Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru


Hari ini tanggal 16 Mei 2010, tarikh yang amat diingati terutamanya mereka yang masih di alam persekolahan. tentu sahaja murid-murid rasa teruja menyediakan sesuatu sempena hari guru buat guru-guru kesayangan mereka.

Seronok mengingati alam persekolahan bersama guru-guru. Terlalu banyak pengalaman yang ingin dikongsikan bersama insan tercinta. Segala ilmu dan sokongan curahan para guru sentiasa segar dalam ingatan. Terima kasih cikgu..

Alhamdulillah Dla cuba menelefon dan meninggalkan seberapa banyak ucapan pada guru-guru tidak kira yang mengajar Dla di sekolah rendah atau menengah. Tidak lupa juga pada Kak Ngah dan Kak Ena, kakak Dla sendiri yang juga merupakan pendidik. Kebetulan, Dla juga adalah bakal seorang pendidik pada masa hadapan. Terasa seronok mendapat ucapan selamat hari guru daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan. 


Teringat lagu yang Dla nyanyikan buat guru-guru Dla dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Sedih kalau Dla nyanyi depan cikgu  (sambil menangis.. hehe)..

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru
Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan
Sayup dihatimu
Walau pedih jalanmu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan
Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru
Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Apapun selamat hari guru buat semua. Kerana kita semua adalah pendidik dalam perkongsian ilmu meskipun ada yang bukan bergelar guru sekolah. 
*termasuklah guru memasak, guru mengaji, guru lesen memandu dan guru-guru lain*

2 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!

termasuk juga bakal guru an dilah?

ngenggeee...

adilah md shah said...

ye termkasuk jugak kite..=)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...