Showing posts with label Aksesori (felt product). Show all posts
Showing posts with label Aksesori (felt product). Show all posts

Friday, December 23, 2011

pertama kali jahit purse dan ini hasilnya ^^


ni bahagian depan ^^


Assalamualaikum, ni first time Dla jahit purse pakai felt. Sebelum ni tak pernah buat sebab tak ada permintaan pun. Agak terkial-kial jugak sebab tak ada tutorial main agak-agak je. 

ni bahagian belakang ^^

Purse ni totally pakai poly felt yang berlapis-lapis jadi tak lembut keras sangat tak lembut sangat, sedang-sedang je. Jadi ia fleksibel. Kalau agak-agak banyak duit kertas berkepuk-kepuk nak masukkan tak adalah jadi pelik dan tebal semacam sampai tak boleh nak tutup hehe.. 

Kira agak berjaya la jugak buat purse ni dalam satu hari. Insya Allah next time kalau ada yang nak order Dla akan buat yang lebih baik lagi .. 

ni bahagian dalam ^^

Wednesday, February 9, 2011

A.I.S.A.H :)

Assalamualaikum.. Dla kembali ke "Ilham Adilah" setelah meninggalkan blog selama beberapa minggu. Bercuti sempena Tahun Baru Cina dan internet connection sangatlah menyiput. Banjir?? Di tempat Dla banjir. Tapi rumah Dla selamat tak dinaiki air sebab tinggi. Alhamdulillah.. :)

Baiklah kali ini Dla nak tunjuk purse coin Aisah yang Dla dah lama jahit tapi tak upload dalam blog. La ni baru nak upload. Ok tak?? Simple je kan.. Ada nama Aisah dan dua kumtum bunga.



Friday, January 21, 2011

am i cute?? (>_<)


Assalamualaikum, ni Dla nak tunjuk order ketiga Dina selepas twitter dan arnab yang Dla dah update dalam entri yang lalu. Ha comel ke tidak???


Tengok mata dia.. >_<  konon-konon tengah mengenyit la tu, hehe macam sakit mata pun ada kan.. Kata Dina car charm ni nak bagi kat kawan nama Lala. Dah nak fly ke Aussie. Mungkin nak sambung belajar kat sana agaknya. Semoga berjaya Lala. Buat Dina pulak, wah best la dapat geng macam ni suka bagi present kat kawan-kawan lain. 


Ni arnab kot, agaknya la.. haha apalah Dla yang buat pun Dla tak tau ni apa. Siapa tau bolehlah bagitau ni haiwan apa okay. Sekali tengok macam pakai dress, dua kali tengok macam pakai apron kan??? Harap Dina dan Lala suka ye..


Wednesday, January 19, 2011

twitter duduk atas awanlah pulak???

cak!!!
 Assalamualaikum.. ha tiada alasan lambat update blog sebab malas okay. Kali ni line internet yang buat hal.  Akhir-akhir ni tak tau lah kenapa broadband Dla menjadi sangat slow dan menyebabkan peratusan mood untuk beronline sangatlah merundum. 


Baiklah, kali ni Dla nak display order dari Dina yang kedua.. cerita dak rabbit tu dah lepas. Ni kisah si twitter pula. Dalam banyak-banyak felt produk yang Dla buat, Twitter dan Domo la paling orang ramai suka. (boleh review craft2 Dla yang lepas ye). Burung twitter ni bajet boleh duduk atas awan la kononnya.. :p maaflah bab-bab nak bagi tajuk entri memang jatuh carta ke 101.


Maaf lagi sekali sebab kualiti gambar tersangatlah teruk, tak tahulah kenapa tangan terketar-ketar lepas tu tak setting. Jadi tak lawa dah twitter punya gambar ni.

Tuesday, January 18, 2011

arnab dan lobaknya yang sangat kontra


Assalamualaikum, ha pagi-pagi Dla menaip laju-laju post ni sebab kejap lagi nak ke kelas Anatomi dan Fisiologi. Excited kot perngbentangan dan amali yang pertama. Lagi satu alasan sebab Dla dah jatuh hati kat subjek ni walaupun susah tapi menari (tengok mood jugak).

Baiklah, ini car charm order oleh Dina, merangkap anak  Ketua Jabatan HEP kampus Dla. (sila takut dan sedikit gementar). Actually ada lagi tiga car charm yang Dina tempah tapi nanti Dla tulis pada entri yang berlainan. 


Nak dijadikan cerita, nak bubuh warna pink. Tapi tak syokkan kalau pink je, so Dla buatlah arnab pink yang duduk atas lobak yang warna oren. Ha! baru nampak terang dan kontra. Tak adalah kusam sangat. Kepada Dina dan zue_ika(nama yang tertera pada car charm tersebut), harap sukalah ye.. 

Saturday, December 11, 2010

Katakan Hello Kitty :)


Assalamualaikum, Okay.. tiba-tiba je Hello Kitty yang kononnya comel  muncul sambil  tergantung-gantung pada cermin kereta anda. Apa kata? Takut? terkejut? suka? Bagi Dla ia menakutkan.. hehe (Dla memang ada masalah takut dengan karya sendiri).


Baiklah, kali ini request oleh Kak Farhana nak Dla buatkan benda yang gantung pada cermin kereta bahagian dalam kereta. Senang kata macam aksesorilah. Comel tak?? Si Kitty ni sedang memegang sesuatu macam board lah kononnya tertera nama "Farah & Hazwan". Cewah.


Dla buat simple je, Tak suke complicated sangat. So, inilah hasil sepenuhnya. Harap Kak Farhana suka.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...