Wednesday, December 23, 2009

cuti yang.....





asal gathering je mesti shopping


Cuti..Ada apa dengan cuti? Sebelum ia melabuhkan tirai, Dla berkira-kira mahu ke mana sahaja mengisi kekosongan waktu yang panjang biarpun bersendirian. Namun Dla hanya menghabiskan masa di rumah. Hampir separuh daripada cuti kali ini kesihatan Dla terganggu. Dengar-dengar cerita ramai juga kawan-kawan Dla yang mengambil peluang bekerja pada musim cuti ini. Tentu sangat seronok, ada perkara yang dikerjakan disamping mengisi poket masing-masing. Dan Dla terus-terusan di rumah, Fatin pula masih sibuk menghabiskan kertas pepriksaan SPMnya yang masih berbaki. Seri pula ada bersama-sama di rumah tapi selalu dengan agendanya yang tersendiri. Dla benar-benar kebosanan. Tiada mesej, tiada panggilan telefon dan yang paling penting, tiada internet. Awal-awal lagi Alang berpesan agar Dla bercuti dengan bersungguh-sungguh. Sangat pelik bunyinya, termasuk bercuti dari online. Dla sahut cabaran itu.


adik yang kuat makan


Alhamdulillah, semasa Hari Raya Aidiladha yang telah berlalu, Adik- beradik Dla semua ada. Termasuk Alang yang telah lama tidak pulang. Seronok, keluargalah harta yang Dla ada. Saat yang paling tak seronok apabila mereka pulang ke rumah masing-masing. Sunyi benar rumah abah. Kami yang tinggal bertiga inilah (fatin, seri, ila) yang memecah kesunyian. Tambahan pula abah sering keluar kejap ke Sarawak, kejap ke Bali then ke JB, mak tiada dalam 10 hari kerana ke Sabah. Cukup bertiga, dari ruang hadapan sampai ke belakang rumah, suara kamilah yang kedengaran. Macam-macam perkara yang kami kerjakan bersama. Si adik Seri amat sibuk dengan jahitan manik dan labucinya. Dla pula mengadap kertas-kertas warna dan lain-lain candy, sangat teruja menghasilkan banyak kad-kad. Fatin masih dalam mood peperiksaan, jangan ganggu dia study.Berpesta di rumah sendiri selama ketiadaan mak, kalau tak itu tak boleh ini tak boleh.

Dla suka bersendirian tapi kesunyian buat Dla terkenang-kenang kehidupan Dla yang dulu. Masih segar, elok tersimpan dalam kotak minda ini. Sudahlah adilah.



nasib baik ada Kak Ngah dengan Abang Aj yang
memeriahkan cuti sekolah yang sangat membosankan


basah kuyup angkat barang fatin dari asrama
masa last day dah habis periksa SPM



Kak Ila tolong ambil gambar depan sekolah Fatin,
konon-konon buat kenangan.

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...