Showing posts with label handmade case. Show all posts
Showing posts with label handmade case. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

handmade case Al-Quran

Assalamualaikum, lama Dla tak update pasal cart. Baiklah kali ni Dla nk share salah satu handmade case yang Dla buat tahun lepas (buat tahun lepas baru nak update sekarang hehe). Handmade case Al-Quran. Ni first time Dla jahir case untuk Al-Quran, try & error. Alhamdulillah menjadi tapi tak lah begitu kemas. Kosong je tak ada corak sebab pemiliknya nak simple dan tak nak Dla jahit apa-apa pada bahagian luar. Ok :)





      



Friday, May 25, 2012

Instagram hp case :) :)


tulisan sebenar 'INSTA" ganti dengan "ADEL" 
hehe nickname Dla dalam kalangan kawan2



Assalamualaikum.. disebabkan applikasi instagram ni semakin popular dan memang best. Jadi Dla pun saja jahit case bertemakan instagram ni. Actually kamera instagram sebenar takde pun macam ni, ini cuma logo je. Tapi dengar2 cerita ada yg nak cipta betul2 kamera instagram ni macam logo aplikasi tu. OK, sangat awesome dan Dla nak!!

ok menangis tengok TT.. nak sangat...

Sebab case yang Dla jahit ni la ramai yang pm inbox fb Dla. Ramai yang nak beli case ni dan nak order. Tapi Dla tengah exam, terpaksalah tolak. Maaf :( tapi Dla pasti lepas ni ramai buat something ikut logo instagram ni..mungkin kek, biskut, keychain dan etc.  Biasalah benda tangah popular.. :)


hp case "bubble shooter "




Assalamualaikum.. hari tu bosan punya pasal, sambil study jari ni menggatal pegi menjahit pulaks~ mata kejap kat buku kejap tengok jarum masuk betul ke tidak..alih-alih tak sengaja siap satu casing.. Ok case ni theme dia bubble shooter.. ala yang game dalam hp tu.. ok tu je nak update ^^ 




Wednesday, April 18, 2012

say cheese 0_0 akhirnya...... :)


Assalaualaikum.. Lama Dla tak menjahit. Lepas je habis praktikum hari tu. Dla terus jahit handmade case ni. Comel tak?? hehe handmade case ni untuk handphone Dla... Susahnya nak jahit untuk diri sendiri..sebab masa ni ilham tak datang~  Dan akhirnya tada!! jadilah handmade case kat atas tu. Motif camera. Dla suka warna coklat, so main jahit je.. Simple dan senang nak masuk kocek, skrin pun tak calar lepas ni ^^

Saturday, February 5, 2011

Pencil case saya hilang! ni yang baru.....


Assalamualaikum.. Alhamdulillah Dla baru sahaja sampai di Kampus pukul 9.00 malam tadi. Serius Dla kepenatan, perjalanan yang paling lama Dla pernah lalui dari Batu Pahat ke Seremban (2.30 petang-9.00malam). Banyak habiskan masa atas jalan raya. SESAK.. 


Nah, ni pencil case Dla dan adik Dla (Fatin). Dla jahit sebab pencil case Dla hilang entah ke mana. Dla tak boleh kalau ke kelas tak ada pencil case, rasa tak lengkap. Nak tak nak jahit sendiri lagi best kot.

Tuesday, January 11, 2011

red dragon.. AUUMMM!


Assalamualaikum, minggu ni dah  masuk minggu kedua kuliah semester tiga. Kerja-kerja pun dah mula bersusun. Antara rajin dan malas, cepat dan lambat je untuk selesaikannya. Dan yang pasti kerja-kerja lain akan kunjung tiba walaupun tak diundang.. hehe jadi Dla tak boleh leka. 

Semalam Dla telefon Kak Ngah semester, excited!!  result semester lepas diubah dan diperbetul. Alhamdulillah semua kawan-kawan sekelas Dla melompat-lompat kegirangan, ada yang menangis sebab seronok sangat. Dla pun tak ketinggalan, seronok ya amat hehee. Tapi semester ni Dla nak buat yang lebih baik lagi :p. Baiklah, cemburu tengok kawan-kawan update blog. Blog Dla tak update lagi. Kebetulan kelas petang ni dibatalkan. 

 

Ni handmade case order dari Aji.. Dla punye geng sama batch cuma kos je lain-lain. Kata nak hitam merah. Dla fikir dan buat banyak design.. ni la design yang terpilih.. OK x????


 p/s : AUUMMM tu bunyi harimau kan?? xtahu bunyi naga macam mane... 

Friday, December 24, 2010

lagi handmade case cecipin punya


Assalamualaikum, sejak semalam kepeningan kepala, terlalu tunduk dan fokus pada jahitan dan quilling agaknya. Tapi degil tak mahu berhenti~~ addicted.

Baiklah, ini external hard disk case Ahmad Cecipin (bukan nama sebenar) yang punya. Senior Dla di kampus. Kami satu kos ye (Sains). 



Monday, December 20, 2010

cupcake case angah yang punya :)




Assalamualaikum, baiklah sempena hari lahir Kak Ngah. Dla jahitkanlah case untuk Hard disk Kak Ngah. Kak Ngah tengok case Dla yang Domo tu. Kak Ngah kata tak nak macam yang Dla punya. Sebab macam ganas je.. hehe Kak Ngah nak yang soft gitu. 

ni pandangan bahagian hadapan 

ni pandangan bahagian belakang 

Oklah, Dla jahit motif cupcake, Bolehlah kan cupcake ade macam kaitan dengan hari lahir kan. Siap Dla jahit nama "Angah" lagi kat bahagian atas dia. Harap Kak Ngah suka. :) 


Selamat hari lahir Kak Ngah. Sayang Kak Ngah.


