi Johan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Negeri kami bersiap sedia melangkah untuk ke pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Kebangsaan 2012. 


Terlalu banyak perkara kami kongsi dan lakukan bersama-sama. Tambahan menunggu tarikh pertandingan akhir, semua sibuk dengan peperiksaan, kursus, dan sebagainya. Akhirnya pertandingan tersebut secara rasminya diumumkan jatuh pada 8 & 9 Disember 2012. OK pada tarikh berkenan kumpulan LCMM tengah cuti! Alhamdulillah so tak payah buat latihan sampai kena skip kelas. Cuma payah sikit kena korbankan cuti dan nak kumpulkan team LCMM dari tempat yang berbeza.

Sebelum pertandingan tu kami banyak juga lalui macam-macam perkara. Kami bertujuh, memang diakui  mempunyai kepakaran masing-masing. Tapi ada juga perkara yang kami perlu pelajari dengan pantas semata-mata untuk pertandingan ni. 

owh ye.. kami sempat buat show untuk Bulan bahasa kebangsaan.



Make up
Serius, antara kami bertujuh tak ada seorang pun yang sangat2 expert bab make up orang ni. Termasuklah Dla sebagai seorang perempuan. hehe.. sebab Dla pun tak suka nak make up. Kami bermula dengan try & error. Conteng jela muka para pengkisah tu sampai jadi seperti yang diingini. Kalau tak jadi kena la padam semuala, buat baru. hehe Bukak tutorial kat youtube, belajar lagi, banyak spend duit kat alat-alat make up. haha.. one of kiteorang punya crew, Fahmi student Pendidikan Seni Visual tau. So fahmi yang dah biase main warna kat kanvas secara automatik guna kemahiran dia kat muka. Siap guna berus kaler.. haha~ tapi memang menjadi. Kira kami belajar dan akhirnya menjadi, habis je pertandingan n semua orang dah ada basic nak make upkan orang dan tau la nak main colour kat muka.. hehe :)





Props
Props ada yang kami tempat dan ada jugak yang kami buat sendiri, contohnya macam Big Book yang merupakan props yang paling utama dalam penceritaan kami. hanya menggunakan kertas surat khabar yang lama, tebal2 dan gam banyak2. Masa pertandingan kat negeri kulit buku pakai mounting board yang di basahkan, warnakan dan jemur. Siap kakSuria kata pernah tak sengaja buku tu kena hujan, jemur balik sampai kering. At last buku tu jadi betul2 usang, klasik dan penuh misteri..hehe.. Tapi untuk kebangsaan ni upgrade sikit pakat sampul yang berserat-serat macam kulit pokok. Lebih nampak klasiknya, siap tertumpah air kat atas tu, terus jadi ala-ala vintage. Untuk buku-buku dalam rak buku, pada pertandingan negeri kami gunakan buku betul, so azab jugak nak mengangkut ke hulu-ke hilir. Buku tebal-tebal dan banyak, of course berat. So untuk kebangsaan, kami guna kertas warna yang dilipat, lekat, dah ditampal tajuk buku dan sebagainya. Mudah, ringan dan nampak real. 





Pengolahan cerita "Dialah Pemukul Rebana Kalbu"
Baiklah, kat Malaysia ni semua orang pernah dengar nama Za'ba kan, tapi berapa ramai yang betul-betul tahu tentang kisah hidup Za'ba, sumbangan-sumbangan, dan pengikhtirafan yang Za'ba dapat. Ia merupakan sari cabaran bagi team LCMM sebab sejarah dan kisah hidup Za'ba kalau dikaji dengan terperinci sangat kurang maklumatnya dalam internet. Jadi untuk merealisasikan cerita ini dengan lebih baik, benar dan membongkar lebih banyak tentang hidup Za'ba, kajian dibuat lebih kurang 2 bulan di Muzium Negeri dan Teratak Za'ba. Tapi tau je la kat dalam tempat-tempat macam ni tak boleh nak ambil gambar, apatah lagi nak bawa bahan-bahan yang kami perlukan keluar dari tempat tersebut. Nak tak nak kena olah dalam cerita yang dikisahkan. ada jugak kami dengar dan kaji video-video talk tentang Za'ba.. Berjumpa dengan penulis-penulis yang pernah menulis tentang Za'ba. Dari segi gambar-gambar bukti, kami cari jugak. 

