Sunday, August 2, 2009

aku perlu dan aku nantikan..... dia



aku nantikan saat itu
seorang sahabat menghulurkan tangan
membawaku keluar dari keraguan
menghadiahkan tarbiyyah
supaya aku terus kuat
menuju jalan Allah

aku lihat dari jauh
aku acap kali menjadi pemerhati
aku takut untuk mendekati
aku cuba
namun semangatku seolah-olah terbatas
hijab itu terlalu tinggi

sesungguhnya aku amat lemah Ya Allah
aku perlukan bantuan
aku sentiasa dalam pencarian
sekiranya dia dapat mendengarkan
setiap butir-butir monologku
izinkan aku menjadi sebahagian daripadanya

aku perlukan dia mengiringiku bersama mengimarah rumah Allah
aku perlukan nasihatnya agar aku tak terjatuh dari landasan seorang muslimah
aku perlukan bimbingannya supaya aku terus kuat mempertahan iman amal ku
aku perlukan ajakkannya untukku terus dan terus mencari cinta Allah
aku perlukan dia...

mudah-mudahan suasana islamku
semangat imanku serta amalku
akan kembali seperti dahulu
akanku jahit dengan benang keinsafan
ku tutup kembali tetasan-tetasan
agar aku menjadi muslimah solehah
Amin..

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...