Showing posts with label felt keychain. Show all posts
Showing posts with label felt keychain. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

made with love..

Assalamuaikum.. Dah lama tak update blog. Tak tahu la kenapa line internet ni lambat semacam padahal baru je bayar. Baiklah Dla tak mahu update yang berat-berat. Nak update pic felt keychain je. Rase tak berseri blog IlhamAdilah ni bila tak update pasal craft.. hehe

 Made with love :)

iluvcrafting : rasa tak seronok sebab kamera rosak. Serius nak ambil gambar craft yg in progress dan yang dah siap payah sangat. Kalau pakai kamera kat handphone tak clear dan kualiti kurang. So nak update dalam blog pun macam tak best je.. Mari berdoa untuk Dla.. mane la tau ada orang nak sponsor kamera ke??? :) Amin Insya Allah 

Wednesday, March 2, 2011

alza tapi bukan alza


Assalamualaikum, lama tak update blog.. kali ni Dla nak tunjuk keychain ni digunting oleh Aisah tapi Dla pulak yang jahit. ha terbalik dari keychain yang lepas (keychain rama-rama).

Keychain ni dibuat sempena nak letak kat kunci kereta baru. Kereta alza. Tapi bentuk keychain ni bukan bentuk sebenar alza. Bentuk keychain ni rupa ketera katak kot.. hehe Just nice kan.  Tapi tetap ada tulisan alza kat bahagian belakang keychain tersebut. :)

pic from google   





Wednesday, February 23, 2011

Rama-rama terbang merata, sungguh cantik di awangan...

pandangan bahagian hadapan
Assalamualaikum.. alhamdulillah hari ini kelas Dla berjalan lancar walaupun awal-awal pagi Dla dah jatuh dari tangga T_T sangat sakit! Mula-mula berlagak cool.. konon tak sakit tapi lepas tu ha sendiri la tanggung. Menangis guling-guling pun bukan sakit tu pergi main jauh-jauhkan. Kawan-kawan dah tergur-tegur "adel (nama dengan kawan-kawan) macam moody je hari ni" lalu si Adel pun menjawab "eh, takdelah ok, cuma sakit je".Smiley

pandangan bahagian belakang
Orait, ni Dla nak share felt keychain jahitan oleh Aisah, tapi Dla yang tolong gunting. As a newbie dalam dunia felt, Aisah memang nak belajar macam-macamlah pasal felt ni. Sangat bagus Dla pun tak kisah kalau orang nk belajar dengan Dla. Tapi mesti sungguh-sungguh tau. Ni Aisah jahit special untuk mama. 

Tiba-tiba Dla teringat lagu rama-rama masa zaman budak-budak sekolah dulu..

Dari ulat jadi kepompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
BOoom!!
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik di awangan
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama....

Big Smileys

Okay dah cukup untuk hari ini, Dla nak siapkan PPT untuk subjek Pengurusan Bilik Darjah, kena bentang esok. Tata kawan-kawan.

Sunday, February 20, 2011

keychain + marathon 3 cerita + ISL

Pandangan bahagian  hadapan
Assalamualaikum.. puas hari minggu ni Dla dapat juga selesaikan fail ISL (Independent Self Learning) yang tertangguh sambil tu marathon 3 cerita. 

         1. Stairway to heaven (tapi belum habis)
         2. Kembang perawan (belum habis juga)
         3. Ohitorisama (khatam)

pic from google








pic from google
pic from imageshack

Perkara penting, tisu ada kat sebelah sambil layan cerita nanges-nages tapi kerja tetap berjalan. Tak adalah bosan sangat. Oklah Dla sebenarnya nak upload cupcake keychain ni ha.. Dla buat untuk adik Zaki katanya nak bagi untuk cikgu. Sempena hari lahir kot. Tengoklah. Simple tapi agak colourful. OK x?? Ok X?? sila kata ok.. =p

Ni pandangan bahagian belakang

Tuesday, January 4, 2011

si panda yang malu konon


Assalamualaikum.. sekarang Dla telah pun berada di Kampus Raja Melewar. Semalam (1.1.2011) sebelum zohor dah selamat tiba di sini. Sampai kat bilik menagis tanpa motif lepas tu barulah boleh mengemas bilik dengan seronok walaupun sorang-sorang. Serius keletihan. 

