Thursday, November 28, 2013

Temuduga SPP Tahun 2013

Assalamualaikum kawan-kawan.. berita baik ataupun tidak terima sahaja. Buat ramai pelajar-pelajar pendidikan terutamanya di Institut Pendidikan Guru temuduga yang ditunggu-tunggu telah pun tiba secara mengejut. hahaa

Temuduga pada kali ini diadakan cepat dalam bulan Disember iaitu beberapa minggu selepas kita semua tamat pengajian.  Berbanding pelajar-pelajar ambilan sebelum ini terpaksa menunggu lebih kurang dalam enam bulan untuk ditemuduga dan di posting kan. Temuduga pada kali ini diadakan beberapa peringkat :

Siri 1 : 2 Disember- 6 Disember 2013
Siri 2 : 9 Disember - 13 Disember 2013
Siri 3 : 17 Disember - 20 Disember 2013

Untuk semakan nama, anda boleh layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan  (klik di sini)



Tahun ni tak ada dengar cerita pasal Penilaian Khas. Pelajar yang mempunyai pointer yang tinggi 3.35 ke atas pun semua kena interview. Dla masih lagi ternanti-nanti untuk panggilan interview. Inshaa Allah Dla mungkin tersenarai dalam Siri 2 atau Siri 3. Baiklah, apapun diharapkan bekas siswa-siswa pendidik sekalian dapat bersedia mempersiapkan diri dengan ilmu dan bahan-bahan yang perlu dibawa semasa interview. Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan dan berjalan lancar agar beroleh kejayaan.. Amin Ya Allah. 


iluvcrafting : Interview di dunia dah rasa resah, takut, tak keruan.. belum lagi di 'interview' malaikat dan Allah kelak. Sungguh kita hamba yang kerdil.

1 comment:

Blog27999 said...

Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

Over 160,000 men and women are hacking their diet with a simple and SECRET "water hack" to lose 1-2lbs every night as they sleep.

It's proven and works all the time.

You can do it yourself by following these easy steps:

1) Go get a glass and fill it up with water half full

2) Proceed to follow this crazy HACK

you'll be 1-2lbs skinnier the next day!

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...