Friday, September 25, 2009

sedikit coretan kenangan


Bahang Aidilfitri masih hangat terasa.Terlalu banyak cerita dan kisah yang berlaku dalam tempoh seminggu berhari raya. Ini sahajalah yang dapat Dla coretkan. Adik-beradik Dla membaca blog Dla, jadi entri ini biar jadi kenangan kita ya.

Kata orang kanak-kanak paling seronok apabila menyambut kedatangan bulan Syawal. Dla pun rasa begitu sewaktu Dla masih kecil. Kenapa ya agaknya? mungkin kerana puasa sudah habis? dapat kumpul duit raya ataupun dapat main mercun, berkumpul dengan sanak-saudara? Entahlah, Dla kurang pasti walaupun Dla pernah menjadi kanak-kanak suatu masa dulu.
Tapi keseronokkan itu semakin dewasa semakin pudar. Mungkinkah? bergantung juga pada pandangan dan situasi masing-masing. Hari raya pertama Dla biasa-biasa sahaja. Adik-beradik masih belum cukup bilangannya. Yang sudah berkahwin, Kak Ngah, Kak Ena dan Along masing-masing balik ke rumah mertuanya dahulu. Sejak sebelum hari raya kami telah sepakat akan berkumpul bersama-sama pada hari raya ketiga. Tidak mengapalah Ila, Fatin, Abang Aj, Abah dan Mak uda tunggu kepulangan semua di kampung. Abang Ajim pula bertugas pada hari raya pertama dan kedua, Alang..No Comment. "Belum boleh balik lagi". Itulah alasannya apabila Dla menelefon tempoh hari. Dah dua tahun tak jumpa Alang, rindu. Tiap kali berbual dalam telefon dengan Alang pasti Dla menagis, tapi Dla sembunyikan dengan harapan Alang tak perasan Dla sedih. Sayangnya, pada hari raya ketiga, apabila Kak Ngah, Kak Ena dan Abang Ajim sudah berada di rumah, Along pula terpaksa pulang ke rumahnya di Senai kerana mula bekerja semula pada hari raya ketiga. Kalau waktu dulu, masing-masing belum berkeluarga, beberapa hari sebelum hari raya menjelang semua sudah berada di rumah. kini semuanya berubah, Dla tahu Dla juga akan alami perkara yang sama macam Kak Ngah, Along dan Kak Ena. Tunggu jela..

Pagi satu Syawal, rumah Dla adalah rumah pertama yang menjadi kunjungan jemaah masjid usai solat sunat Aidilfitri. Hal tersebut telah diberitahu abah sejak semalam lagi. Lebih kurang 200 orang yang hadir. Kami di rumah umpama tak cukup kaki tangan menyediakan juadah menyambut kedatangan mereka. Alhamdulillah, kami sempat menyediakan semua juadah sebelum kunjungan mereka tiba. Selepas selesai berselawat, berdoa dan menjamu selera, mereka berpecah kepada tiga kumpulan kecil untuk meneruskan kelaziman berkunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain pada setiap hari raya Aidilfitri.


Kejutan : Abang Ajim mengumunkan bahawasanya dia akan bertunang pada hari raya AidilAdha pada tahun ini. Terkejut? mungkin tidak bagi Dla, sebab Dla la spy abang sebenarnya. Ops, maaf abang. Sejak sekian lama Dla menantikan berita gembira ini, akhirnya bertemu jua Abang Ajim dengan pilihan hati. Awal-awal lagi Kak Ngah dan Kak Ena book Dla untuk buat hantaran pertunangan. Tersenyum lebar Dla diberikan tugasan itu. Insya Allah tiada masalah. Sememangnya Dla tertunggu-tunggu tiga jejaka dalam keluarga Dla untuk mendirikan rumah tangga. Kak Ngah selalu kata Dla risau abang- abang bertiga ni tak kawin lagi. Satu dah ada ura-ura yang dua lagi tu, Alang dan Abang Aj bila lagi?


Dengar-dengar cerita Abang Aj beli kereta baru. Alhamdulillah, murah rezeki Abang Aj. Berkat tak lokek berkongsi sesama adik-beradik. Kesayangan bos lagi. Kerja pun bagus. Teruskan ya abang.