          Baiklah kali ni Dla nak update ni ha pasal felt keychain. Dah lama buat baru nk publish. pasal panda ni. Saje try buat keychain yang bersambung-sambung hitam putih macam di atas sampai jadi rupa si panda tu. Mula-mula kekok sikit, tapi lama-lama ok dah. 


Tuesday, December 28, 2010

Domo-kun beranak pinak



Assalamualaikum :)
Ha Domo-kun lagi, kali ini keychain pula. kembar ye. Ni order dari Azie, junior Dla. Azie ni memang suka domo. Azie request dua domo, satu untuk azie satu lagi nak bagi siapa ntah. 

Oklah, siapa-siapa ada request nak domo lagi tunggu la Dla balik kampus ye sebab felt  fabric warna coklat dah habis dah..



Tuesday, November 2, 2010

twit twit felt..

 

Assalamualaikum... kawan-kawan, Dla sedang ber'mood' peperiksaan. Baru lepas satu kertas tadi. Ok tak nak fikir dah, terlalu banyak teori yang telah meresap dalam minda sehingga bercampur aduk masa jawab soalan tadi. Barang yang lalu jangan dikenang.. Baiklah Dla lupa nak update pasal felt keychain yang Dla buat tempoh hari, masa cuti sekolah yang lepas. 


Tada!! burung twitter ye kawan-kawan. Dla panggil dia burung twitter sebab bewarna biru. Dla habiskan masa agak panjang buat twitter ni sebab masa tempahan ni assignment menggunung. Dla jahit satu-satu sampai bengkak-bengkak jari.Twitter ni Dla jahit untuk perkahwinan Shah Fariz seorang weeding photojournalist dan Bariah. Nak bagi kawan-kawan katanya.


Ok, semua 100 ekor twitter bersedia untuk terbang. Mr. Bebear kata tata dan selamat tinggal kepada twitter-twitter yang jadi kawan-kawan kita selama sebulan..

Sunday, August 8, 2010

rumah teletubies

Assalamualaikum... 
Teringat Kak Ton (classmate) pernah request untuk Dla menghasilkan felt keychain ala-ala rumah pula. Jadi Dla jahitkanlah rumah mengikut citarasa Dla. Macam rumah teletubies kata Kak Ton. Hehe..


Alhamdulillah, rezeki buat felt keychain semakin menjadi-jadi. Setakat ni banyak tempahan. Tapi Dla tak boleh nak terima semuanya sebab nak sudahkan tempahan terdahulu tambahan pula assignment semakin menggunung. Cuma sekarang ni Dla bermasalah nak cari supplier felt fabric yang betul-betul konsisten, maknanya boleh supply barang bila saat-saat genting. Sebab di Seremban ni Dla tak tahu nak cari felt fabric kat mana. Nak tak nak terpaksalah beli secara online.

Dla ada terfikir design baru, Dla anggap macam projeklah. Setakat ni macam tak ada orang buat lagi. Harap-harap Dla cepat ambil peluang ni. Mudah-mudahan Allah memberkati dan permudahkan urusan.. Amin..

Wednesday, August 4, 2010

Terima kasih selamat hari lahir

Assalamualaikum, hari ini kelas Dla bermula lewat sedikit (8.45 pagi) sebab kelas pada pukul 7.45 pagi telah dibatalkan.. hehe.. Bangun pagi-pagi tengok kat luar tengah hujan. Waktu macam ini memang waktu yang mengarah kepada kemalasan untuk ke kelas. 

