Thursday, August 27, 2009

Jom check hati : maksiat hati


“ Ila ni beremosi betul. Kalau call tu sikit-sikit nak nangis”. Kata Abang Aj semasa kami adik- beradik berkumpul diruang tamu”.


“ Cuba jadi macam Kak Ngah relax je. Ada masa kita kena ambil tahu sesuatu perkara tu, ada masanya kita buat macam biasa jela. Tengok, bila semua benda nak fikir lepas tu perap lama-lama kat hati, melarat diri sendiri”.

“ Tapi semua perkara tu buat Ila berfikir, Angah tahukan Ila ni suka memendam, Ila bukan sengaja. Tak apelah nanti Ila ok. Tak ambil serius pun”.

“Yela tu tak serius”. Ketawa Along melihat kami adik-adiknya sibuk berbual tentang Dla.


Alhamdulillah, walaupun Dla jenis yang memendam. Setakat ini masih jauh lagi sifat-sifat untuk membenci atau hasad dengki dengan kawan-kawan Dla. Kalau adapun Dla tak suka seseorang itu kerana sifat negatif yang dilakukannya, bukan membenci orang yang melakukannya. Keluarga Dla sering menasihati Dla agar sentiasa bersabar dan beristigfar apabila hati mula rasa tak keruan terhadap sesuatu.

Mula-mula sensitif, menangis, memendam perasaan dan boleh bersabar. Takut-takut juga kalau dah melarat. Macam-macam penyakit hati yang datang. Dla nak berkongsi tentang apa itu maksiat hati.

“Jika rosak seketul daging itu, maka rosaklah keseluruhannya,
jika baik seketul daging itu, maka baiklah keseluruhannya, itulah hati ”


Bila berkata mengenai maksiat, lazimnya fikiran terus tertumpu kepada maksiat zahir yang melibatkan lidah, perlakuan dan pertuturan. Dulu Dla pun fikir begitu. Jarang sekali kita nak lihat seketul daging yang ada dalam diri setiap manusia iaitu maksiat hati (maksiat batin) padahal ia merupakan salah satu maksiat yang amat besar menguasai diri. Hati melibatkan pengaruh yang besar dalam diri setiap individu. Sebab itulah sekiranya hati telah menguasai diri, akal tidak dapat membantu seseorang itu untuk berfikir dengan waras. Hati juga berhubungkait dengan keseluruhan sistem dalam tubuh manusia. Maksiat hati boleh menggangu kecerdasan akal, ketenagan hati dan perasaan serta menjadi punca kepada penyakit rohani.


Apa itu maksiat hati?


Maksiat hati merupakan gerak hati yang negatif bertentangan dengan perintah Allah. Dalam erti kata lain ia adalah suatu lintasan yang didorong oleh hawa nafsu samada dari segi pertuturan atau perbuatan yang akan merosakkan dan merugikan diri orang berkenaan.


Antara perkara-perkara yang tergolong di dalam maksiat hati :-

• Hasad dengki : iri hati dan rasa tidak senang melihat kejayaan,
kemuliaan, sanjungan dan sebagainya.
• Riak : menunjuk-nunjuk kelebihan diri sendiri kepada orang lain
untuk mendapatkan perhatian.
• Takbur : sifat sombing dan berlagak.
• Ujub : bangga diri
• Cintakan harta
• Tamak
• Mudah suka dan cinta pada seseorang berlandaskan nafsu


Secara keseluruhannya, jika dilihat kehidupan kita pada hari ini, perkara-perkara di atas merupakan perkara yang normal. Kalau Dla nak kupaskan satu persatu memang panjang. Insya Allah Dla cuba adakan kesinambungannya berkaitan perkara-perkara yang tergolong dalam maksiat hati. Keluarga Dla selalu berpesan, jangan mulakan perkara-perkara yang tergolong dalam maksiat hati itu, nanti orang balas balik , baru nak menyesal. Dla faham Segala perbuatan, perlakuan, dan pertuturan yang tak elok akan menghadirkan pelbagai implikasi negatif samada terhadap si pelaku atau hubungan dengan orang disekeliling. Jadi “Dla, sentiasa beringat!”. Kawan-kawan pun sama tau.

Pelbagai garis panduan yang telah diberikan bagi menghindarkan diri dari terus bergelumang dengan maksiat hati.

• Sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri sendiri
• Takut akan azab diakhirat kelak
• Banyakkan beristigfar dan bersabar. Insya Allah kita dapat lalui
sesuatu perkara tu dengan tenang
• Menghindarkan diri dari faktor yang membawa kepada berlakunya maksiat hati
• Melakukan amal ikhlas kerana Allah
• Bersikap rendah diri, redha dan sentiasa bersyukur


Semoga apa yang Dla kongsikan ini dapat diamalkan. Mungkin Dla boleh berikan secara asas sahaja. Sebagai peringatan buat diri Dla sendiri dan untuk semua. Baca, amalkan dan sampaikan, mudah-mudahan kita semua beroleh keberkatannya. Insya Allah.

4 comments:

Mastura MY said...

salam dila..

mabruk 'alaik... bgs entri ni :)

Mohamad Hilmi said...

salam dila.

saya dapat sesuatu dari cerita dila ni :)

teruska! kuat!

ZAITON MUHAIMIN said...

hati yang suci bersih bisa menyerlahkan nur di wajah..
semoga terus kuat dan tabah menghadapi hari2 esk..:-)

adilah md shah said...

insya Allah..doakan Dla..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...