Tak sihat
Seminggu sebelum pertandingan kami team LCMM semua dah berkumpul untuk buat latihan dan sediakan apa yang belum lengkap. Masa tu Kami semua tak sihat, agaknya berjangkit-jangkit. Demam, batuk, sakit tekak, yang tak boleh makan pun ada sebab tonsil bengkak. Kami asyik ke farmasi je, beli ubat. Memang ujian betul masa tu, sebab banyak lagi bahan-bahan visual, media dan audio yang belum selesai .Kesian hanafee buat video dalam keadaan sakit, render video berjam-jam. Syafiq sakit tekak kuat berlatih, betulkan tone dan skrip, buat poster, Saiful asyik betulakn audio dan buat penambahan. Dla pulak settlekan flipbook. buat banyak bak up ada yang kompilasi dan pecah2 sebab nak selitkan dengan video. Guess what? flipbook & video tu baru try & error pada malam sebelum pertandingan. Memang la kecut perut kalau jadi ape-ape. Atas kerjasama dan semangat gigih, sakit-sakit pun berjaya siapan. 

Sesat?? dan pertukaran tempat
Ha alkisah, masa kami bertolak nak ke Kuala Lumpur, kami berpecah dua. Ada naik kenderaan persendirian. Ada yang bersama-sama pengiring negeri yang kami wakili. Kami yang ikut kenderaan pengiring ni boleh tersesat, GPS pun pakai handphone je. Hujan lebat sangat-sangat dan jalan jam. Alhamdulillah sampai jugak walaupun dekat maghrib masa tu. Dan kelam kabut jugak bila lokasi tempat kami menginap baru tahu ditukar. Nak mencari satu hal. Tapi Alhamdulillah semua selamat. 

Dalam tempoh seminggu sebelum bertanding tu, kami ke Teratak Za'ba untuk photoshoot dan buat rakaman promo cerita "Dialah Pemukul Rebana Kalbu" ni. Lepas tu kami ke RTM Melaka buat preview cerita ni. Banyak komen, dan agak pening la jugak. Bila dah dekat nak bertanding suasana tu semakin tegang, rasa jugak semua orang agak tertekan tapi try to be ok. Nak berentap dengan 15 pasukan dari seluruh Malaysia dan kita masih tak tahu apa yang bakal berlaku. Apa yang penting buat yang terbaik, berdoa dan tawaakal. Kami percaya, kejayaan yang setimpal akan datang berdasarkan usaha dan kerja keras kami. Susah-susah dulu In Shaa Allah berjaya kemudian.


Dari kiri : Hanfee, Fahmi, Nor Suria, Syafiq Aiman, Thaqif, Saiful, Adilah (Dla)


iluvcrafting: ehem... ehem.. bersambung untuk cerita LCMM yang superb.. kami Johan Pengkisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2012 :) Alhamdulillah.. 

**cerita dan gambar kejayaan pada entri berikutnya..




Saturday, August 11, 2012

Lantera Cendekia.. :) mula menyala

Assalamualaikum syukur Alhamdulillah.. gabungan senior junior yang mantap mempertaruhkan kisah "Dialah Pemukul Rebana Kalbu" atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za'ba. Tak sia-sia usaha penat lelah bersama, lebih-lebih lagi our master mind and plan maker Mohd Syafiq Aiman. 

Team senior terdiri daripada Syafiq Aiman, Nor Suria dan Thaqif. Ketiga-tiga mereka selaku pengisah memberikan persembahan yang baik. Dla (Adilah), Sallezad dan Saiful selaku teknikal muzik dan fleepbook. Alhamdulillah, merangkul Johan peringkat negeri seterusnya akan ke kebangsaan di Perlis.


Team junior pula terdiri daripada Mohd Fahmi, Satriana dan Dla (Adilah) selaku pengisah. Dan senior2 kami Syafiq Aiman, Nor Suria, Thaqif dan Sallezad selaku tulang belakang yang kukuh dah mengawal apa jua keadaan junior-junior mereka yang masih kurang berpengalaman ini. Alhamdulillah kami merangkul Naib Johan, belum ada rezeki berada dipuncak. Insya Allah kami akan cuba lagi. Terima kasih ^^. Senior-senior Dla ni sekarang di tahun akhir dan bakal menamatkan pengajian di IPG Kampus Raja Melewar pada akhir tahun 2012 ini. Serius! pasti akan rindu kerjasama, gurau senda, susah senang dan tidak akan ada galang gantinya senior yang seperti ini.

 


********************************************************

Berlatih, set up itu dan ini. Seronok!