Teringat pula hari ini hari lahir shikin (classmate Dla). Dla banyak berhutang budi dengan shikin ni. Selalu Dla pinjam adaptor printer HP shikin, sebab adaptor printer Dla dah rosak. Sengan sebenarnya nak pinjam barang orang dengan kerap, buat tebal muka je.. Terima kasih shikin. Jadi Dla pun jahitkan felt keychain untuk Shikin. Felt key chain ni Dla kerjakan selepas solat subuh. Tiada design yang baru, memadai seperti design yang lama. Al-Maklumlah tergesa-gesa.

Ha lagi satu felt keychain bear tu untuk Ira, classmate merangkap groupmate untuk buat alat bantu mengajar (ABM). Terima kasih Ira sebab share idea dan buat ABM sama-sama. Hari jadi Ira bulan lepas. Lambat bagi..hehe

pandangan hadapan

pandangan belakang


Sunday, June 20, 2010

Violet dress


Assalamualaikum, demam felt keychain melanda. Kali ini Dla buat dress pula. Kenapa warna ungu. sebab terpengaruh dengan tema perkahwinan abang. Hehe

Lub-Dup Love

Assalamualaikum, ops tertinggal pula, abaikan felt keychain burung twitter dibelakang sebab dalam entri lepas dah ada cerita mengenai felt keychain tersebut.

Ha, love-love yang bayak kat depan tu belum siap lagi sebenarnya. Yang dah siap tak sempat nak ambil gambarlah. Dla pasang tali hitam untuk diletakkan pada telefon bimbit. Comel x? semuanya dah habis. Seingat Dla, Dla buat 10 biji untuk dijual. Bila balik cuti Dla buat lagi sebab sepupu-sepupu Dla nak. Masing-masing nak letak pada telefon bimbit mereka. Oowh ya, sepupu Dla tu semuanya perempuan, kalau lelaki Dla ketawa kot letak bergantung bentuk love. Tak sesuailah.

Lain kali buat felt keychain bentuk love yang lawa-lawa ek. Ramai orang nak warna merah dan pink. Insya Allah Dla usahakan.

felt keychain kereta


Assalamualaikum, tangan gatal lagi mahu buat felt keychain. Oklah, kali ini Dla buat bentuk kereta pula. Kawan Dla ada cakap, ingatkan kura-kura. Hehe, selalu kalau Dla buat bentuk lain mesti ada sesetenagn orang kata bentuk lain yang Dla buat. Tak mengapalah itu normal kot, setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. 

Dla buat dua, satu warna oren dan satu lagi warna coklat. Kredit untuk Abang Aj (abang Dla) kerana meletakkan felt keychain ini pada kunci keretanya. Dan satu lagi, pak cik Dla nak, dia letak pada kunci motor isterinya. Sangat Sweet.

Burung Twitter atau Ikan Paus?


Assalamualaikum.. Ha tengok dekat atas tu. Ada macam burung Twitter tak? Bila Dla tanya kawan-kawan, ramai yang cakap felt keychain di atas macam ikan paus. Aik ada rupa ikan paus ke? apa-apalah. Dla buat felt keychain ni lewat malam, mata pun dah mula mengantuk. Tapi oklah. Dua ekor burung twitter pun jadilah. 

Dua-dua burung twitter ni dah dibeli orang. Semoga berbahagia dengan pemilik yang baru ye. Next time Dla jahit bentuk ikan pula, tengok apa orang kata. nampak macam bentuk lain tak.


cubaan pertama felt keychain


Assalamualaikum.. masa Dla buat felt keychain ni, kawan-kawan sibuk study nak exam. Bila kebosanan dah melanda ha inilah kerja Dla. Start buka craft tool tengok-tengok apa boleh dibuat. Maka ini lah hasilnya, felt keychain pertama dalam hidup.

Serius, sangat tak cantik. Al maklumlah amator lagi. Tak mengapalah, ia telah diterima dengan hati yang terbuka oleh Ex-Roomate Dla, si Atiq.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...