Showing posts with label cerita 5 tahun (kampus). Show all posts
Showing posts with label cerita 5 tahun (kampus). Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Temuduga SPP Tahun 2013

Assalamualaikum kawan-kawan.. berita baik ataupun tidak terima sahaja. Buat ramai pelajar-pelajar pendidikan terutamanya di Institut Pendidikan Guru temuduga yang ditunggu-tunggu telah pun tiba secara mengejut. hahaa

Temuduga pada kali ini diadakan cepat dalam bulan Disember iaitu beberapa minggu selepas kita semua tamat pengajian.  Berbanding pelajar-pelajar ambilan sebelum ini terpaksa menunggu lebih kurang dalam enam bulan untuk ditemuduga dan di posting kan. Temuduga pada kali ini diadakan beberapa peringkat :

Siri 1 : 2 Disember- 6 Disember 2013
Siri 2 : 9 Disember - 13 Disember 2013
Siri 3 : 17 Disember - 20 Disember 2013

Untuk semakan nama, anda boleh layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan  (klik di sini)



Tahun ni tak ada dengar cerita pasal Penilaian Khas. Pelajar yang mempunyai pointer yang tinggi 3.35 ke atas pun semua kena interview. Dla masih lagi ternanti-nanti untuk panggilan interview. Inshaa Allah Dla mungkin tersenarai dalam Siri 2 atau Siri 3. Baiklah, apapun diharapkan bekas siswa-siswa pendidik sekalian dapat bersedia mempersiapkan diri dengan ilmu dan bahan-bahan yang perlu dibawa semasa interview. Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan dan berjalan lancar agar beroleh kejayaan.. Amin Ya Allah. 


iluvcrafting : Interview di dunia dah rasa resah, takut, tak keruan.. belum lagi di 'interview' malaikat dan Allah kelak. Sungguh kita hamba yang kerdil.

Sunday, November 24, 2013

Viva'13 Sains:Seminar Penyelidikan Tindakan


Assalamualaikum lama sangat tak update blog.. Dla dah tamat pengajian di IPG pada 15 November yang lalu :) Alhamdulillah. Dla baru berkesempatan nak berkongsi tentang Seminar Penyelidikan Tindakan kelas Dla PISMP Sains. Seminar ini adalah sebahagian program wajib yang diadakan bagi membetangkan hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan oleh semester 8. Ia juga sebagai syarat untuk menamatkan pengajian peringkat ijazah. Setiap unit/kelas boleh memilih dan menguruskan seminar penyelidikan di mana sahaja mereka mahu. 

Seminar Penyelidikan Tindakan Sains Pendidikan Rendah ini telah diadakan pada 1-2 Oktober 2013 dan sebulan lebih bru nak share.. hihi.. Kami satu kelas sebulat suara mengadakan seminar ini di Glory Beach Resort Port Dickson (sebelah GrandLexis idaman semua.. owh~). Secara tak langsung bukan sahaja seminar malah merangkap percutian kami satu kelas. kami check in pada 31 September, mengemaskini dan membuat rehearsal akhir sebelum majlis bermula pada keesokkan harinya. 


 






1 Oktober 2013 : Hari pertama Seminar Penyelidikan Tindakan

Pagi itu, pendaftaran dibuka bagi para pensyarah dan peserta seminar. Peserta seminar terdiri daripada 24 orang pelajar iaitu kelas kami sendiri. Pembentangan hari pertama akan dimulakan dengan majlis pembukaan. Setelah itu pembentangan sidang 1 dan pada sebelah petang adalah pembentangan sidang 2. Dla bertugas selaku pengerusi majlis (maka banyaklah praktis sebab Dla ni pelat sikit & selalu tersyasyul) hihi

Pendaftaran 

Majlis bermula. masa ni dah mula berdebar-debar

Our Ketua Jabatan, Penyelaras Kajian Tindakan & Pengarah Seminar
(kesayangan semua ni)

Hei itu pengerusi majlis! hihi

Khusyuk mendengar amanat Ketua Jabatan ^^

Penyampaian cenderamata ^^


Panel penilai sidang 1 : Dr Zainol Badli & Tn Hj Che Azmi


Ika & Kak ida


Pembentang sidang 1 : Kak Fatim, Shikin, Atiq, Along, Fahmi & Zahidan  :)


Panel penilai sidang 2 : Dr. Rosmidah & Pn. Hjh Rugayah

Pembentang sidang 2 : Nurhidayah, Kak Janah, Ifah, Anwar, Pokdin & Farhi


2 Oktober 2013 : Hari pertama Seminar Penyelidikan Tindakan

Pagi sebelum sidang 3 ada key note speaker oleh pensyarah cemerlang Dr Maridah. Sidang 4 pula adalah pada sebelah petangnya. 