Terjumpa gambar lama masa raya tahun 96, semua masih muda-muda lagi

Keluarga, itulah harta yang Dla ada. Seronok dapat menatap wajah-wajah mereka. Bukan mudah nak berjumpa. Kalau berkumpul pun belum tentu semua ada. Keluarga Dla besar juga. Adik-beradik Dla agak ramai. Tambahan pula kehadiran anak-anak sedara Dla seramai tujuh orang mengeratkan lagi kasih sayang antara kami semua. Dla rindu semua anak-anak sedara Dla. Kalau dapat bertemu mereka, Dla kembali menjadi kanak-kanak kecil seperti mereka. Lawak juga apabila Dla menggendong dan memangku Aina, bayi Kak Ena. Ramai orang fikir itu anak Dla. Dulu masa Auny dan Hanef masih bayi pun orang kata begitu pada Dla. Muka Dla ni nampak macam mak orangkah? mungkin kerana Dla suka kanak-kanak kot, jadi orang nampak macam ibu dan anak agaknya. Entahlah, orang yang menilainya.

comel tak aina?

Dalam suka ada duka. Teringat pada arwah mak. Perginya tak lama selepas bulan Syawal beberapa tahun yang lalu. Masih segar diingatan. Tatkala waktu pengkebumian mak, terpandang ampaian yang penuh bersidai dengan langsir yang dipasang ketika hari raya yang telah berlalu. Mak basuh langsir tu, tapi tak sempat nak sidai. Anak mak yang sidaikan. Di atas mesin jahit, tersusun rapi baju-baju sekolah buat Dla dan adik-adik yang belum siap dijahit. Kak Ngah yang menyambung jahitan tersebut selepas mak pergi. Tiap kali terdengar takbir raya bergema, ingatan jatuh terus kepada emak yang sudah lama tiada. Mudah-mudahan mak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin...Dla masih ingat lagi, sebelum hari raya terakhir mak, mak ada ajar Dla cara nak buat kuih bangkit santan dan kuih bangkit durian. Mak tak ajar anak-anak mak yang lain. Mak ajar Dla sorang je. Masa tu Dla berumur 10 tahun. Sampai sekarang kalau terlihat kuih bangkit, ingat mak pernah ajar cara-cara nak buat kuih tu pada Dla.


Semalam, akibat terlalu excited tolong mak uda sediakan bahan-bahan buat acar, Dla secara tidak sedar tertetak jari Dla sendiri. Nasib baik tak putus. Terdiam, terkejut. Dla hanya mampu mengangkat jari-jari dla yang berlumuran darah. Tiada rasa sakit, lalu cepat-cepat Dla tunjuk pada Kak Ngah, Abang sani dan semua yang ada di dapur. Lama-kelamaan barulah rasa sakit dan pedih. Fatin menyambung kerja-kerja Dla yang tertangguh. Mak uda sekadar berkata, "tu la tadi mak suruh berenti dulu rehat, ni nak buat jugak". Dla senyum menahan kesakitan. Tapi itulah pengalaman.

inilah hasilnya..

Sewaktu Dla menaip entri ini, Dla telah pun berada di hostel. Sunyi sepi, ramai penghuni yang belum kembali ke sini. Bilik yang berlampu boleh dikira tak sampai lima jari. Apabila kebosanan sudah mula menjengah, mulalah tak keruan. Hendak telefon kawan-kawan atau keluarga? Semua nombor tetefon Dla tak ada, akibat bertukar telefon bimbit dengan Abang Ajim, satu nombor pun Dla tak save. Tak mengapalah, Dla nak telefon adik-adik yang masih berada di rumahlah. Rindu walaupun belum sampai satu hari berpisah. Alhamdulillah nombor telefon rumah tak pernah lekang dalam ingatan. Assalamualaikum, jom puasa enam.

2 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

ala laa laaaa~

dilla pn cmel gak!

adilah md shah said...

salam dina..lame xdengar cite.. dina pun comel jugak la..selamat hari raya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...