Terkesan dengan penulisan ini.. lalu aku simpan di IlhamAdilah agar aku tidak pernah lupa masih ramai sahabat-sahabatku yang tidak jemu menasihati dan mengingatkan aku tentang ujian dalam kehidupan sebagai tarbiyyah buat diriku yang kerdil.. Harapan, semoga aku terus kuat melangkah dan terus cemerlang di bawah lembayung rahmatNya.. Inshaa Allah.. Terima kasih kepada yang mencoretkan sebuah penulisan yang sangat bermakna.. terima kasih..sungguh!
Percayalah, sesungguhnya ribut dan taufan itu hadir sebelum spektrum warna pelangi menghiasi alam, begitu juga hidup kita, jika awal ribut melanda menghempas jiwa, maka awallah kelak peluang kamu menikmati kecantikan spektrum warna tersebut dalam hidup kamu, disajikan dengan keindahan rona warna yang saling bergandingan kelihatan sangat indah persis hubungan kekeluargaan, perbagai warna, pelbagai ragam, namun akhirnya bersatu mencipta keindahan, insya Allah, kamu hanya perlu percaya dan banyakkan berdoa pada yang Wahid, Dia yang Esa, Dia yang Perdana, Dia pemilik dan yang mengetahi segalannya.
benar,
mesti kamu mengujar sendiri,
siapa saya cuba menyelami,
rintihan kecil di hujung hati,
rontaan jiwa serta sanubari,
bukan saya di tempat saudari,
tentu sekali tiada terbayang penderitaan diri,
bersabarlah wahai hati,
bersabarlah wahai diri,
teruskan memperkasakan abiliti emosi,
buat pelindung daripada sangsi,
sangsi tentang rapuhnya tali,
tali pengikat hubungan keluarga ini,
namun begitu ingatlah diri,
meskipun kamu diberi duri,
dalam hubungan selama ini,
jangan terus kamu mengadili,
pada mereka yang tiada memahami,
jangan dibalas dengan api,
kelak nanti membakar diri,
semaikan bebenih sabar di dalam hati,
siraminya dengan doa hari-berhari,
jangan biarkan pepohon ini dicemari,
dengan rasukan rasa benci,
agar tibanya masa nanti,
mekarnya sabar memperkasa diri,
mekarnya juga melindungi hati,
dari segala macam duri,
dari segala macam api,
dari segala macam benci,
terhadap manusia yang ada sangsi,
pada kamu wahai puteri,
semoga hati tiadakan henti,
menjadi kuat, teguh berdiri,
membelah badai kecelaruan emosi,
membelah badai rasa sangsi,
semoga kuatlah hatimu wahai saudari,
teguhkan sabar ini,
bersama bebunga iman di hati.
Ingat, Allah uji pada yang mampu, insya Allah kamu mampu, kamu kuat sebenarnya saya juga terkadang terfikir juga bila mendengar rakan-rakan mengeluh perihal keluarga, secara ikhlasnya, saya tiada khudrat untuk membayangkan, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Jadi saya sekadar mampu berpesan pada kamu, hati ini rapuh, kadang-kadang perlu masa untuk berubah, berikan masa buatnya berubah, jangan terus menghukum, tetapi bantu semampu yang boleh, supaya bahagianya akan kamu, adik beradik kamu dan ayah kamu boleh merasainya kelak. mungkin sekarang bukan masanya, beri masa buat masing-masing, manusia boleh berubah, kuatnya doa manusia ini diperihalkan dalam penceritaan kisah hidup nabi Sulaiman A.S. Nabi Sulaiman A.S memanggil dan mengadakan mesyuarah bersama pembesar dari golongan jin dan manusia, disoal siapa yang mampu mengalihkan singgahsana Puteri Balkis, ujar wakil dari keturunan jin, aku mampu mengalihkannya ke sini sebelum panasnya tempat duduk (tidak pasti sedikit di sini.) namun ujar seorang pembesar dari kaum manusia, aku mampu memindahkan singgahsana Puteri Balqis sekelip mata sahaja, dipanjatkan doa buat Allah yang Esa, sekelip mata cepatnya singgahsan aitu suda berada di situ, kuatnya kemampuan doa seorang hamba Allah. Jika ikhlasnya doa mampu mengalih singgahsana, kenapa tidak ikhlasnya doa mampu merubah peribadi, peribadinya menjadi seseorang yang menyayangi, insya Allah terus kuat ya cikgu Adilah
wallahu'alam