Showing posts with label card kad. Show all posts
Showing posts with label card kad. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

handmade card hari ibu ^^


Assalamualaikum, sekarang ni Dla masih dalam minggu peperiksaan akhir semester 5. Jadi banyaklah post yang tertangguh. Walau bagaimanapun Dla akan update blog Ilham Adilah ni jugak untuk simpanan kisah pada masa akan datang. Baiklah, semua orang tentu familiar dengan hari ibu kan. Nak beri hadiah, nak buat emak happy la.. Ape-ape saje. Ada yang mengatakan sambutan hari ibu ni tak baik sebab ada mengikut amalan atau pegangan agama lain. Jadi kena hati-hati ya. Kalau nak diikutkan tak semestinya dalam setahun cuma ada 1 hari tu je kita sambut hari ibu bagai nak rak. Hari-hari lain pun kita patut hargai ibu kita. Tak gitu anak-anak sekalian ^^..

Baiklah di sini Dla ada buat satu kad hari ibu. Of coz la request daripada anak untuk ibunya lah.. Ok tak? theme dia ala2 klasik. So Dla pilih warna coklat dan ada merah-merah hitam. Gambar tu pulak Dla buat polaroid style. Pada pendapat Dla sendiri, sepatutnya Dla letakkan dua gambar yang berbeza, mungkin satu lagi gambar ibunya. Jadi lebih harmoni, disebabkan tiada, so buat jela apa yang ada.

zoom in 

ni gambar kad secara keseluruhan



Baiklah itu sahaja nak share ^^.. Lain kali Dla share benda lain pulak ok.. Assalamualaikum..

iluvcrafting : Jom sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak Dla 
                        (Sariah binti Mohamad).. 


Tuesday, December 27, 2011

handmade quilling card for birthday


 royal flower inspired by kak asma :)

pandangan hadapan

amek ni berpusing-pusing hehe :)


Thursday, December 22, 2011

malam hari jadi baru nak buat





Assalamualaikum, kad ni tahun lepas buat untuk kak ika (classmate Dla). Biasalah student life kalau dah sampai masa sibuk tu apa yang sempat je capai. Malam besday kak ika baru sibuk Dla nak buat kad. Simple je .. sangat simple kot. Tadi dok bukak hard disk terjumpa gambar kad ni. So saja update :) :) Ok tata~


Monday, March 28, 2011

Pinky for Boy.. Boleh ke?? bolehlah....


Assalamualaikum, curi-curi masa ni nak update blog. Masih dalam minggu menyiapkan assignment secara ekspress tapi berhemah.. hehe Baiklah Dla nak share ni handmade card untuk adik Afiq.. Lama menyimpan ni konon-kononnya kalau tak sampai ke tangan pemilik tak nak publish dalam blog. Tapi apakan daya dan tak mampu nak bendung. Tengok blog ni pun suram je kalau tak ada post baru. Nak tak nak Dla update jugak..


Pelik ke kalau kad ini untuk lelaki. hehe tak kot. Cuma mentaliti orang je, asal pink, merah, bunga-bunga mesti nak perempuan. Sekarang ni rasanya dah tak kisah kot. Apa-apa warna pun fleksibel. Cuma ubahlah mentaliti tu sikit. 


Macam mana ok tak kad ni?? Selamat Hari Lahir Adik Afiq.


Wednesday, January 26, 2011

Arnab sesat yang senang hati..

Assalamualaikum.. lama tak update blog.. Ni kad hari lahir Atiq. Kata Atiq kad ni dah boleh buat cerita dah.. Tentang seekor arnab yang macam kesesatan je..hehe

cerita kat bawah ni Atiq yang reka bila Atiq tengok kad ni :)

scene 1: pada suatu hari, arnab berjalan terkedek-kedek mencari kawan... mungkin juga dia kelaparan....

scene 2: walaupn keseorangan, arnab sangat suka hati berjalan merentasi rumput yg panjang seorang diri.. lalalalla

scene 3: dalam perjalanan, arnab keletihan... dia mencari tempat berteduh di bawah sebatang pohon yg saaaaaaangaat cantik.... "wah... cantiknya pokok itu.." Dengan perasaan yg tidak sabar, arnab meneruskan langkah ke arah pokok untuk berehat dan berteduh... TAMAT.. Itulah cerita arnab yang senang hati.. 


