Monday, July 20, 2009

Selamat hari lahir Abah sayang =)

Assalamualaikum.. kali ini Dla nak tunjukkan kad yang Dla buat sempena hari lahir abah Dla pada 16 Julai yang lalu. Kad yang Dla buat untuk abah tak terlalu sarat rasanya. Dla memilih warna-warna yang terang agar tampak lebih menarik dan funky. Abah terasa lebih muda walaupun abah meraikan hari lahir yang ke 63 tahun ini. Di bahagian dalam kad tersebut simple je kan. Mudah abah nak membacanya, Dla letakkan gambar Dla, senyum abah ketika membukanya. Saiz kad ini kecik sahaja, sama seperti kad-kad yang Dla buat sebelum ini, lebih kurang sebesar telefon bimbit. Dla memang suka yang kecil-kecil dan comel. Tetapi agak susah untuk menyiapkannya sebab Dla terpaksa memotong kertas dengan lebih teliti tambahan pula kalau untuk kad yang agak sarat dengan warna dan corak-corak.




No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...