Showing posts with label felt brooch. Show all posts
Showing posts with label felt brooch. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

bunga daisy katanya.. :)


Assalamualaikum... owh ya saja je Dla jahit bunga-bunga ni. Kononnya nak buat brooch la, jahit kat baju atau tudung. Bunga jenis apa pun Dla tak tahu, main jahit je laju-laju. Kata yaya kawan Dla ni macam bunga daisy. Hehe google bunga daisymacam tak ada rupa je. Macam kuih raya adalah.



Akhirnya Dla jahit bunga ni kat baju peplum Dla yang baru beli tempoh hari. baju ni baju briedmaids sempena perkahwinan yaya. Rasa macam kosong pulak baju ni, so Dla pun sesuka hati sesedap rasa tambah bunga-bunga kat baju ni. :) ha ok x?? 






Disebabkan manik-manik kat baju ni terlindung bawah tudung, Dla pun tambah jugak manik yang simple kat bahagian pinggang baju. Haha..  



Ni la hasilnya... Tadaa~ ok biasa-biasa je. Tapi oklah kan :) owh ya tudung tu pun Dla ubahsuai, tudung kosong je tapi Dla tambah batu dan felt flower. :) tu next time Dla tunjuk :)


iluvcrafting : banyak version betul warna baju ni, warna sebenar baju ni mustard, gambar akhir ni warna yang betul :) yang lain-lain tu semuanya kesilapan kamera.. hihi


Monday, May 14, 2012

exem fever! handmade brooch sekali :)




AssalamualaikuM.. Dla start exam esok.. Ok sangat nervous sebab sem ni ada killer subject! SCE3109-Tenaga Dalam Kimia. Subjek lain-lain pun boleh tahan tapi subjek yang satu ni buatkan Dla tak senang duduklah.


Ni jadual exam Dla, lepas exam je terus cuti semester.. owh ya, motif sangat ada gambar brooch kat atas tu kan. brooch tu Dla tak sengaja terbuat masa tengah study.. hehe... :p jari ni tak boleh duduk diam. Ok lah ingatkan nak pakai masa ambil exam kang. Motivasi buat diri sendiri. Baiklah kawan-kawan terutamanya pelajar IPG, Selamat menduduki peperiksaan ^^




meh tadah tangan semua : Ya Allah, Semoga ADILAH MD SHAH diberi ketenangan hati dan ilham untuk menjawab soalan peperiksaan dengan mudah serta ilmu yg diperoleh dapat diaplikasikan pada masa akan datang.. INsya Allah Amin...


Tuesday, September 27, 2011

Brooch kaler2 sold out dan saya rasa happy ^^



Assalamualaikum... ok ni 1st batch felt brooch yang dah sold out.. Atas permintaan ramai Dla akan buat lagi untuk 2nd batch.. so tunggu ok.. sekarang tengah sibuk dengan assignment, pegang gunting pun malas hehe 


FB 1

FB 2

FB 3

FB 4

FB 5

FB 6

FB 7

FB 8

FB 9

FB 10

FB 11

FB 12

Ni bahagian belakang ok :) :)





Friday, December 24, 2010

Testing.. ribbon brooch

         Assalamualaikum, trend bukan? pakai tudung, pakai shawl kalau ada ribbon mesti comel sangat. Tapi tak semua orang buat. Terpulang kepada individu.


Yang ni special case, ni bow tie ala-ala detective conan gitu. Kak Ngah Dla yang jahitkan untuk si Hanef (anak sedara Dla). Masa Dla jahit ribbon brooch, hanef sibut curi-curi ribbon brooch yang dah siap lepas tu bercakap ala-ala conan. Yela conan kalau nak sampaikan maklumat kan pakai bow tie dia kaler merah tu. Tengoklah sendiri cerita conan tu ye ...  
     
          Baiklah, Dla minat juga reben ni tapi tidaklah secara extreme. Setakat buat ribbon brooch bersaiz kecil dan kenakan sebagai pengganti butang pada tudung tu kira oklah. Jadi Dla pun cuba jahit beberapa ribbon brooch, saja testing jadi ke tidak. Nampak jadi je, comel kot~ hehe. Semuanya handmade ok, tak pakai mesin jahit.

         Oh ya, Ifa (classmate Dla) ada request ribbon brooch katanya nak pakai dengan shawl. Ok Dla jahitkan untuk Ifa.. Tengoklah beberapa ribbon brooch di bawah agak-agak ok tak? Semuanya bersaiz kecil (macam jari telunjuk Dla.. hehe macam korang pernah tengok).

  
Ni yang pertama sekali Dla jahit.


Ni yang kedua


Ni yang ketiga



Yang dua di atas ni Dla memang gunakan reben betul cuma simpul dan jahit bahagian tengah. 


Ok kot, tak apalah lain kali Dla cuba jahit lagi. Mungkin lebih baik daripada kesemua ribbon brooch di atas.


Wednesday, November 3, 2010

Malam peperiksaan.. dan ini untuk Dla


Assalamualaikum, Dla buat ni pada malam peperiksaan kertas Murid dan Alam belajar. Konon-konon nak hilangkan bosan setelah membaca buku secara extreme. Serius malam tu rasa tak yakin, gabra semacam nak masuk exam walaupun dah khatam kitab Murid dan Alam Belajar tu. 

Tambahan pula, masa peperiksaan ni datang la boleh saing-saing gian nak menjahit felt banyak-banyak. Excited sampai mata berkaca-kaca. Kalaulah study boleh excited macam ni kan bagus. Tapi tak mengapalah, lately ni rasa seronok dengan diri sendiri walaupun macam-macam hal terjadi. Sekarang Dla faham, study, menjahit felt, buat craft semua tu boleh menenangkan Dla. Ala-ala terapi. Walaupun hati berdukacita akhirnya terpujuk juga dengan benda-benda ni.



Ok, Dla tahu brooch ni comot dan senget sana sini, Tapi tak kisah nak pakai juga pergi exam. Penghargaan kendiri namanya. Buat, pakai sendiri dan rasa bersemangat. Orang tak nak support Dla, tak apalah, Dla support diri sendiri.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...