Saturday, August 20, 2011

Aku Naturalis di Taman Negara Tahan Pahang (must read)


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Illahi akhirnya selesai kajian lapangan kami PISMP SN/PJ/BI Semester 4 tahun 2011. Kajian lapangan ini adalah dianjurkan bermula pada 21- 23 Julai bertempat di Taman Negara Tahan, Pahang.  Kajian lapangan ini dianjurkan bagi memenuhi sukatan mata pelajaran SCE3017 Ekosistem dan Biodiversiti bagi semester 4 kali ini.

Sebelum bertolak, kemas-kemas barang. Gambar kat atas tu pensyarah pengiring

Kami tiba di Taman Negara Tahan. Gambar berempat tu adalah gambar AJK Dokumentasi 
(Dla, Yaya, Matyie, Zdan) yang merakan setiap memori sepanjang kajian lapangan ini diadakan. 

Setiba kami di Taman Negara Tahan kami dibawa ke The Aki Chalet and Dorm iaitu tempat penginapan kami selama kami mengadakan kajian lapangan di sana. Tempat penginapan kami terletak di atas bukit bertentangan dengan sungai luas yang menjadi salah satu laluan ke dalam Taman Negara Tahan tersebut. Apa yang dapat saya perhatikan pada awal tibanya saya di sana adalah nilai estetika yang terdapat di kawasan penginapan tersebut. Suasananya sangat indah dan menenangkan.

Tempat penginapan kami. Best, tenang, redup bertentangan dengan pemandangan cantik

Pemandangan bertentangan dengan chalet kami.. Indah~~ 

 (Hari pertama)
Pembentangan video hutan dan Night Jungle Walk
Aktiviti pertama kami pada hari pertama ini bermula pada pukul 8.30 malam dengan menyaksikan pembentangan video yang disediakan oleh pihak Taman Negara. Video berkenaan memaparkan tentang 130 juta tahun Taman Negara. Video tersebut memberi kesedaran kepada Dla betapa Taman Negara ini mengandungi pelbagai spesisi flora dan fauna disamping nilai-nilai keindahan ciptaan Tuhan yang perlu dipelihara dengan sebaiknya. Dalam zaman globalisasi ini, banyak hutan-hutan dan kawasan menjadi korban pembangunan. Oleh yang demikian, kewujudan Taman Negara yang telah digazetkan dan dipelihara adalah bertujuan untuk menjaga spesis flora dan fauna dari diancam kepupusan. Tambahan pula, Taman Negara menjadi tumpuan para pelancong untuk menghayati dan menikmati keindahan alam serta Hutan Hujan Tropika yang sukar didapati di Negara luar.

Aktiviti Night Jungle Walk. Naik bot seberang sungai lepastu tengok video then baru masuk hutan. Bergelap dalam hutan pakai lampu picit je, malam jumaat pulak tu.. hehe 

Kami menemui beberapa spesis serangga dan flora hutan yang sukar ditemui di kawasan biasa. Berjalan di dalam keadaan gelap, kami tidak berasa takut malah seronok menelusuri Taman Negara berbekalkan lampu suluh. Sesungguhnya pengalaman itu sukar dijual beli. Pada malam tersebut kami tidak berpeluang untuk menemui haiwan-haiwan seperti harimau, gajah, tenuk dan sebagainya. Namun begitu kami dapat melihat sekumpulan rusa walaupun dari jauh.

 (Hari kedua)
Denai Interpretasi Bukit Teresik

Sebelum bertolak menuju destinasi. Gambar ramai-ramai kat bawah 
ni gambar kami dah sampai puncak :)

Bot pengangkutan utama sebelum masuk ke pintu utama Taman Negara. 

Pendakian kami yang sangat melelahkan. Jalan curam dan berliku-liku. 

                Destinasi kami yang seterusnya adalah Denai Interpretasi Bukit Teresik. Namum sebelum kami tiba disana. Kami berhenti ditengah-tengah sungai dan bermandi manda disitu. Keseronokan terpancar pada wajah masing-masing. Terasa kajian lapangan ini bukan hanya sekadar mencari dan menambah pengalaman namun mengeratkan lagi persahabatan kami dalam kalangan rakan-rakan kelas dan juga pensyarah-penyarah bimbingan yang ada bersama-sama kami sepanjang kami mengadakan kajian lapangan di Taman Negara ini. Kesejukan air sungai yang mengalir deras terasa sehingga menusuk ke tulang namun keseronokan menikmati alam semulajadi yang dan udara yang segar membuat kami leka.