Thursday, December 16, 2010

Eh! macam raja lawak la..

Assalamualaikum.. Dla dengan adik-beradik tengah dok tengok je tv. Tiba-tiba si Hanef anak sedara Dla menyanyi lagu tema raja lawak. Kita pun buat macam biasa. Hanef menyanyi sambil melambai-lambai hp case yang Dla baru siapkan.

Ha!! baru Dla perasan. Glitter foam atas hp case tu macam lambang raja lawak cume "R" di gantikan dengan "S" je. Hehehe, masa buat serius tak sedar macam lambang raja lawar, Hanef dah nyanyi baru perasan.

"S" tu adalah initial untuk SERI. Adik bongsu Dla. Dia kata akak ni jahitkan orang punya je, dia pun nak juga. Tu la wujudnya hp case untuk adik ni.



Tuesday, December 14, 2010

Domo-Kun tak comot macam dulu



Assalamualaikum :)
Rentetan daripada hp starp Domo-kun yang Dla buat untuk lepas geram semasa peperiksaan dulu. Dla cuba lagi sekali untuk jahit si Domo-Kun tapi kali ni untuk external hard disk case.. Korang boleh tengok la.. Dah xcomot macam jahitan yang dulu.. Yea!



Ni pandangan hadapan..


Ni pandangan belakang..


Monday, December 6, 2010

kereta kecil warna hijau..pon..pon


Assalamulaikum.. lagi handset case. Oklah, case ini di tempah oleh Kak Ika classmate Dla untuk adiknya. Dah lama Dla jahit ni tapi ni baru je update dalam blog. Tak silap Dla jahit case ni masa dekat-dekat exam tak pun masa exam. Tak ingat dah lama sangat. Sekarang Dla tengah cuti semester..

Comel tak kereta hijau tu?? masa kecik-kecik Dla panggil kereta tu kereta katak.. hehe bentuk love yang bersambung dengan reben tu sebenarnya memudahkan untuk tarik handphone bila nak keluarkan daripada case tu. Ok tu jelah nak cerita.. Next time Dla update yang lain.



saya suka 7


Assalamualaikum.. kali ni Dla nak update lagi pasal case untuk handset yang Dla buat.. Simple je.. hitam pun nampak menarik juga.. owh motif?? ada nombor 7 dekat bahagian depan case tu kan? Tu nombor yang Dla. suka dan Dla rasa ramai juga yang suka nombor 7 tu..agaknya lah..



Thursday, October 28, 2010

Blue hp case

Assalamualaikum.. Dla berpeluang lagi buat handmade case (handphone) bila kak ika (classmate) request untuk benda tersebut. Dla buat dengan hati yang gembira sebab dah lama tak buat handmade case ni. Seperti biasa Dla akan gunakan foam paper untuk main body of the case. Ini adalah bertujuan untuk menyerap hentakan kalau tiba-tiba terjatuh. Pada bahagian aksesori pula, Dla lebih prefer untuk gunakan felt fabric sebab ia ringan dan mudah dibentuk berbanding foam paper.


luvcratfing: ada satu lagi cse yang Kak Ika request untuk adiknya pula.. hehehe

Saturday, February 20, 2010

hp case untuk roomate




Assalamualaikum, bulan Februari ini dah mula assignment diagihkan kepada pelajar. Masa Dla pun bertambah padat, tambahan pula sepanjang cuti bulan ini Dla habiskan dengan latihan dan pertandingan Debat Terbuka Astar di Universiti Malaya.

Kadang-kadang bila terlalu fokus pada assignment dan debat, Dla agak bosan. Dan apabila kebosanan menjengah mulalah Dla keluarkan idea-idea kreatif yang tak berapa nak kreatif ni. Tempoh hari Dla ada siapkan anniversary card, kesian pula Dla tengok roomate Dla, Kak Fatim diam dan tak berani tegur. Jadi Dla pun jahitkanlah satu chasing telefon bimbit untuknya. Kebetulan pula, roomate Dla baru beli telefon bimbit baru. Memang kenalah tu.


Mula-mula nak jahit chasing guna felt paper, tapi rasa nipis sangat, kalau nak tindih dengan span nanti macam tak lawa pula. jadi Dla gunakan foam paper, extra protection. Kesat dan kalau jatuh pun insya Allah telefon bimbit tu selamat. Semacam ada daya penyerapan gitu. cewah..

Dla jahit simple je, roomate Dla suka. Dla pun suka.


Monday, February 15, 2010

digital camera case


Impian tercapai nak ada digital camera sendiri, alhamdulillah. Mula-mula nak beli DSLR, tp abang Dla kata tak perlu dulu sebab nanti susah nak bawa. Sedih je, tak mengapalah, adik yang taat dengar cakap abang, so belilah digital camera dulu.

Sebab teruja jadi Dla siap jahit chasing kamera tu sendiri. Mula-mula nak guna felt paper tapi rasa nipis sangat, tak berapa sesuai kot. Jadi Dla gunakan foam paper. Much better sebab dia macam span dan agak menyerap hentakan. Ni percubaan, so jahitannya tak berapa kemas tapi kukuh.

Seronok dapat jahit chasing untuk digital camera sendiri.


Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...