Friday, July 29, 2011

I-Fend atau II – K²

Assalamualaikum.. sedih bila tak dapat menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 pada April hingga Mei yang lalu. Excited kot bersinar-sinar mata sebab tengok banyak buku. Dla sempat ambil kisah tentang novel-novel yang boleh didapati awal masa event tersebut berlangsung. Dla tak minat sangat membaca novel, bukanlah seorang yang terlalu taksub senang kata. Tapi kalau Dla betul-betul berkenan dengan sesebuah novel tu memang Dla akan cari sampai dapat. Masa Jalan-jalan kat page Hlovate (fb) tengok ramai yang dapatkan novel Hlovate yang terbaru berjudul Contengan Jalanan. Serius nak jugak!! Bagi Dla novel-novel penulisan Hlovate unik dan tidak meleweh-leweh (yang bukan-bukan). Setiap bab tu membuka minda dan buat Dla think out of the box lah-..

Jangan terkejut kulit buku memang macam ni dua-dua belah side terbalik.. Dalam dia  pun.. bukan salah cetak tau 

Kat bawah ni sedikit penceritaan ringkas yang Dla ambil dari jemariseni.com.. Kalau nak faham bacalah.. tak rugi pun. Kalau tak baca tak faham.



I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.



No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...