Antara flora yang kami temui. yang bakar pakai mancis tu damar, mengeluarkan bau ala-ala colok. Daun paku merak ada dua warna bertukar-tukar hijau dan biru. Yang ala-ala bentuk 'Playboy' tu ulat gonggok sedang mengawan, besar kot ulat gonggok tu. Macam batang kayu terpusing tu akar liana. Tumbuhan warna merah ni wild ginger. 


Ni pulak fauna. Gambar pertama tu sarang sweet bee. Tepi gambar sarang sweet bee tu kelongsong 
riang-riang selepas melakukan proses metamorphosis. Gambar ada jari tu pacat ok. 
Kupu-kupu hutan tu warna hitam tapi bila kena cahaya jadi biru. 

Perjalanan kami ke menuju ke Bukit Teresik melalui laluan sungai mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai kami di kaki bukit sebelum mendakit bukit Teresik, kami diberi taklimat ringkas agar berhati-hati mendaki dikhuatiri laluan pendakian licin. Perjalanan kami ke puncak Bukit Teresik mengambil masa lebih kurang dua ke tiga jam. Sepanjang perjalanan mendaki bukit-bukit kami diberi pendedahan berkenaan ekosistem, flora dan fauna di dalam Taman Negara dan laluan hutan tersebut oleh rangers yang bertugas membawa kami ke sana iaitu Abang Badrul dan Abang Afifi. Rangers yang berpengalaman dan berpengetahuan memberi banyak perkongsian ilmu kepada kami semua.

Lagi gambar : warna pic kecik tu bunga tadah hujan, atas tapak tangan tu serpihan pokok sarsi serius bau sarsi rasa nak minum. Buah warna merah tu buah berdarah, scary kot nama dia. Yang macam jambu tu memang jambu ok tapi jambu hutan. 

Ni gambar kulat dan cendawan yang Dla dapat uploadkan. 

Pelbagai spesis flora yang kami temui di dalam Taman Negara tersebut antaranya buah berdarah yang beracun namun boleh dimakan sekiranya terdesak. Wild-ginger sejenis halia yang masih dalam kajian untuk dikormesialkan, jambu batu hutan yang mempunyai aroma yang sangat manis dan menyelerakan. Selain itu, Abang Badrul dan Abang Afifi mengajar kami sedikit ikhtiar hidup sekiranya berada di dalam hutan ataupun sesat. Ada tiga tumbuhan yang dapat memberikan sumber air secara semulajadi dan selamat iaitu akar liana, buluh dan rotan. Disamping itu, kami juga menemui paku merak iaitu salah satu tumbuhan yang unik kerana warnanya boleh berubah-ubah hijau dan ungu, ia sangat berguna sebagai ubat-ubatan kepada khususnya kepada masyarakat Cina. Pernah dengar pokok sarsi? Dla menemui pokok sarsi di sana. Benar, bau batang pokok sarsi benar-benar seperti cordial sarsi yang dijual di kedai-kedai. Aromanya membuatkan kami semua ingin minum air sarsi tambahan lagi dalam keadaan yang penat sepanjang pemndakian ke puncak Bukit Teresik. Kepelbagaian kulat dan cendawan juga menarik perhatian kami semua. Dari sekecil kuku jari sehinggalah sebesar dulang hidangan. Ia sungguh menakjubkan. Seumur hidup, pertama kali Dla melihat kulat sebesar itu. Apa yang paling bermakna buat Dla dan rakan-rakan adalah selama ini kami hanya menonton dan melihatnya secara maya iaitu dari kaca televisyen, internet, buku-buku dan sebagainya. Namun sepanjang kajian lapangan ini, saya dan rakan-rakan dapat melihat spesis yang jarang kami temui dan merasainya dengan deria kami sendir. Hal ini membuatkan saya teruja dan ingin belajar serta bereksplorasi dengan lebih lagi terhadap ekosistem Taman Negara.  
    
