Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Tutorial flower brooch yang awesome ^^

Assalamualaikum.. seperti yang Dla janjikan Dla akan update tutorial nak buat felt brooch yang awesome ni. Lagi besar, lagi banyak kelopak lagi cantik, tapi kali ni Dla akan ajar yang basic je ok.. 4 kelopak sajo :)  Sorry tak dapat buat tempahan sekarang, fokus pada sekolah. Thats why tutorial ni wujud :p baiklah bahan- bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
-felt / fabrik yang bersesuian
-benang
-jarum
-gunting

Langkah 1

Firstly, korang kena sediakan felt yang telah siap digunting bulat macam ni ha.. xkisahlah saiz nak besar mana. Yang Dla buat ni dalam 4-5cm sebab Dla buat brooch saiz besar, kalau nak kecil so kecilkan lagi saiz bulatan tu ea..

Langkah 2 

Lepas tu, kalau nk brooch yang ada effect yang cantik selepas dijahit, korang gunting la tepi-tepi dia macam bunga. Kalau nak bulat je pun boleh. Next time Dla update macam mana nak gunting bentuk bunga macam   kat atas ni dengan cara paling mudah, cepat dan macam xsangka ada cara macam tu.. hehe 


Langkah 3

Ok sekarang dah nak masuk fasa melipat, mula-mula lipat 2 macam kat atas tu.


Langkah 4
 

Lepas dah lipat 2, lipat lagi sekali. Senang kata lipat 4 la, jadi macam bentuk kon / segitiga. Ha senangkan u'olls :)


Langkah 5


Fasa menjahit. Felt yang korang lipat macam kon tadi letak atas felt lain yang bertindak sebagai lapik bahagian bawah. Ni nak memudahkan korang jahit dan padang pin kat belakang dia nanti. Ok?? Dapat tangkap tak sampai step 5 ni?? kalau tak dapat korang kena fahamkan dari step 1 balik hihi :p


Langkah 6

Korang jahit je bahagian bucu yg segitiga tu ok, tak payah nak susah-susah jahit semua bahagian.
 Jahit ketat-ketat sikit supaya nanti tak tertanggal kelopak brooch tu. 


Langkah 7

Lepas dah siap jahit satu kelopak, jahit lagi kelopak lain. Nak buat satu warna boleh, nak mix banyak warna pun boleh. 


Langkah 9

OK dah siap pun jahit empat kelopak bunga. Ha senangkan. sekarang ni korang tarik dan kemaskan kelopak bunga tu supaya kembang mekar dan cantik apabila dipakai ^^


Langkah 10

Tara~~!!!! inilah hasilnya :) nice kan.. nanti jangan lupa jahit atau tampal pin kat bahagian belakang bunga tu, ok selamat mencuba :) tak faham boleh tanya 



Iluvcrafting : Lepas dah expert boleh jahit banyak2.. :)



Sunday, August 7, 2011

TUTORIAL: Senangkan gunting huruf? :)

Assalamualaikum, dah basi dah video ni Dla simpan. Ramai juga yang tertanya-tanya macam mana Dla gunting huruf-huruf ABC......dan lain2 dengan mudah tanpa print dan tekap. Sebenarnya senang je. 

  • Pertama kena yakin dan berani buat salah. salah takpe nanti cuba lagi ok. 
  • Kedua mesti tahu huruf blok.. Ala masa zaman sekolah-sekolah dulu cikgu pernah ajar tak buat huruf blog?? Basic thing untuk tulis-tulis kat poster atau lukisan.. Kalau tak tahu boleh tanya Pak Cik Google ye..
  • Ketiga, bila dah master huruf blok, at least rupa bentuk huruf tu la dah kira power la tu. Gunting dengan riang sehingga jadi macam huruf yang kita nak.. Senang kan ^_^
Jadi apa lagi, ambil gunting dan kertas dan mulakan!! :) :)



Ok..ok.. tak faham? kat bawah ni Dla tunjuk manual je la..

Sediakan sekeping kertas ikutlah ukuran yang kita nak, kalau nak huruf tu bersaiz besar, jadi besarlah kertas tu, kalau nak saiz huruf tu kecil, kecillah kertas tu ye..

Lipat kertas menjadi dua, untuk cari simetri atau garisan penanda. Tak kisahlah nak lipat tang mana pun asalkan ia dapat tolong awak semua untuk mudahkan lagi nak gunting huruf tu  :)


Dah lipatkan tadi? so bukak balik lipatan tu. Ha sekarang dah boleh agak-agak nak gunting tang mana. Mana tengah, tepi dah boleh adjust biar tak senget :)


Gunting dan gunting lagi :) sampai nak jadi huruf ye


Tada.... dah jadi huruf N.. senang je :) :)


Lepas tu boleh la buat huruf lain pula. Practise make perfect 



iluvcrafting:  Sekian tutorial dari Dla, next time buat yang lain pula, boleh request kalau nak.. yang penting kena berani mencuba, salah tak pe :) cara ini juga boleh diaplikasikan kepada huruf kecil dan nombor :)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...