Wednesday, February 23, 2011

Rama-rama terbang merata, sungguh cantik di awangan...

pandangan bahagian hadapan
Assalamualaikum.. alhamdulillah hari ini kelas Dla berjalan lancar walaupun awal-awal pagi Dla dah jatuh dari tangga T_T sangat sakit! Mula-mula berlagak cool.. konon tak sakit tapi lepas tu ha sendiri la tanggung. Menangis guling-guling pun bukan sakit tu pergi main jauh-jauhkan. Kawan-kawan dah tergur-tegur "adel (nama dengan kawan-kawan) macam moody je hari ni" lalu si Adel pun menjawab "eh, takdelah ok, cuma sakit je".Smiley

pandangan bahagian belakang
Orait, ni Dla nak share felt keychain jahitan oleh Aisah, tapi Dla yang tolong gunting. As a newbie dalam dunia felt, Aisah memang nak belajar macam-macamlah pasal felt ni. Sangat bagus Dla pun tak kisah kalau orang nk belajar dengan Dla. Tapi mesti sungguh-sungguh tau. Ni Aisah jahit special untuk mama. 

Tiba-tiba Dla teringat lagu rama-rama masa zaman budak-budak sekolah dulu..

Dari ulat jadi kepompong
Duduk tidur dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
BOoom!!
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama terbang merata
Sungguh cantik di awangan
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama....

Big Smileys

Okay dah cukup untuk hari ini, Dla nak siapkan PPT untuk subjek Pengurusan Bilik Darjah, kena bentang esok. Tata kawan-kawan.

Sunday, February 20, 2011

keychain + marathon 3 cerita + ISL

Pandangan bahagian  hadapan
Assalamualaikum.. puas hari minggu ni Dla dapat juga selesaikan fail ISL (Independent Self Learning) yang tertangguh sambil tu marathon 3 cerita. 

         1. Stairway to heaven (tapi belum habis)
         2. Kembang perawan (belum habis juga)
         3. Ohitorisama (khatam)

pic from google








pic from google
pic from imageshack

Perkara penting, tisu ada kat sebelah sambil layan cerita nanges-nages tapi kerja tetap berjalan. Tak adalah bosan sangat. Oklah Dla sebenarnya nak upload cupcake keychain ni ha.. Dla buat untuk adik Zaki katanya nak bagi untuk cikgu. Sempena hari lahir kot. Tengoklah. Simple tapi agak colourful. OK x?? Ok X?? sila kata ok.. =p

Ni pandangan bahagian belakang

Thursday, February 17, 2011

oral test paling best dalam hidup :)

            Assalamulaikum.. ha mesti bloger-blogger yang masuk blog "Ilham Adilah" ni bosan je sebab dak Dla ni tak update blog. Lama dah kot. Dla sibuk sikit akhir-akhir ni tambahan pulak sedikit mogok dengan blog. Selagi tak selesai oral test tak nak update blog. Wah sampai macam tu sekali penangan oral test untuk subjek English ni. Yela nerveous kemain lagi. Kak Yan dah kata " ko kan debater nak nervous kenape?" Mana tak nervous kita debate in Malay bukan English. Segala grammar tunggang langgang. Tersyasyul-syasyul. Tengok kawan-kawan ramai jugak dapat excellent band. Hai Dla pun nak jugaklah takkan nak melopong je.

Ni zoom sikit ye...
             Dla buat tajuk "Handmade Craft : The Part of My Life". Cewah macam bagus je. Dla punye giliran no 21, lambat. Selalu apa-apa mesti Dla kena dulu yela sebab nama start huruf "A" , tapi sebab undi punya pasal tercampak bel;akang-belakang. Masa turn Dla speech kat depan kelas tu, tak nervous cuma dalam kepala fikir "ape laa yang aku cakap ni..faham ke dieorang".. haha nak dijadikan cerita masa tengah oral tu konon-konon buatlah macam pertanyaan untuk attract kawan kan.. peh! macam tak respon je.. respon pun sikit-sikit je... aik pelik! kenapa semua diam.. haha.. korang ni memang tau dak-dak sains saja nak buat Dla benggang. Tapi Dla tak kisah mungkin korang khayal tengok slide show Dla pasal handmade craft masa Dla tengah speech tu kot.. Anyway thanks sangat sebab korang nak dengar speech Dla yang "ntah apa-apa ntah". At last, Dla dapat jugak excellent band! Alhamdullilah.. yea!!

Cantik x????
Ni special untuk korang ye kawan-kawan.. thanks for being my best friend and my classmate..owh terima kasih jugak pada dak Ekin sebab tolong Dla gunting-gunting dan lekat-lekat :)

Bookmark ni untuk Puan Diwiyana :)

Saturday, February 12, 2011

mana perasaan?? mana dia pergi.....

