Thursday, August 25, 2011

PBS 4 dan terakhir ~~



Assalamualaikum.. kali ni PBS (pengalaman Berasaskan Sekolah) Dla telah memilih SK Tasek Utara Johor Bharu. Alhamdulillah, ni PBS yang ke-4 dan terakhir. Sem depan dah mula praktikum kat Negeri Sembilan. Macam tak ready je nak praktikum sebab tengok senior-senior sibuk memanjang dengan hal sekolah. Rancangan Pengajaran yang nak kena settlekan hari-hari. Mmmm :( :( tapi mesti cuba yang terbaik.. coz i born to be a teacher!! SEMANGAT!!

Sekolah kawasan luar bandar dah sudah, sekolah pedalaman dah sudah, kali ni sekolah bandar-bandar pulak. Semua sekolah yang Dla pergi memang ada perbezaan. PBS kali ni kena siapkan Task untuk subjek minor : English. Banyak kot task tu, sebab lima hari kat sekolah hari2 kena observe siapkan task. Tapi di sebabkan sekarang sekolah ni tengah exam so dah ambil keputusan kelima-lima task tu buat dalam masa 1 hari.. OK muntak kejap~~

Minggu exam!

Hani, Janah, Adilah :) :) :)

Happy three friends 

PBS kali ni Dla buat bertiga dengan Kak Janah dan Hani. Dua-dua ni classmate Dla. Kita choose Johor sebab yela dah nak dekat raya senang balik kampung. Tak adalah kes tiket raya habis. Kami tinggal di Kuarters Institusi Pendidikan selama 5 hari. kebetulan kakak Kak Janah ada tinggal di situ. Terima kasih kak bagi kita tumpang rumah dan masak sedap-sedap :) :) 

Kuarters K.I.P larkin B

Sekolah Kebangsaan Tasek Utara ni best sebab sekolah besar dan infrastruktur memang lengkap. Senang kata TIP-TOP. Memang masa mula-mula jejak kaki tengok cantik je. Mural memang penuh, nampak macam real pulak. Setiap sudut, ruang, tak kira bawah tangga,atas dinding, bawah dinding semua penuh informasi. Memang student jalan-jalan pusing satu sekolah confirm akan baca kalau tak hari ni esok, tak esok lusa.

Taman Botani Sains.. Kat sini la sim broadband hilang tak jumpa2 :(

Muka ceria je..dalam hati pun ada taman :)

Macam masuk dalam lukisan tu x ..

Cantik.. sebab warna dia terang dan timbul.. semua mural kat sekolah ni macam ni la warna dia.. :)

Macam stadium.. Besooo~ ni baru half bangunan

Banyak jejantas, banyak tangga, banyak short cut

Kat atas sana tu balkoni. 

Kantin bersih dan tersusun je.. Yela puasa

Banyak pemandangan perspektif kat sekolah ni..

Tak ada dinding yang kosong ok..

Dulu orang kata kalau menyorok bawah tangga nanti kena sorok hantu.. 
sekarang sorok bawah tangga boleh sampai universe

See.. mesti sains student kat sini hebat-hebat

Setakat ni oklah. Tak tau nak cerita sangat pasal PBS kali ni sebab sekolah sibuk exam. Tapi bagusnya sekolah ni sepanjang Ramadhan ni ada kelas yang buat bacaan Yassin pagi- pagi. Lepas tu masa rehat tadarus Al-Quran. Nak balik sekolah semua murid baca doa dulu ramai, ada iringan Asmaul Husna dan selawat. Menarik, sebab penerapan keagamaan tu bagus. Pagi-pagi waktu sebelum mula kelas di samping bacaan Yassin tu, ada kelas tambahan kat dewan terbuka. Memang fresh pagi-pagi lagi dah ulangkaji pelajaran. 

Pagi-pagi baca Yassin + ulangkaji kat dewan. 

Tak ada idea nak tulis. Biasa la dah dekat-dekat raya ni otak dah melayang-layang nak balik kampung. 
Hari ni (khamis 25/8/2011) Ayahanda Pengarah Pelajaran Negeri Johor datang melawat sekolah, biasalah dah dekat-dekat nak UPSR. Ayahanda sampaikan amanat. Esok Jumaat ada event pasal kemerdekaan. Kalau rajin Google la maklumat pasal sekolah ni (klik sini ye)

 
Selamat tinggal PBS.. Selamat datang Praktikum 

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...