Panel penilai sidang 3 part 1 : Dr. Maridah & Pn Asmah

Panel penilai sidang 3 part 2 : Dr. Nor Aniza & Tn Hj Rasid


Pembentang sidang 3 : Fairuzi, Kak Yan, Kak Ton, Kak Ida, Ika & Matyie

Panel penilai sidang 4 : Pn Fathaiyah & Dr. Faridah


Pembentang sidang 4 : Mek, Hani, Adi, Syah, Adel (Dla) & Sol


Dla adalah peserta ke 23 dari 24 iaitu sidang keempat. apa yang menjadi kerisauan bila semua orang dah penat dan bagaimana Dla nak menarik perhatian untuk orang mendengar apa yang Dla cuba sampaikan. belum pernah rasa nervous sampai tak boleh cakap masa malam sebelum pembentangan tu. Call adik beradik, call abah. Ada masanya orang yang talkative pun boleh jadi macam ni ek. serius rasa nak menangis pun ada.. Jadi pengerusi majlis cool je tapi nk pembentangan boleh jadi nervous. Alhamdulillah Dla rasa keyakinan tu datang balik asa sampai turn pembentang sebelum Dla. Masa tu dah datang dah perasaan excited nak bentang lagi2 bila ada microphone suke sangat haha.. Kan betul bila sampai turn Dla banyak benda nk cerita rupanya, hilang semua nervous. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Hebat kawan-kawanku semua, kajian tindakan tip top internationale. :) :)

Science Sensei : Last Minute Champions


Gugurls ^^

Nampak tak muka nervous.. haha

Konon cool tapi nervous.. menyampah! tak pernah2 nervous tiba2 nervous hehe

Dr. Zailah inspirasiku.. sangat hebat!


Petang tu majlis penutup, malam tu kami ada BBQ tepi pantai. Best sangat!! santai.. sejuk.. happy.. ribut.. hujan lebat.. luck draw.. banyak makanan sebenarnya malam tu tambahan pulak classmate lelaki kebanyakkannya pandai masak memang terbaik  :) 




masing2 dengan hadiah lucky draw yg pelik2 hihi :)


Keesokkan harinya sebelum pulang :)

iluvcrafting: byk lagi gambar2 yg superb2 tp berat sangat nak upload.. next time Dla sambung la.. kalau rajin hihi :)

Sunday, July 14, 2013

penyediaan buku rancangan mengajar


Assalamualaikum... ramai kawan-kawan Dla yang dah nak mula praktikum esok bertanya apa nak kena sediakan dalam buku Rancangan Mengajar. ok ni sedikit sebanyak yang dapat Dla bantu. Maaf banyak kekurangan, mungkin berlainan format ke. Ini berdasarkan apa yang Dla telah buat semasa praktikum-praktikum lepas. Sekadar perkongsian dan beri idea bagi yang 1st time nak ke sekolah.
  1. Sediakan buku Rancangan Mengajar (wajib). Sebab ni lesen kita untuk mengajar. Di dalam buku Rancangan Menangajar terkandung :
  • Jadual waktu persendirian
  • Sukatan pelajaran (SP)
  • Huraian sukatan pelajaran (HSP)
  • Rancangan pengajaran tahunan (RPT)
  • Rancangan pengajaran semester (RPS)
  • Rancangan Pengajaran Minggu (RPM)
  • Rancangan pengajaran harian (RPH)
  • kat bahagian belakang buku rancangan mengajar bolehlah tulis nama pelajar (kelas yang anda mengajar)

**Tips :
  • untuk nampak kemas buatlah divider ke, partition ke, envelope ke, supaya nampak sistematik dan mudah dilihat.  
  • Kalau HSP atau RPT tu tebal sangat nk masukkan dalam buku Rancangan Mengajar. Korang boleh ambil yang penting-penting je. Misalnya korang ajar Tahun 5 Bab Kekuatan dan Kestabilan, ambil HSP atau RPT tajuk tu je masukkan dalam buku Rancangan Mengajar. Korang kecilkanlah saiznya, fotostat ke, lipat ke. J Kalau tebal-tebal nanti terkangkang buku Rancangan Mengajar korang.
  • Sentiasa update buku Rancangan Mengajar. Siapkan RPH sebelum kelas yang kita nak masuk mengajar tu ok J
  • Hantar buku RPH untuk ditandatangani oleh Guru Besar / Pengetua




2. Sediakan folder / portfolio / senang kata fail. Untuk masukkan butir-butir yang dikehendaki oleh     pihak praktikum. Ini juga akan memudahkan kerja korang. So kalau ada minit mesyuarat ke,           maklumat sekolah, latihan pelajar  dll boleh masuk sini.

**Tips :
  • Isi kandungan untuk folder ni ikut la tempat pengajian masing2. Kalau IPG dah ada senarai apa yang perlu dimasukkan dalam folder. Kalau Universiti yang ambil pendidikan, korang mesti ada senarai isi kandungan sendiri kot.. rasenye la..
  • Ha jangan lupa! Buat juga divider supaya nampak kemas, mudah nak cari bahan dalam folder dan sistematik.
  • Mana-mana huraian sukatan pelajaran yang tebal ke atau maklumat yg tebal sangat nk masuk dalam buku Rancangan Mengajar tak muat. So korang boleh masukkan dalam folder.


