Showing posts with label handmade card. Show all posts
Showing posts with label handmade card. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

malam hari jadi baru nak buat





Assalamualaikum, kad ni tahun lepas buat untuk kak ika (classmate Dla). Biasalah student life kalau dah sampai masa sibuk tu apa yang sempat je capai. Malam besday kak ika baru sibuk Dla nak buat kad. Simple je .. sangat simple kot. Tadi dok bukak hard disk terjumpa gambar kad ni. So saja update :) :) Ok tata~


Monday, March 28, 2011

Pinky for Boy.. Boleh ke?? bolehlah....


Assalamualaikum, curi-curi masa ni nak update blog. Masih dalam minggu menyiapkan assignment secara ekspress tapi berhemah.. hehe Baiklah Dla nak share ni handmade card untuk adik Afiq.. Lama menyimpan ni konon-kononnya kalau tak sampai ke tangan pemilik tak nak publish dalam blog. Tapi apakan daya dan tak mampu nak bendung. Tengok blog ni pun suram je kalau tak ada post baru. Nak tak nak Dla update jugak..


Pelik ke kalau kad ini untuk lelaki. hehe tak kot. Cuma mentaliti orang je, asal pink, merah, bunga-bunga mesti nak perempuan. Sekarang ni rasanya dah tak kisah kot. Apa-apa warna pun fleksibel. Cuma ubahlah mentaliti tu sikit. 


Macam mana ok tak kad ni?? Selamat Hari Lahir Adik Afiq.


Wednesday, January 26, 2011

Arnab sesat yang senang hati..

Assalamualaikum.. lama tak update blog.. Ni kad hari lahir Atiq. Kata Atiq kad ni dah boleh buat cerita dah.. Tentang seekor arnab yang macam kesesatan je..hehe

cerita kat bawah ni Atiq yang reka bila Atiq tengok kad ni :)

scene 1: pada suatu hari, arnab berjalan terkedek-kedek mencari kawan... mungkin juga dia kelaparan....

scene 2: walaupn keseorangan, arnab sangat suka hati berjalan merentasi rumput yg panjang seorang diri.. lalalalla

scene 3: dalam perjalanan, arnab keletihan... dia mencari tempat berteduh di bawah sebatang pohon yg saaaaaaangaat cantik.... "wah... cantiknya pokok itu.." Dengan perasaan yg tidak sabar, arnab meneruskan langkah ke arah pokok untuk berehat dan berteduh... TAMAT.. Itulah cerita arnab yang senang hati.. 


Ni Dla paste cerita ni tanpa edit tau.. Harap Atiq suka dengan kad ni :) Selamat hari lahir Atiq.. 


 

Friday, January 14, 2011

walau apa orang kata... Ia tetap seekor singa.. :p


Assalamualaikum, kali ini Dla buat quilling card lg. Kalau anda bijak bestari, gambar apakah yang Dla dok pusing-pusing tu??? Ia sejenis binatang.. teeeet!! masa dah tamat.. 

INI ADALAH SEEKOR SINGA YANG CERIA.. okay fullstop.


Adik Dla kata ni dah macam rupa matahari je. Akak Dla pulak, "ape bendenye ni??". erkk! kenapa semua orang tak faham. Ini singa. Walau apapun, Dla tetap kata ia seekor singa.. Dla yang buat Dla tau la..  (macam tak boleh terima kenyataan.. ha dah benggang la tu Dla, buat singa tak rupe singa :p hehe).


Hehe macam emo semacam je. Dla ok je. Takpe lain kali Dla buat haiwan lain pula ek.. Harap-harap menjadi :)

"ape tengok2?? ade masalah.. " kata APE kepada si singa yang kecik.
Yang sedang tengok si singa comel tu namanya "APE" .. Sila sebut dengan sebutan yang betul. "E" tu e-taling tau. Ni kucing yang Dla kidnap (amek je kat mane-mane) masa cuti semester lepas. APE sangat manja, pantang tengok benda bergerak, walaupun sekecil jarum jam dan daun-daun pokok yang bergoyang ditiup angin, APE akan menjadi sangat teruja!


Tuesday, January 4, 2011

pusing-pusing jadi bunga


Assalamualaikum.. kerja hari ni macam ni... Pusing + tekan = bunga. Macam senangkan tapi Dla ambil masa juga siapkan handmade card yang berbunga-bunga seperti di atas. Apa yang penting, Dla rasa happy je siapkan kad. 

Special request by MY. Classmate Dla yang comel+skema+nakal+kelakar dan tak tahu nak describe apa.  Pendek kata kalau kelas Dla tak ada MY sunyi jugak kot. 


