Sunday, November 20, 2011

Lintasan minda, rasa dengan hati, lalu aku menulis

Assalamualaikum, lama juga Dla tenung kotak menulis entri ni.. Tulis dan padam.. tulis dan padam.. Tak tahu mahu menulis apa.. Hanya mencoretkan apa-apa yang terlintas di minda..

Seronokkan tengok kanak-kanak. Bermain, dan kalau perlu menangis. Tak memikirkan banyak masalah-masalah sepertimana orang dewasa memikirkannya. Tapi tak semua kanak-kanak itu gembira. Dla percaya, semua orang akan melalui stage tumbesaran yang sama cuma caranya berbeza-beza selagi mana hayat masih ada.  Kanak-kanak juga akan menjadi dewasa kelak. 

Dla tak tahu sama ada ini fakta atau tidak. Dari kecil sehingga dewasa, manusia ni akan membesar ikut situasi dalam lingkungan yang di mana dia berada. Ya! rasanya ini fakta. Sebab itu manusia boleh dibentuk. Misalnya kita nak kanak-kanak tu jadi doktor kelak, kita latih dari kecil tak mustahil dah besar jadi doktor. Kalau kita nak kanak-kanak tu jadi peencuri, kita latih dari kecil jadi pencuri. Tak mustahil dah besar jadi pencuri profesional. 


Walau bagaimanapun, banyak faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu lari dari landasan yang ditetapkan dan ikut keinginan diri. Sebagai contoh, Dla dah besar nak jadi saintins. Nampak kapal terbang nak jadi pilot pula. Ikut kawan-kawan main pondok-pondok dan masak-masak nak jadi chef pula. Tengok latar belakang pendidikan nak jadi lain pula, tengok peluang perkerjaan lain pula.. konklusinya semua perkara boleh berubah, hati boleh berbolak-balik dan ada yang kita nak dapat ada yang kita nak tak dapat. Manusia hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Insya Allah ada hikmahnya.


Insya Allah. jika diizinkan Allah dan umur masih panjang. Dla berimpian nak bina hidup sendiri. Tak nak harapkan orang. Sebab bilamana kita dapatkan sesuatu hasil dari usaha kita sendiri. Semua itu akan lebih bermakna. Pengalaman membesar banyak mengajar Dla. Walaupun kadang-kadang orang kata berdikari tu sangat bagus. Tetapi sebaliknya berdikari itu sakit. Ye.. sangat sakit. Cuma diakhirnya kita dapat mempelajari sesuatu. Dla selalu terfikir, Tumbesaran Dla dari kecil sehingga 21 tahun ini. Ada stages yang Dla rasakan 'tertinggal'. Ada sebenarnya stage tersebut cuma pengisian dalam stage tersebut tidak menepati seperti yang seharusnya. Dan Dla rasa kesannya sampai sekarang. Sebab itu, Dla berani mengaku yang Dla sangat memerlukan perhatian dari orang sekeliling. Bagi yang mengenali Dla secara rapat, meraka sudah tau yang Dla sangat manja namun seorang yang memendam dan berdikari juga. Sentiasa ceria dan tersenyum. Namun disebalik senyuman dan keceriaan seseorang tu kita tak boleh nak claim yang hati orang tu tak sakit. 

Bagi Dla, erti 'hidup' itu bermula sejak Dla kehilangan mak tercinta seawal darjah 5. Dari situ terlalu banyak perkara yang Dla hadapi dan memberi kesan yang terlalu besar sampai sekarang. Dla dah tak mampu menulis lagi........ sekian



4 comments:

Hush said...

sesungguhnya Allah lebih sayang mak adel..
be strong, girl! :)

adilah md shah said...

thanks kak nina.. kadang2 kite penat jadi kuat.. tapi kite kene jadi kuat..

Alongxp said...

ala comelnye benda tu... ape name die?

adilah md shah said...

alongxp.. xsilap ni namenye boxman ... comel kan suke je tgk :)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...