Wednesday, December 30, 2009

Imbasan Kamus Hidup 2009





Alhamdulillah, diri ini masih berdiri teguh dan diberi kesihatan melalui hari-hari yang mendatang. Esok 1 Januari 2010. Tak kiralah bila masuk tahun baru Islam atau tahun baru masihi, ramai insan yang berkira-kira tentang azam tahun baru. Begitu juga dengan Dla, namun masih banyak perkara lagi yang tidak dapat Dla realisasikan.

Mengenang pemergian tahun 2009. Mungkin pada enam bulan yang pertama Dla biasa-biasa saja. Adatlah susah sikit-sikit, gembiranya tak terkira. Pelajaran pun tak ada masalah. Konflik dengan rakan-rakan, ada juga. Namun itu semua menjadi asam garam kehidupan dan pengajaran untuk masa depan kelak.

Sayangnya, eman bulan terakhir, Dla mengalami satu situasi yang cukup untuk Dla jatuh dari apa yang Dla pernah bina dulu. Kekacauan dari segi mental buat Dla lelah dalam perjalanan. Manusia ini bermacam-macam ragam, ada yang gembira dengan kesenangan orang lain, ada juga yang geram mungkin. Hal ini buat Dla lebih banyak berfikir, bagaimana untuk bangunkan diri setelah mengalami satu trauma yang memberi kesan berpanjangan. Alhamdulillah, Allah masih sayang, ada jalan penyelesaian.

Cukuplah untuk tahun 2009. Jika Dla ada sayap, mahu saja Dla kembangkan seluas-luasnya pada tahun 2010. "Dla mahu jadi diri Dla sendiri". Tiada paksaan, tiada pula kerana terpaksa. Cukuplah juga menjaga hati dan perasaan orang sehingga diri sendiri terabai. Bukan mahu pentingkan diri sendiri, tapi cukuplah..cukup..


No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...