Ni Dla paste cerita ni tanpa edit tau.. Harap Atiq suka dengan kad ni :) Selamat hari lahir Atiq.. 


 

Friday, January 14, 2011

walau apa orang kata... Ia tetap seekor singa.. :p


Assalamualaikum, kali ini Dla buat quilling card lg. Kalau anda bijak bestari, gambar apakah yang Dla dok pusing-pusing tu??? Ia sejenis binatang.. teeeet!! masa dah tamat.. 

INI ADALAH SEEKOR SINGA YANG CERIA.. okay fullstop.


Adik Dla kata ni dah macam rupa matahari je. Akak Dla pulak, "ape bendenye ni??". erkk! kenapa semua orang tak faham. Ini singa. Walau apapun, Dla tetap kata ia seekor singa.. Dla yang buat Dla tau la..  (macam tak boleh terima kenyataan.. ha dah benggang la tu Dla, buat singa tak rupe singa :p hehe).


Hehe macam emo semacam je. Dla ok je. Takpe lain kali Dla buat haiwan lain pula ek.. Harap-harap menjadi :)

"ape tengok2?? ade masalah.. " kata APE kepada si singa yang kecik.
Yang sedang tengok si singa comel tu namanya "APE" .. Sila sebut dengan sebutan yang betul. "E" tu e-taling tau. Ni kucing yang Dla kidnap (amek je kat mane-mane) masa cuti semester lepas. APE sangat manja, pantang tengok benda bergerak, walaupun sekecil jarum jam dan daun-daun pokok yang bergoyang ditiup angin, APE akan menjadi sangat teruja!


Tuesday, January 4, 2011

pusing-pusing jadi bunga


Assalamualaikum.. kerja hari ni macam ni... Pusing + tekan = bunga. Macam senangkan tapi Dla ambil masa juga siapkan handmade card yang berbunga-bunga seperti di atas. Apa yang penting, Dla rasa happy je siapkan kad. 

Special request by MY. Classmate Dla yang comel+skema+nakal+kelakar dan tak tahu nak describe apa.  Pendek kata kalau kelas Dla tak ada MY sunyi jugak kot. 


Insya Allah, Dla nak buat banyak lagi handmade car pakai teknik quil ni. Sebab seronoklah, sebelum ni Dla buat handmade card biase je. Mari mengasah bakat quil. :)


Tuesday, December 28, 2010

kad ni dah macam tali pinggang..


Assalamualaikum semua, banyak post dalam draf belum di publish lagi. Kononnya nak habiskan publish semuanya sebelum naik semester yang baru. Malangnya kemalasan dengan blog semakin menjadi-jadi. Tambahan pula blog ni macam ada masalah sikit pada setting.



Baiklah kali ini Dla nak update pasal kad yang Dla buat dah macam rupa kepala belt bentuk love tersebut. Sudahlah kad ini untuk Atiq... Ex-roomate masa asasi..

Saturday, December 11, 2010

hati-hati.. dan banyak hati-hati


Assalamualaikum, apa kata kalau anda dapat sampul surat berwarna yang kosong tanpa satu perkataan pun tertulis di atasnya?  Pada pandangan Dla, mungkin ramai orang akan tertanya-tanya apa benda ni, confirm lah dalam sampul tu ada isi. Tapi apa? masa tu mulalah sifat ingin tahu mendadak. Ok, mungkin juga anda tak ada perasaan dan tak rasa apa-apa pun. So, ignore je dan terus membuka tanpa banyak bicara. 

Tada!


Sebenarnya ada kad ini dalam sampul tak bertinta tadi. Ok tak? Apa hal la Dla ni merepek-merepek kat atas tadi. Sebenarnya tak ada idea nak tulis apa. Harap orang yang menerimanya rasa di hargai. Sesungguhnya penghargaan tu bukan sesuatu yang mudah dinilai melalui ungkapan. 
Kad ini telah di request oleh Kak Farhana.