Tidak lengkap sesebuah ekosistem tanpa kehadiran fauna di dalam Taman Negara tersebut. Sebagai contoh, apa yang kami temui adalah seladang, riang-riang, pelbagai jenis kupu-kupu, anai-anai, serangga yang tidak dapat dikenalpasti namanya, rusa dan lain-lain. Kami tiba di puncak Bukit Teresik pada ketinggian 334.8 M lebih kurang pada pukul 11 pagi. Setibanya dipuncak kami merasakan puas melihat bukit-bukit dan gunung-gunung yang ada disekitarnya. Terasa udara yang segar dan pemandangan hijau yang sayup-sayup dari kejauhan. Bertentangan dengan puncak Bukit Teresik kami dapat menyaksikan biarpun samar-samar puncak Gunung Tahan. Keadaan jerebu yang seperti yang diberitahu akibat pembakaran di Indonesia menyebabkan Puncak Gunung Tahan tidak dapat dilihat secara kasar.

Di puncak Bukit Teresik.

Setelah berehat dan menikmati keindahan puncak Bukit Teresik. Kami berpatah balik meneruskan pendakian menuruni bukit untuk ke Tititan Silara atau lebih dikenali sebagai Canopy Walk. Malangnya semasa perjalanan menuruni bukit Dla telah terjatuh dan menyebabkan kaki Dla terseliuh. Kesakitan menyebababkan Dla hampir patah semangat untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, rakan-rakan yang bersama-sama membantu memapah Dla menuruni bukit sehingga sampai ke kawasan rehat di mana tempat kami berkumpul. Dla diberi rawatan yang sewajarnya dan dibawah pengawasan ranger yang ada. Namun pengalaman kadangkala datang hanya sekali seumur hidup. Dla menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan ke canopy walk. Dla tahu Dla seorang yang gayat dengan tempat yang tinggi namun ingin mencuba dan mencabar diri. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dengan kaki yang sakit dan perasaan yang gayat dengan tempat tinggi, Dla terus ingin mencuba. Rakan-rakan Dla memberi semangat kepada Dla. Semasa meniti canopy walk, kegayatan menyebabkan Dla ingin berpatah balik dan mematikan niat untuk meneruskan perjalanan meniti titian tersebut. Tinggi, sungguh tinggi. Dla meniti di titian tersebut Dla dapat lihat Dla berada di atas sama tinggi dengan pokok-pokok besar dan tinggi malah ada pokok yang lebih rendah. Disebabkan terlalu takut Dla tidak memandang ke bawah. Walau bagaimanapun, rakan-rakan memberitahu apa yang terdapat di bawah ketika kami meniti di atas titian tersebut iaitu pokok-pokok, flora fauna serta sungai yang mengalir. Ketakutan saya sedikit terpujuk apabila rakan-rakan dan pensyarah menyokong saya agar Dla memandang kehijauan tumbuhan. Hal ini akan menyebabkan Dla leka dengan kecantikan flora di situ dan melupakan kegayatan.

Bajet cool padahal menangis kegayatan, tak pandang kiri kanan atas bawah. 
Jalan straight terus ke hadapan sambil berzikir-zikir.

Dla melepaskan nafas yang kuat apabila sampai dipenamat titian tersebut. Sungguh Dla berjaya mencabar diri sendiri. Sememangnya pengalaman yang sukar dilupakan dalam hidup saya. Sesuadah itu, kami turun sehingga sampai ke gigi air untu menaiki bot ke destinasi seterusnya.

Perkampungan Orang Asli Kaum Bateq

Pemandangan di perkampungan tersebut, serius cantik. Subhanallah

            Dalam perjalanan ke perkampungan kaum Bateq, kami melalui jalan sungai dengan merentasi 7 jeram. Sungguh seronok berada di atas bot. Terhuyung hayang melalui jeram terasa bot yang kami naiki seolah-olah seperti mahu terbalik. Ada yang menjerit keseronokan, kebasahan dan ketakutan. Kami singgah sebentar di pesisir sungai sebelum sampai ke destinasi Perkampungan Kaum Bateq untuk menikmati makan tengah hari. Kami makan tengah hari dan menghabiskan sedikit masa bermandi manda disitu. Selain melihat keindahan flora yang menghijau disepanjang pesisir sungai, disitu juga terdapat banyak ikan-ikan kecil yang langsung tidak lari walaupun kami bermain-main di dalam air. Itu yang membuatkan kami teruja. Apabila Dla meletakkan tangan ke dalam air, ikan-ikan kecil itu datang dan menggigit-gigit kecil. Semua itu umpama terapi minda bagi Dla.


            Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Kaum Bateq. Di sana, kami diajar dan ditunjukkan cara hidup kaum tersebut. Pada awalnya kami diajar bagaimana menghidupkan api menggunakan kayu meranti dan buluh. Buluh di gesekkan pada kayu meranti sehingga mengeluarkan haba dan sedikit asap. Debu kayu meranti hasik gesekan buluh tadi dipindahkan ke daun buluh yang kering lalu api dapat dihidupkan. Melihatnya mungkin mudah namun mencuba untuk menhidupkan api tersebut adalah susah. Kemudian kami belajar apa itu sumpit. Sumpit adalah bertujuan untuk memburu binatang di dalam hutan. Selain itu kami diajar cara membuat buah sumpit dan belajar cara menyumpit. Ternyata ia sukar, saya sendiri telah mencubanya namun sasaran langsung tidak mengena. Berdasarkan pengalaman yang saya dapat dan saya pelajari daripada Perkampungan Kaum Bateq ini adalah setiap masyarakat itu mempunyai cara hidup mereka sendiri. Kita perlulah menghormati orange lain dan tidak memperlekehkan cara hidup mereka. Sesungguhnya cara hidup mereka sangat unik kerana  mereka berinteraksi dengan alam semulajadi untuk meneruskan kehidupan mereka.

Cara-cara menghidupkan api

Masing-masing muka teruja tengok cara hidup orang asli Kaum Bateq. Kat atas ni 
ada gambar cara nak buat peluru sumpit. Cantik hasil kerja mereka. 

Rumah ni di tapak perkampungan orang Asli Kaum Bateq adalah 
rumah pengambaran filem Dschungelkind (filem German) atau 
lebih dikenali sebagai Jungle Child. Nak tahu lebih lanjut google ok.. tak rugi pun ilmu tu

Sebelum naik bot balik ke tempat penginapan sempat lagi snap gambar kat 
perkampungan orang asli ni. Suka la cantik sngat, pasir dia putih melepak-lepak. 


Aktiviti Malam hari kedua
            Pada malam ini, kami mengadakan makan malam dan sedikit majlis ringkas sebagai menghargai pemandu pelancong dan rangers kami yang menjaga dan membantu kami sepanjang kami berada di sini. Pada malam itu juga kami mengadakan BBQ dan permainan untuk memeriahkan lagi suasana. Terpancar kegembiraan dari wajah masing-masing menunjukkan hubungan yang erat antara kami semua. Walaupun penat namun seronok.

Makan-makan ada majlis ringkas menghargai meraka yang menjayakan aktiviti kajian lapangan. Lepas tu main game MAFIA VS ANGEL (game rasmi kelas kiteorang), then main game lain, menyanyi dengan petikan 3 gitar dari mereka yang pakar main gitar. Teruja kejap sebab Dla tak pandai main gitar pun. 

(Hari ketiga)
Lata Berkoh


Kajian lapangan pada hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki bot untuk menuju ke Lata Berkoh. Perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang setengah jam sememangnya menyeronokkan. Cuaca pada pagi tersebut sangat sejuk memandangkan hujan lebat pada sebelah malam semalam. Apa yang lebih menyeronokkan perjalanan kami merentasi arus sungai bagi Dla cukup mencabar kerana arus air yang deras diikuti dengan paras air yang agak dalam. Ketakutan menaiki bot berkurangan apabila mendapat sokongan dari rakan-rakan dan pensyarah. Tambahan lagi, suasana di sekeliling taman Negara merentasi sungai yang berarus deras terasa tenteram dan tenang dengan memerhatikan alam sekeliling yang penuh kehijauan flora. Udara cukup segar, seketika terasa fikiran dan diri berkhayal lari dari hiruk pikuk kerja dan suasana Bandar yang menyesakkan. Ketika itu, Dla merasakan bukan hanya ekosistem yang ingin dikaji namun secara tidak langsung, keadaan itu mengejar Dla untuk menghargai dan menikmati keindahan alam semulajadi serta membuka mata dan minda bahawa betapa berkuasanya Tuhan yang mencipta alam.