Insya Allah, Dla nak buat banyak lagi handmade car pakai teknik quil ni. Sebab seronoklah, sebelum ni Dla buat handmade card biase je. Mari mengasah bakat quil. :)


Tuesday, December 28, 2010

kad ni dah macam tali pinggang..


Assalamualaikum semua, banyak post dalam draf belum di publish lagi. Kononnya nak habiskan publish semuanya sebelum naik semester yang baru. Malangnya kemalasan dengan blog semakin menjadi-jadi. Tambahan pula blog ni macam ada masalah sikit pada setting.



Baiklah kali ini Dla nak update pasal kad yang Dla buat dah macam rupa kepala belt bentuk love tersebut. Sudahlah kad ini untuk Atiq... Ex-roomate masa asasi..

Saturday, December 11, 2010

hati-hati.. dan banyak hati-hati


Assalamualaikum, apa kata kalau anda dapat sampul surat berwarna yang kosong tanpa satu perkataan pun tertulis di atasnya?  Pada pandangan Dla, mungkin ramai orang akan tertanya-tanya apa benda ni, confirm lah dalam sampul tu ada isi. Tapi apa? masa tu mulalah sifat ingin tahu mendadak. Ok, mungkin juga anda tak ada perasaan dan tak rasa apa-apa pun. So, ignore je dan terus membuka tanpa banyak bicara. 

Tada!


Sebenarnya ada kad ini dalam sampul tak bertinta tadi. Ok tak? Apa hal la Dla ni merepek-merepek kat atas tadi. Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Harap orang yang menerimanya rasa di hargai. Sesungguhnya penghargaan tu bukan sesuatu yang mudah dinilai melalui ungkapan. 
Kad ini telah di request oleh Kak Farhana.


Tiba-tiba terfikir, Dla asyik buat kad dan felt product je untuk orang. Tak ada ke yang nak bagi Dla kad.. hehe


Friday, December 10, 2010

Foam paper yang penuh glitter...Excited!

 

Assalamualaikum.. kali ni Dla nak test. Excited sangat bile terjumpa foam paper yang bling2! Penuh serbuk glitter. Tu yang beli, serius cantik sangat ada macam-macam warna. Mata Dla pun dah berkaca-kaca tengok foam paper yang penuh glitter. Ilham pun dah mencurah-curah. Adik Dla, Seri dah mula berangan Dla akan buatkan hp case yang sangat glamour gitu. Dari jauh dah boleh nampak kalau kena cahaya.. Hehehe kang la Dla buatkan ye dik.

Sebagai permulaan Dla try buat kad tapi letak la sikit foam paper, ha nombor "7". Tu ha kat tengah-tengah kad tu..motif???? Tengok ni! Ha baru sikit dah mantul-mantul kilat dia. Kalau buat case tak ke glamour. Suke sangat!!



Monday, December 6, 2010

twit with love



Assalamualaikum.. serius dah lama tak buat kad sejak-sejak addicted pada felt product ni. Baiklah ni kad  ni untuk gudluck wishes. Serius idea tu tak kunjung tiba walaupun diseru-seru. Ha inilah hasilnya. Nak cepat siap, masa tu dah lewat malam nak ke pagi. At least Dla ada something nak berikan untuk ucapan kepada lub-lub. Tak adalah tangan kosong hehe..

Mesti bosankan, Dla ni asyik twitter dengan love je. Bukan macam tu, tapi setakat ni tempahan yang Dla dapat semuanya nak twitter dengan bentuk love. Tak tahulah apa yang menarik sangat dengan bentuk-bentuk ni. hehe



Tuesday, October 26, 2010

red quil



Assalamualaikum.. Dla sekarang berada di rumah Atiqah (classmate). Oh ya! Kebetulan hari lahir adik Atiqah dalam lingkungan seminggu Dla berada di rumah Atiqah. Serius, langsung tidak membawa apa-apa barang untuk buat kad. Gam, gunting, kertas semuanya tiada. Hajat dihati melambung tinggi nak buatkan kad hari lahir. 

Misi tetap dilaksanakan dengan meminjam gunting dan gam daripada Atiqah. Ha! nak tahu tak? sebenarnya kad tu diperbuat daripada kertas A4 bewarna putih dan wrapping paper sahaja. hehehe.. Dah tak ada kertas dah.. ni kes terdesak. 

Lihatlah hasilnya! Tadaaa...


Walaupun guna kertas yang nipis tapi menjadi juga. Selepas beberapa lapisan kertas digam, struktur kad tu agak kukuh dan ditambah dengan quil pada bahagian muka depan kad. Ok selamat mencuba!


Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...