Monday, September 6, 2010

Dla dan Cerita PBS 2

Tayar bertulis nama sekolah di hadapan pintu masuk utama sekolah
Assalamualaikum..Sudah memendam hajat dihati mahu jadi cikgu yang lebih tegas dan sedikit garang pada PBS  (Pengalaman Berasaskan Sekolah)  buat kali yang kedua pada semester  2 ini.  Konon-kononnya biar murid-murid hormatlah. Sebenarnya Dla buat macam tu sebab nak control nervous yang membuak-buak. Al-maklumlah first time buat PBS dekat tempat orang lain walaupun masih dalam Daerah Batu Pahat .  Kali ini Dla buat PBS di SK Kampong Bahru, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Sepnajang PBS ni Dla stay kat rumah Atiq (ala ex-roomate Dla). Sekolah ni agak unik sebab murid-muridnya adalah berbangsa Melayu dan Orang asli. Kenapa Dla kata unik, sebab sebelum ni tak pernah merasa sekolah yang ada murid-murid dari keturunan orang asli. 

Pemandangan dataran sekolah dari aras 2. Murid berjumlah 334 orang
Dla mengganggap sekolah ni tak banyak beza daripada sekolah pertama Dla menjalani PBS pada sem yang lepas. Jadi Insya Allah boleh adapt dengan suasananya di sini. Sepanjang 3 hari Dla berada di sekolah ni, murid-murid memanggil Dla dengan panggilan "KAKAK".. aik tak nampak macam cikgu ke?? alahai sabar jela, sorry la sape2 yang panggil kakak tu cikgu tak layan.. hehehe jahat je cikgu ni kan...

Duduk kat sekolah ni wireless sangat laju~~~ tak payah susah-susah nak cucuk broadband. Jadi macam biasalah, Facebook tetap on dalam bilik guru lagi, yelah medium kami untuk berhubung dengan kawan-kawan lain di sekolah yang berbeza. eceh! hehe

Serius satu perangai yang tak boleh nak ubah adalah mesti rasa mengantuk start pukul 11 pagi. Sejak PBS 1 sampailah PBS yang ke-2 ni. Melainkan ada kerja-kerja yang perlu dilaksanakan. PBS kali ni kerja tak banyak, tu yang macam bosan tu.

Bersama cikgu Nazifah (oren) dan cikgu Rohiza (pink), mereka sangat sempoi dan best. Ni masa perjumpaan ahli kelab Sains dan Matematik.



Alhamdulillah, nasib baik ada beberapa aktiviti yang dijalankan di sekolah ni sempena bulan kemerdekaan (pertandingan mewarna), bulan puasa (Majlis Khatam Al-Quran) serta  pameran astronomi sempena minggu sains. Bagus! sangat membantu Dla untuk menyiapkan laporan PBS pada kali ini.

abaikan muka cikgu itu yang sangat excited ye
 Ni murid-murid kelas 4 Jujur. Mereka sangat jealous apabila 'cikgu baru' ni tak masuk kelas 4 Jujur sebab 'cikgu baru' ni masuk kelas 4 Bestari je, iaitu kelas bersebelahan dengan kelas mereka. Jadi sewaktu saya berjalan di koridor, mereka-mereka telah memblocking saya dan memaksa saya untuk mengambil gambar mereka... hehehe siap ada yang nak ambil gambar sorang-sorang lagi.. cikgu layankan jelah...


Ni pula masa mengikuti sesi  Pengajaran dan Pembelajaran dalam makmal sains bagi murid darjah 2. Ha! cutekan mereka. Nampak tak yang pegang spatula dengan filter funnel tu??? Suara dia sebijik macam Lan Typewriter.. tak percaya?? percayalah! dalam kelas tu suaranya yang high pitch dan bercode C.. sangat jelas seperti Lan Typewriter..


Ha ni pula kelas 4 Bestari.. Kelas ni first time masuk, tak dapat nak control. Sangat hyper murid-muridnya. Semua nak bercakap, semua nak buat kerja. Pendek kata cikgu suruh dia, semua excited nak bercakap. Tapi Alhamdulillah, murid-murid ni dengar kata sewaktu beberapa aktiviti dan permainan dijalankan untuk mereka.  Kami main magic pasal kertas dan apa kandungan kertas menjadi begitu dan begini. Lepas tu  main aktiviti perubahan cuaca (hujan, ribut, salji, angin kencang dan sebagainya). Owh ya! aktiviti tambahan, ada cikgu yang mengkehendaki murid-murid belajar menganyam ketupat. Jadi kami pun join sekali. Lastly, Dla dengan Atiq yang menganyam..Semuanya beri kerjasama yang baik. Seronok juga dapat murid yang hyper tapi bijak-bijak..

Dla anak manja abah! Mewarisi kening abah,,eceh abah pun nak lentok2 tu..
Malam merdeka 30 Ogos, abah  ajak Dla berbuka di Hotel Crystal Inn. Nak ajak family, semua belum balik lagi. Yang ada cuma Dla seorang tapi Dla pula tak ada dirumah sebab tinggal dengan Atiq. Nasib baik masih dalam Daerah Batu Pahat jadi boleh pergi. Alang-alang abah menjemput Atiq sekali. Terima kasih Atiq sebab drive ke Crystal Inn. Untuk abah pula, terima kasih sebab sponsor. Sayang abah beribu-ribu lemon!

Hari terakhir ada Majlis Khatam Al-Quran, tiba-tiba rasa sayu walaupun sebenarnya tak sabar-sabar nak habiskan PBS. Yelah setelah beberapa hari di sekolah ni dah mula nak rapat dengan murid-murid. Tapi apakan daya tugas dah selesai. Walau apapun PBS ni mana-mana sekolah sekalipun ia akan tetap meninggalkan memori tersendiri kerana setiap sekolah, suasana, guru-guru serta murid-muridnya masing-masing mempunyai keistimewaan. 

Sebelum pulang Atiq membawa saya ke pantai berhampiran kampungnya. Dla cukup sukakan pantai. Terima kasih buat Atiq dan keluarga.

berjalan menikmati keindahan alam





luvcrafting : banyak lagi gambar nak upload berkaitan cerita PBS ni, tapi line tidak mengizinkan.. sangat slow

2 comments:

diba said...

oo org jhor ek..hee besh x pbs kt skolh tu?..;)

adilah md shah said...

diba.. a'ah kite org johor.. org bt pahat... diba org mane???

boleh tahan la pbs kat sini... hehe cikgu2nye pun mesra2... seronok

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...