mula-mula takut lepas tu berani :)

            Setibanya kami di Lata Berkoh, kami berjalan sejauh 1.2 KM sebelum betul-betul tiba di kawasan air terjun. Perjalanan menuju ke kawasan air terjun Lata Berkoh melalui jalan di tepi tebing sungai dan dilitupi pokok-pokok hijau. Di situ terdapat pelbagai jenis kulat dan cendawan yang tumbuh di akar-akar pokok, batu-batu dan melata di atas tanah. Mungkin ia adalah disebabkan oleh hujan pada hari semalam. Kepelbagaian kulat dan cendawan membuatkan  Dla teruja dan sanggup berhenti sekerap mana yang boleh untuk merekod dan mengambil gambar-gambar yang dianggap cukup berharga. Tambahan pula, disepanjang perjalanan kami, banyak pacat-pacat yang menunggu habuan darah dari kaki-kaki yang berjaya dihinggapnya. Terasa lucu apabila melihat ada rakan-rakan yang berlari-lari mengelak daripada pacat, ada juga yang rela dirinya disinggahi pacat. Setelah merakamkan gambar dan membuat perbincangan dan bertukar-tukar cerita dengan rakan-rakan berkenaan Taman Negara dan perjalanan kami. Kami semua kembali berpatah balik ke persisiran sungai dan menaiki bot untuk pulang ke tempat penginapan.

Menjejak ke Lata Berkoh. Kemain banyak pacat kat sana yang dahagakan darah. 
Arus terlalu deras. Rasanya siapa jatuh memang tak selamat. 

            Pada tengah hari tersebut kami bersiap-siap untuk pulang ke kampus. Sesungguhnya pengalaman sepanjang di Taman Negara Tahan Pahang ini tidak ternilai harganya. Secara tidak langsung, kajian lapangan kami selama 3 hari 2 malam ini merangkumi keseluruhan matapelajaran SCE3107 Ekosistem dan Biodiversiti bagi semester 4 pada tahun 2011 ini. Dla harap pengalaman yang diperolehi ini dapat Dla aplikasikan dalam mata pelajaran pada semester ini seterusnya membawa pengalaman tersebut untuk dikongsikan kepada anak-anak didik saya kelak. Disamping itu, Dla juga menulis pengalama saya di Taman Negara dan Dla mengabadikannya di dalam blog  untuk dikongsi bersama-sama sahabat maya  yang masih belum berkesempatan dan masih belum berpeluang ke Taman Negara. Di harap dengan penulisan pengalaman ini, ia dapat memberi kesedaran kepada para pembaca agar menghargai alam semulajadi yang masih wujud di Negara kita yang tercinta ini. Sekian terima kasih.




iluvcrafting : banyak lagi Dla nak cerita tapi dah tak larat. Video pun banyak konon-konon nak buat ala-ala vlong tapi kemain malas nak upload :) :) kalau rajin Dla share cerita lagi ok .. cerita di atas agak skema sebab diedit daripada refleksi yang sepatutnya Dla hantar kepada pensyarah hihihi :)


8 comments:

Unknown said...

hohoooo panjangnyeee...
mcm best jerk dil... Insyaallah, skuad kami akan ke sane..
jeng3... berape hari anda mengambil mase menaip text di atas ye cikgu... hehhe.

adilah md shah said...

hehe 2 hari menaip ok.. sebab kemalasan.. kalau rajin 1 hari je siap.. sila kongsikan cerita anda nanti ye cikgu ekin.. :) :) ;)

diba said...

wah sonok dpt g tman ngara..lama dh xpegi sne..huk

Hush said...

bestnyaaaa! teringin rasa nak pergi sana!

adilah md shah said...

diba : a'ah best sangat rase tak mau balik hehe

adilah md shah said...

kak nina.. plan la dengan classmate.. kelas kak nina kan rajin berjalan.. syoookkkk!! :)

Unknown said...

Boleh tak kongsi bahan apa yg digunakan utk membuat peluru sumpit tu?

Unknown said...

Boleh tak kongsi bahan apa yg digunakan utk membuat peluru sumpit tu?

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...