Kat bawah ni gambar contoh :


Jadual waktu persendirian 

Sukatan pelajaran 

Diikuti dengan huraian sukatan pelajaran 


Lepas tu rancangan pengajaran tahunan pulak. Selalu yang ni boleh dapat kat sekolah


Ni kalau korang ajar lebih dari 1 subjek, buatlah divider lain untuk isi SP, HSP, RPT untuk subjek lain 







Lepas tu korang sediakan la Rancangan Pengajaran Semester pulak macam gambar bawah ni. 
Untuk RPS ni korang boleh je letak susunan dia selepas RPT.




Next, jangan lupa letak divider minggu-minggu bagi nampak kemas sikit. 
Tak nak letak pun xpe lah kot.


Lepas divider minggu tu korang buat Rancangan Pengajaran Mingguan tau (RPM).
Maksudnya planner minggu tu la, ape yang korang akan ajar, kelas mana, bila & so on lah~



Lepas dah siap RPM tu barulah korang start buat Rancangan Pengajaran Harian  :) 



Kalau Dla suka lekat latihan atau contoh apa yang murid perlu hasilkan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Lekat lepas RPH. 



 Kalau IPG kena buat refleksi pengajaran lepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.


Habis refleksi , korang boleh la buat divider minggu baru, RPM  dan RPH untuk minggu depan pulak.
Dan seterusnya. macam tu la.

Oklah ni je kot. Nanti yang lain-lain boleh tanya lagi. Maaflah korang, tak pasti IPG dengan U punya sama ke cara penyediaan buku Rancangan Mengajar. Ini sekadar perkongsian pengalaman 3 kali praktikum di IPG. Gudluck korang.. sorry gambar xclear, snap laju-laju.

Specially for kawan2 yang kat universiti yang dah nak mula praktikum dan bertanya apa kena buat dengan buku Rancangan Mengajar. Maaf terkurang  J menaip dalam kadar 5 minit sahaja. Selamat berpraktikum ^^


Tuesday, June 11, 2013

penyatuan 2 jiwa : yaya & tahkim

Assalamualaikum, Alhamdulillah akhirnya sorang lagi kawan kita dah memasuki alam perkahwinan.. Tahniah yaya dan tahkim.. Kehadiran kawan2 memeriahkan majlis mereka. memang sweet je tengok yaya & tahkim :)

sehari sebelum majlis, petang tu buat doa selamat sikit. 

malam tu sempat lagi kiteorang lepak Dataran Penggaram ( dataran BP) tengok JDT lawan Pahang.. hehe JDT menang yey!! 

Janah, Solehah, Mek, Ika ^^

Ni masa majlis akad nikah. Lebih kurang dalam pukul 9.30pagi.. Semuanya berjalan lancar, Ustaz yang jadi jurunikah pun memang sporting.. majlis pernikahan yang penuh kesyukuran dan keceriaan..  :)


no more 'cik'  dah jadi puan yaya   :,)  budget tahan tengok ko nikah yaya, akhirnya dengan kiteorang sekali meleleh air mata. macam tak percaya je yaya dah jadi isteri..  Alhamdulillah :,)


comel & sweet je mereka ni ^^


Groom, Bride & Briedmaids :)


kiteorg satu kelas dengan yaya kat IPG hehee :) happening kan ^^


kami lagi.. so masuk ni dah 3 orang perempuan dalam kelas sains dah disunting prince charm.. dengar cerita lagi 2 orang ye,.. tunggu... hihi ^^ masing2 tunggu giliran, jangan clash majlis sudah.. 


geng turqoise ke ape ek nama kaler ni... hijau ocean? 


masa tunggu tahkim (pengantin lelaki) sampai


again, kami lagi... hehee  gila bergambar.. eh bila lagi nak macam ni kan :) seronok!!

ni geng2 lelaki kat IPG turut datang, bukan kelas sains je, kelas2 lain pun ada :)


yaya & tahkim dalam persalinan pink >< peach.. nampak sangat2 cantik menarik memang daboom~ ^^

potong kuihnya potong kuihnya ...  kek pun omey :)


petang tu kite semua teman yaya & tahkim untuk outdoor photoshoot. slumber, ceria & gembira adalah perlu untuk memeriahkan lagi gambar-gambar perkahwinan mereka hehe ^^

tak sabar-sabar nak tengok hasilnya :) berlari, berdiri tegak, menyambut, menarik .. 
apa ntah jadi dalam gambar ^^



 sporting!! ... abes semua dak bride team & groom team masuk dalam gambar kawen yaya & takem ^^



Bride team!!  



Semoga ikatan persahabatan kita sampai akhir hayat, walaupun nanti ramai dah kawen, dah anak-anak harapnya buddies takkan terpisah.. cewah...  selamat pengantin baru yaya & takem!!!!  yey ^^


Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...