Tiba-tiba terfikir, Dla asyik buat kad dan felt product je untuk orang. Tak ada ke yang nak bagi Dla kad.. hehe


Friday, December 10, 2010

Foam paper yang penuh glitter...Excited!

 

Assalamualaikum.. kali ni Dla nak test. Excited sangat bile terjumpa foam paper yang bling2! Penuh serbuk glitter. Tu yang beli, serius cantik sangat ada macam-macam warna. Mata Dla pun dah berkaca-kaca tengok foam paper yang penuh glitter. Ilham pun dah mencurah-curah. Adik Dla, Seri dah mula berangan Dla akan buatkan hp case yang sangat glamour gitu. Dari jauh dah boleh nampak kalau kena cahaya.. Hehehe kang la Dla buatkan ye dik.

Sebagai permulaan Dla try buat kad tapi letak la sikit foam paper, ha nombor "7". Tu ha kat tengah-tengah kad tu..motif???? Tengok ni! Ha baru sikit dah mantul-mantul kilat dia. Kalau buat case tak ke glamour. Suke sangat!!



Monday, December 6, 2010

twit with love



Assalamualaikum.. serius dah lama tak buat kad sejak-sejak addicted pada felt product ni. Baiklah ni kad  ni untuk gudluck wishes. Serius idea tu tak kunjung tiba walaupun diseru-seru. Ha inilah hasilnya. Nak cepat siap, masa tu dah lewat malam nak ke pagi. At least Dla ada something nak berikan untuk ucapan kepada lub-lub. Tak adalah tangan kosong hehe..

Mesti bosankan, Dla ni asyik twitter dengan love je. Bukan macam tu, tapi setakat ni tempahan yang Dla dapat semuanya nak twitter dengan bentuk love. Tak tahulah apa yang menarik sangat dengan bentuk-bentuk ni. hehe



Tuesday, October 26, 2010

red quil



Assalamualaikum.. Dla sekarang berada di rumah Atiqah (classmate). Oh ya! Kebetulan hari lahir adik Atiqah dalam lingkungan seminggu Dla berada di rumah Atiqah. Serius, langsung tidak membawa apa-apa barang untuk buat kad. Gam, gunting, kertas semuanya tiada. Hajat dihati melambung tinggi nak buatkan kad hari lahir. 

Misi tetap dilaksanakan dengan meminjam gunting dan gam daripada Atiqah. Ha! nak tahu tak? sebenarnya kad tu diperbuat daripada kertas A4 bewarna putih dan wrapping paper sahaja. hehehe.. Dah tak ada kertas dah.. ni kes terdesak. 

Lihatlah hasilnya! Tadaaa...


Walaupun guna kertas yang nipis tapi menjadi juga. Selepas beberapa lapisan kertas digam, struktur kad tu agak kukuh dan ditambah dengan quil pada bahagian muka depan kad. Ok selamat mencuba!


Tuesday, August 31, 2010

Simple Quil Card + pop-up cake

 Assalamualaikum.. Minggu terakhir di kampus sebelum pulang melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sangat memeningkan..  Kali ini Dla akan ke SK Kampung Bahru di Batu Pahat..Namun sebelum itu beberapa tugasan perlu diselesaikan dan perlu dihantar pada hari jumaat 27 Ogos 2010. Kata pensyarah Dla, tak mengapalah susah dahulu nanti baik cuti lapang fikiran dan boleh terus fokus kepada tugasan bagi matapelajaran major pula. Baiklah, berpegang kepada pepatah 'bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian'. 


Salam pada sibuk menyiapkan tugasan, serius Dla tak boleh tinggalkan hobi menggunting, menjahit, menampal  dan apa-apa sahaja berkaitan dengannya. Tambahan lagi bila tengok senior-senior Dla yang ambil kos seni buat bakul, buat topeng muka. Seronoknya! rasa macam nak join je.. Jadi sempena hari lahir Hani classmate Dla, kawan-kawan sibuk buat assignment Dla curi masa buat kad untuk Hani. Sangat simple, sekejap je dah siap.