Assalamualaikum... ADILAH OK.. Insya Allah. susah sebenarnya nak memujuk diri supaya melindungi perasaan kacau dalam diri. Tapi Alhamdulillah Dla berjaya melakukannya. Namun begitu terdapat juga implikasi sama ada dalam jangka masa pendek atau dalam jangka masa panjang bergantung kepada ketahanan, kekuatan dan ketabahan seseorang.

Dah lama Dla tidak menulis entri berkategorikan diari, Dla pun rasa susah nak menulis tentang hal tersebut sekarang. Owh ya! Dla ada hobi baru. Dla suka shopping sekarang. Tak taulah tiba-tiba. Padahal dahulu Dla paling benci window shopping apatah lagi menghabiskan masa berjalan-jalan tanpa tujuan dan grab barang di sini dan sana.


Disebalik senyuman dan kegembiraan Dla, sebenarnya hati Dla sedih. Tapi orang tengok Dla ok.. YEA! berjaya jadi ok walaupun pada dasarnya Allah sahaja yang tahu. Dla seorang yang terlalu sensitif, kalau soal menangis cepat benar lebih-lebih lagi sekiranya perkara yang menyentuh hati sangat berkait rapat dengan diri Dla. Seolah-olah rasa menusuk-nusuk dalam hati walaupun perkara yang orang anggap remeh  Namun, disebabkan terlalu menahan diri dan kata ok, buat-buat cool, tak mahu layan sangat perasaan yang menyelubungi diri dan akhirnya Dla kehilangan perasaan sedih!!
pic from google
Masa tu, Dla rasa nikmat kesedihan dalam diri Dla telah ditarik. Apa-apa perkara yang menyakitkan atau menyedihkan, Dla boleh diam, senyum lalu ketawa. Dla pun sangat terkejut dengan perubahan pada diri Dla. Lama juga Dla tak menangis sehingga Dla rasa tangki air mata Dla telah kering sepenuhnya. Dla tak pernah rasa macam ni, ini adalah kali pertama. Benar-benar kehilangan perasaan sedih. Sangat ajaib bagi Dla. Tambahan pula, Dla rasakan fikiran Dla melayang-layang, terpisah dari jasad sebab Dla tak boleh buat kerja dengan baik. Dla tidak stress, tapi macam blur je.

Dla tahu, ini implikasi saya berpura-pura ok tapi sebenarnya tidak. Terlalu positif mungkin. Atas nasihat kawan-kawan, Dla akhirnya meluahkan apa yang terbuku, namun masih tidak mempunyai perasaan sedih. Dalam minda Dla berfikir.."Saya tidak normalkah? salah satu nikmat dari Allah dah kena tarik"..  Dan akhirnya, Dla kembali normal selepas Oral test oleh Kak Yan (classmate Dla). Penceritaanya dalam sesi oral test tu dapat menggamit dan menggembalikan perasaan sedih dan sensitif. Selepas itu, Dla kembali normal seperti biasa. Boleh menangis dan bersedih semula untuk perkara yang sepatutnya Dla sedih dan menanagis. Alhamdulillah.

pic fromm google

Eh  motif ?? hehe

Wednesday, February 9, 2011

A.I.S.A.H :)

Assalamualaikum.. Dla kembali ke "Ilham Adilah" setelah meninggalkan blog selama beberapa minggu. Bercuti sempena Tahun Baru Cina dan internet connection sangatlah menyiput. Banjir?? Di tempat Dla banjir. Tapi rumah Dla selamat tak dinaiki air sebab tinggi. Alhamdulillah.. :)

Baiklah kali ini Dla nak tunjuk purse coin Aisah yang Dla dah lama jahit tapi tak upload dalam blog. La ni baru nak upload. Ok tak?? Simple je kan.. Ada nama Aisah dan dua kumtum bunga.



Saturday, February 5, 2011

Pencil case saya hilang! ni yang baru.....


Assalamualaikum.. Alhamdulillah Dla baru sahaja sampai di Kampus pukul 9.00 malam tadi. Serius Dla kepenatan, perjalanan yang paling lama Dla pernah lalui dari Batu Pahat ke Seremban (2.30 petang-9.00malam). Banyak habiskan masa atas jalan raya. SESAK.. 


Nah, ni pencil case Dla dan adik Dla (Fatin). Dla jahit sebab pencil case Dla hilang entah ke mana. Dla tak boleh kalau ke kelas tak ada pencil case, rasa tak lengkap. Nak tak nak jahit sendiri lagi best kot.
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...