Makan bersama-sama ketika bertanding di Politeknik Port Dickson 


Kami pergi picnic sama2.. Perkataan kat kek tu dah tak jelas 



Destinasi pilihan kami adalah Jeram Tengkek.. ^^ sebab utama kami nak pergi picnic adalah dah tak ada masa bersama sehinggalah pertandingan peringkat kebangsaan. Semua orang dah sibuk dengan urusan masing-masing. Senior-senior dah sibuk nak bentang tesis (viva), Dla pula dah start praktikum fasa 2 selama 2 bulan, junior-junior sibuk dengan aktiviti dan assignment. Jadi seminggu sebelum puasa cabut pergi picnic kejap. hihi

 Ni pertama kali Dla pergi Jeram Tengkek, sebelum ni hanya tau Jeram Toi dengan Ulu Bendul je kat sini. Serius! Subhanallah... sangat cantik pemandangannya.. air pun bersih :)


  Dla snap pic ni masa kat atas bukit.. tak tinggi sangat 


air deras dan segar.. sangat tenang

  ~!! LANTERA CENDIKIA !! ~


Team Lantera Cendekia lelaki ^^


Cantikkan ... Subhanallah :)


Ni lah.. our master mind & plan maker ^^


Suka dengan nama team kita... LANTERA CENDEKIA



:) do pray for us untuk kebangsaan nanti.. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan beroleh kejayaan.. Insya Allah :)


Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi :)


Marhaban Ya Ramadhan.. semoga Ramadhan pada tahun ini (2012) membawa diri Dla lebih cinta kepada Allah dan Rasul.. serta menambah kekuatan untuk beribadat kepada Allah Insya Allah. 

Jangan lupa niat puasa.. 


Kat bawah ni saja Dla google pastu share.. bukan sekadar cute tapi mudah dibaca, difahami serta  diamalkan ea
. 


Bagus ada checklist macam ni.. boleh buat kita istiqomah dan constant dalam melaksanakan amal ibadat supaya lebih baik dari hari ke hari. Tapi lepas puasa jangan berhenti pulak ye..



Hasrat ramadhan kali ni nak bukak semula kitab hadis 40 nak mengingati dan memahami semula apa yang dah terlupa.. Insya Allah.. doakan Dla.. :)

iluvcrating: mohon maaf segala kekhilafan. sambutlah ramadhan seperti menyambut kepulangan kekasih (semanis kurma) 


Sunday, June 24, 2012

semoga Allah redha..


Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

SEKUAT mana aku SETIA...
SEHEBAT mana aku MERANCANG...
SEJAUH mana aku MENUNGGU...
SEKERAS mana aku BERSABAR...

~♥> Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...Kita Tetap Tidak Akan Bersama
~♥> Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang...
~♥> Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t..


Bila aku sedih , aku menangis untuk lebih tenang . .
Bila aku marah , aku menangis untuk redakan rasa itu . .
Bila aku terasa hati , aku menangis supaya aku tak buat dosa dengan mengumpat .
Bila aku rasa benci , aku menangis supaya aku benci akan perbuatan aku sendiri..
Bila aku buat dosa , aku menangis kerana aku buat Allah murka . .
Ya Allah , terima kasih kerana sentiasa ada bersamaku . .
Engkau yang paling memahamiku , tiada yang lain . .
Terima kasih kerana beri nikmat 'menangis' ini untuk hamba-Mu lebih dekat dengan-Mu . . Alhamdulillah..


~♥~Ya Allah,

Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

~♥~Ya Allah,

~♥~Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati


2.6 semoga Allah redha.. Insya Allah..

Friday, November 4, 2011

Nyau (meow) bangunlah dari mimpi-mimpi yang indah.. exam!!!

Assalamualaikum.. "EXAM" ..nyau (sebutan sebenar Meow hehe) bangun-bangun... anda sekarang tidak lagi berada dalam zon selesa.. Jadi nyau masih nak main-main lagi ke?? macam mana nak dapat pointer tinggi ni.. ish3...


lagi exam lambat lagi.. nyau nak relax dulu ea


ala.. malasnye nyau nak study ni.. asal bukak buku je ngantuk.. 


yela.. nyau nak jadi pelajar cemerlang. nak tak nak kena paksa study jugak.. sebelah mata tidur sebelah mata study.. 
Ekosistem..Biodiversiti..bla bla bla Zzzzz...

.
.
.

jeng jeng jeng!!!

10 Nov 2011(Khamis) 8.30-11.00pg EDU3105
14 Nov 2011(Isnin) 8.30-11.00pg SCE3107
15 Nov 2011(Selasa) 2.30-5.00ptg SCE3108
16 Nov 2011(Rabu) 2.30-5.00ptg PJM3110
17 Nov 2011(Khamis) 8.30-11.00pg ELE3102


alamak exam start minggu depan! habislah tak study lagi ni... tolong nyau.. tolong~~


arghhh~~ Fighting nyau!!




p/s : kan best kalau nyau dapat join kawan-kawan nyau yang kat bawah ni... aish



kawan2 semua .. doakan Dla ye.. :) :) hehe

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...