Monday, August 10, 2009

Bengkel debat Puncak Perdana






Assalamualaikum..perjalanan hampir tiga jam tidak terasa. Pada awlanya Dla sudah menetapkan perancangan mahu tidur sepuasnya dalam perjalan menuju Uitm Puncak Perdana. kepetahan Fahmi, junior Dla menyebabkan Dla lupakan sahaja niat Dla itu. Seremban ke Selangor, tidaklah jauh mana, akibat tawaf stadium Shah Alam kami sampai lebih kurang pada jam 9.30 malam. Lambat, penat, tapi cukup seronok.. itulah perasaan Dla. Sejak beberapa hari yang lalu, Dla cukup teruja untuk menghadiri bengkel debat ini. Banyak lagi skill-skill dan ilmu perdebatan yang perlu Dla kuasai. peserta tidaklah seramai mana. Dari IPGM Kampus Raja Melewar, IPGM Kampus Pulau Pinang, IPGM Kampus Perempuan Melayu, dan IPGM Kampus Pendidikan Islam. Sepanjang Dla berada di sana, macam-macam Dla pelajari.Seronok, di sampaing sahabat-sahabat baru yang juga bakal guru. Dla cukup rasa erat bersama-sama mereka. Banyak input yang Dla dapat. Lengkap dan bersedia untuk ke medan perdebatan. Penceramah jemputan, Encik Harmie yang lebih senang membahasakan kami para peserta sebagai adik-adik amat pandai menarik perhatian dalam setiap kata-kata dan ilmu yang beliau sampaikan. Harapan, semoga ilmu yang kami dapat dapat diadaptasi dan diamalkan supaya menjadi pendebat yang profesional kelak.

Pada waktu senggang, masa kami diisi dengan aktiviti yang disediakan. Membina binaan daripada penyedut air, sudu dan garfu plastik, chopstik, getah dan klip kertas. Menarik, tapi bukan mudah untuk membina binaan yang tertinggi sekali. Selepas selesai aktiviti tersebut, kami ber"pocao-poca". terasa keakraban para pelatih guru dari IPGM yang Dla nyatakan di atas. pihak penganjur program, Kelab Debat UITM Puncak Perdana sempat membawa kami semua berjalan-jalan di dalam dan di luar kawasan kampus tersebut. Sepanjang bengkel ini, kami dilayan dengan baik sekali. Apa yang kurang ditambah. Apa yang tiada segera diadakan.

Pada hari terakhir, Dla pasti sahabat-sahabat Dla dari IPGM lain turut rasa sedih sebab masa kami untuk bersama-sama semakin singkat. Sewaktu majlis penutup, biasalah tayangan video kami bersama-sama sepanjang bengkel tersebut ditayangkan. Sedih, Dla rasa nak menangis. Tapi Dla tahan. Kami warga IPGM semua menyanyikan lagu Guru Malaysia. Pelajar UITM yang berada di situ turut menyanyi bersama kami meskipun tidak hafal lirik lagu tersebut. Dan tibalah masanya pelajar UITM menyanyikan lagu mereka, Wawasan Setia Pelajar dan UITM Dihatiku. Dla pernah menjadi pelajar UITM seketika dahulu. Masih segar bait-bait lirik lagu-lagu tersebut. Terasa jiwa pelajar UITM itu meresap jauh ke dalam hati walaupun sekarang Dla pelajar IPGM. Tak megapalah, Dla masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Berpijak dan menjunjung bumi dan langit yang sama.

Insya Allah, semoga segala ilmu dan pengalaman yang Dla peroleh, Dla dapat gunakan sebaik mungkin..


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...