Kono-konon nak buat pop-up cake yang comel.. Tapi jadi silinder yang bewarna-warna lagi berdot-dot.. hehe,, oklah tu.. Next time cuba lagi~~

Wednesday, August 4, 2010

Terima kasih selamat hari lahir

Assalamualaikum, hari ini kelas Dla bermula lewat sedikit (8.45 pagi) sebab kelas pada pukul 7.45 pagi telah dibatalkan.. hehe.. Bangun pagi-pagi tengok kat luar tengah hujan. Waktu macam ini memang waktu yang mengarah kepada kemalasan untuk ke kelas. 

Teringat pula hari ini hari lahir shikin (classmate Dla). Dla banyak berhutang budi dengan shikin ni. Selalu Dla pinjam adaptor printer HP shikin, sebab adaptor printer Dla dah rosak. Sengan sebenarnya nak pinjam barang orang dengan kerap, buat tebal muka je.. Terima kasih shikin. Jadi Dla pun jahitkan felt keychain untuk Shikin. Felt key chain ni Dla kerjakan selepas solat subuh. Tiada design yang baru, memadai seperti design yang lama. Al-Maklumlah tergesa-gesa.

Ha lagi satu felt keychain bear tu untuk Ira, classmate merangkap groupmate untuk buat alat bantu mengajar (ABM). Terima kasih Ira sebab share idea dan buat ABM sama-sama. Hari jadi Ira bulan lepas. Lambat bagi..hehe

pandangan hadapan

pandangan belakang


Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa


Assalamualaikum, kad ini dah lama Dla buat tapi belum publish dalam blog lagi. Untuk kad hari bapa pada tahun ini boleh view enteri sebelum ini. Kad ni Dla buat pada hari bapa tahun lepas. Selamat hari bapa buat abah dan bapa-bapa di Malaysia.

Selamat hari bapa abah


Assalamualaikum.. SELAMAT HARI BAPA buat abah, Md Shah  bin Bahron. Hari ini Dla ada half day je dekat rumah sebab balik rumah kakak. Tiada yang istemewa untuk abah melainkan kasih sayang dan doa yang tak pernah putus oleh seorang anak. Owh bukan seorang tapi sembilan orang anak-anak abah.

Dla buat kad ni malam tadi, lewat malam. Tiap-tiap tahun abah dapat kad dari Dla. Dah boleh buat collection. Apapun Dla sayang abah dan tak ada orang lain yang boleh gantikan tempat abah dan arwah mak dalam hidup Dla.



card with heart


Assalamualaikum, kali ini Dla nak tunjuk kad yang ditempah oleh seorang kawan Dla jauh dari Kedah. Kad ini adalah untuk seseorang. Adalah seseorang tu. Ini bahagian dalam kad tersebut. Nak yang tak messy tapi sweet. Jadi Dla buat pop-up love-love dengan pasu bunga yang light colour dan bunga yang sangat simple.


Ini pula bahagian depan kad tersebut. Tak boleh view banyak-banyak. Nanti tak suprise. Apapun harap penerimanya suka.. 

Thursday, April 22, 2010

Scroll pertama dalam hidup





Assalamualaikum, Dla sedang menghadapi masalah kemalasan menulis blog pada masa sekarang kerana komitmen kepada perkara yang lebih penting. Cewah alasan je. Tak mengapalah sekadar mahu berkongsi.


Scroll ini merupakan scroll pertama dalam hidup yang pernah Dla buat. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan. Ia ditempah untuk digunakan dalam sebuah majlis di IPG Dla. Sebenarnya serius Dla tiada idea, tambahan pula Dla buat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa sehari sebelum majlis. Dan inilah hasilnya, Dla gunakan barang-barang yang Dla ada sebab tak sempat nak keluar beli apa-apa.


Tuesday, April 6, 2010

kad 5 minit


Assalamualaikum.. pertama sekali Dla nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat adik Dla yang paling bongsu, Seri. Dla ambil 5 minit terakhir sebelum Dla bertolak balik ke Seremban untuk bagi sesuatu. Tak sempat nak belikan hadiah sebab Dla tumpukan perhatian untuk Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.


Ini kad untuk adik, 5 minit je buat. Sangat simple kan. Selamat Hari Lahir adik. Kak Ila sayang adik
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...