Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Dla berkesempatan untuk mengemaskini blog "Ilhamadilah" ini dengan cerita pameran sains yang diadakan pada bulan lepas. Pameran sains bertemakan "Discover The Wonder of Science" ini merupakan salah satu acara yang terkandung dalam silibus kelas kami PISMP Sains Semester 2 bagi matapelajaran SCE 3103 (Exploring Materials).
Persediaan awal agak kelam kabut sebab pameran ini diadakan selepas cuti semester. Walaubagaimanapun ia dapat berlangsung dengan baik sekali. Tahniah kawan-kawan. Kerjasama amatlah penting bagi menjayakan pameran sains yang menjadi salah satu acara wajib setiap tahun bagi Jabatan Sains IPG Kampus Raja Melewar.
Baiklah, pameran ini berlangsung dalam kawasan Balai Kerapatan (Dewan Utama) dan makmal biologi. Sebanyak sembilan stesen disediakan untuk para pengunjung. Oh ya! kami juga ada pengunjung istemewa yang dijemput khas dari sekolah berdekatan dengan kampus.
Jom tengok gambar di bawah..
Kami mengadakan beberapa kali perjumpaan dan mesyuarat bagi memperkukuh tugasan bagi setiap organisasi. Oleh kerana kami cuma berjumlah 24 orang dalam satu kelas, seolah-olah tidak menang tangan kerana segala persiapan, perasmian, pameran, menempah makmal dan alatan eksperimen dan lain-lain adalah di bawah tanggungjawab kami.
Dua tempat yang berbeza, makmal dan balai kerapatan. Di dalam makmal biologi, stesen yang terlibat adalah stesen yang melaksanakan eksperiment seperti saponification, fuel distillation, esterification (Alcohol,Ether and Amines), alloy dan aromatics (Carboxylic acids, Esters and Amides). Manakala di kawasan balai kerapatan pula ditempatkan stesen yang lebih kepada demonstrasi dan penerangan proses-proses dan bahan-bahan semulajadi dan buatan manusia seperti plastics (types and code), rubber, paper, composite materials.
Stesen 1
Stesen ini mempamerkan bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik mengikut standart kod plastik yang sedia ada. Bahan-bahan pameran adalah bahan-bahan yang berada disekitar kawasan dan mudah didapati.
Berikut di atas merupakan kod plastik. Klik untuk saiz besar.
(Exhibitor : Hani, Yaya, Ira)
Stesen 2
Stesen ini memperkenalkan getah asli dan bahan-bahan yang diperbuat daripada getah. Kebetulan, murid-murid yang hadir tinggal di kawasan bandar. Jadi getah asli berbentuk cecair dan beku merupakan benda yang agak unik bagi mereka. Sehingga ada murid yang tidak pernah tahu getah adalah berbentuk cecair memasa ditoreh daripada pokok. Rakan-rakan yang berada di stesen ini mengakui agak sukar untuk mendapatkan getah asli disekitar Seremban. Jadi diharap pameran ini dapat memberi pengalaman buat murid-murid berkenaan dengan getah.
(Exhibitor: Fikri, Farhi, Soleha)
Stesen 3
Stesen ini memperkenalkan cara membuat kertas, kegunaan kertas dan sebagainya. Apa yang menarik, murid-murid dan para pengunjung dapat merasai sendiri teknik pembuatan kertas secara manual.
(Exhibitor : Syafiqah, Fahmi, Shah)
Stesen 4
Stesen ini memperkenalkan bahan-bahan yang mempunyai banyak campuran dalam satu binaan.Stesen ini merupakan stesen yang menarik dengan pelbagai contoh bahan-bahan yang mengandungi pelbagai campuran. sebagai contoh binaan konkrit yang diperbuat daripada pelbagai campuran, batu, besi dan sebagainya. Sesuatu bahan itu dibina dan dicipta mengandungi banyak campuran adalah bertujuan untuk memperkukuh binaan. Di samping itu ia bergantung kepada permintaan yang inginkan sebuah binaan itu dicipta mengikut spesifikasi yang dikehendaki. (Related to physical properties and chemical properties).
(Exhibitor : Zahidan, Fairuzi)
Stesen 5
Stesen ini memperkenal cara pembuatan sabun pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Di samping itu terdapat juga proses pembuatan sabun secara "hot process" (in laboratory) dan "cold process (handmade soap). Tambahan lagi, kami juga memperkenal beberapa jenis pencuci dan proses bagaimana kotoran dapat dihilangkan daripada pakaian. Murid-murid juga diberi peluang mempelajari teknik dan merasai sendiri pengalaman membuat sabun.
(Exhibitor : Adilah, Atiqah, Fatim)
Stesen 6
Stesen ini merupakan salah satu stesen yang menarik perhatian murid-murid. Ia adalah berkenaan pemprosesan minyak. Setiap kenaikan suhu akan menghasilkan pelbagai minyak atau bahan yang berbeza.
Berikut di atas merupakan proses pemeringkatan minyak. Klik untuk saiz besar.
(Exhibitor : Zainuddin, Azwadi)
Stesen 7
Stesen 7 ini menghasilkan bau-bauan yang wangi.
(Exhibitor : Janah, Shikin, Nazifah)
Stesen 8
Stesen ini menukar duit syiling satu sen kepada warna lain melalui beberapa proses. Selain menunjukkan pertukaran warna syiling, murid-murid juga berpeluang untuk membawa pulang tiga warna syiling yang berbeza, emas, perak dan gangsa (warna asal).
(Exhibitor : Rashidah, Helmi)
Stesen 9
Stesen yang agak mencabar dengan bau esterification yang menusuk. hehe.. proses penapaian bahan-bahan di atas memerlukan masa. Antara bahan yang melalui proses penapaian sebelum pameran adalah kentang, nasi, nanas, glukos dan pisang. Ia adalah bertujuan untuk menghasilkan alkohol.
(Exhibitor : Zaiton, Azyan)
Murid-murid yang hadir begitu teruja dengan pameran yang diadakan terutamanya eksperimen yang dilakukan di dalam makmal biologi. Mereka dapat lihat, mencuba, merasai pengalaman baru serta membawa pulang pengetahuan hasil daripada pameran sains "Discover The Wonder of Science" ini.
Terima Kasih Semua
luvcrafting: maaflah penerangan secara general sahaja. Al-maklumlah tak study dengan serius walaupun peperiksaan dah hampir takat paras hidung jadi nak explain pun xbolehlah secara details. Apapun ini hanyalah perkongsian untuk semua.
6 comments:
smpt g adil wat ek..rajin btul la adil ni..thumbs up:))cantik,cun n menarik nk tgk..
maceh.. semalam xstudy pun sibuk dok buat entri ni...
sape ni ek... adil.. ni mesti kawan sekolah.. sebab kawan sekolah je yg eja adil..
Giler seh cikgu2 zaman sekarang... anyway, aku baru tau kaw ade blog... cool... keep up the good work... tgk2 la yea blog aku...
Ghafar -2 A 2004-
ghaffar ke..sahabat lame.. hehe maceh la datang ke teratak penulisan hamba yang xseberape ni..
ha baru taw ke cikgu sekarang gempak.. hehe
assalamualaikum....entri yg baik.....pameran yg awk dan rakan2 awk wt amat menarik...rse mcm nk pergi je...tp xdpt...sbb dh lepas....hehe....wlu mcm mne pn.....tahniah dan selamat maju jaya utk anda...=)
wslm.. terima kasih.. harap kalau ada pameran di IPTI sudikanlah berkongsi sebagai penambahbaikan dan rujukan untuk pameran2 pada masa akan datang
Post a Comment