Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday


TT

mampu ke??

Assalamualaikum.. alhamdulillah wishlist yang tahun-tahun dulu ada yang tercapai. Ada juga yang hilang terus ditiup angin ntah ape-ape ntah. Tak nak letakkan harapan tinggi, jadi wishlist tahun ni biasa je.. tu pun kumpul dan beli sendiri.. nak harapkan orang sape lah orang yang baik hati sangat nak bagi.. ke laut adalah~

craft punya wishlist


nak sangat bende alah ni.. kalau dapat beli nak conteng semua tempat ^^ especially tshirt sendiri

nak ni jugak.. budak baru nak belajar melukis hehe


nak bilik khas untuk kerja tak dapat jadi ada craft corner pun dah cukup bagus ^^



teringin nak berguru dengan si dia ni.. Namizam.. Serius artwork zam ni superb.. setakat ni komen2 kat facebook je.. nak berdepan tu memanglah tak dapat sebab jadual padat.. agak-agak berguru secara maya je boleh la kot..  menebalkan muka.. zam sudikah anda menjadi "SIFU" kepada budak hingusan ini??




Gadget punya wishlist




kedua-dua kamera di atas macam confirm tak dapat je.. yela masih belajar lagi mana ada budget.. kamera compact kesayangan dah rosak.. dahlah Dla suka snap gambar banyak-banyak..bila takde kamera serius macam ape ntah..jadi sedih sangat.. tak pelah buat masa ni ada rezeki lebih beli compact baru yang biasa-biasa je...

Wishlist ni tak semestianya berbentuk material je. Banyak sebenarnya wishlist tapi malas nak cakap banyak. Semester 5 dengan 6 ni of course la nak pointer lagi tinggi dari semester lepas. Nak kumpul banyak-banyak buku ilmiah dan jadi budak yang lebih baik lagi. 

iluvcrafting : pssss~ tambahan lagi satu nak kawen cepat boleh?? kira tahun ni kalau dapat tunang pun ok la.. tapi kalau takde orang nak automatik wishlist tunang dan berkahwin ni jadi wishlist tahunan dan tahun-tahun berikutnya ok.. harharhar~





Tuesday, December 27, 2011

handmade quilling card for birthday


 royal flower inspired by kak asma :)

pandangan hadapan

amek ni berpusing-pusing hehe :)


Saturday, December 24, 2011

jadual sem 5 :)



meh tadah tangan ramai-ramai :)

Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah Adilah Md Shah ketenangan hati, ketajaman akal fikiran serta dipermudahkan di dalam urusanya. Ya Allah sesungguhnya menuntut ilmu itu suatu ibadah, kau berkatilah ilmu yang dipelajarinya agar dia mampu mengingati serta mengamalkannya ke JalanMu. 

Friday, December 23, 2011

pertama kali jahit purse dan ini hasilnya ^^


ni bahagian depan ^^


Assalamualaikum, ni first time Dla jahit purse pakai felt. Sebelum ni tak pernah buat sebab tak ada permintaan pun. Agak terkial-kial jugak sebab tak ada tutorial main agak-agak je. 

ni bahagian belakang ^^

Purse ni totally pakai poly felt yang berlapis-lapis jadi tak lembut keras sangat tak lembut sangat, sedang-sedang je. Jadi ia fleksibel. Kalau agak-agak banyak duit kertas berkepuk-kepuk nak masukkan tak adalah jadi pelik dan tebal semacam sampai tak boleh nak tutup hehe.. 

Kira agak berjaya la jugak buat purse ni dalam satu hari. Insya Allah next time kalau ada yang nak order Dla akan buat yang lebih baik lagi .. 

ni bahagian dalam ^^

Thursday, December 22, 2011

malam hari jadi baru nak buat





Assalamualaikum, kad ni tahun lepas buat untuk kak ika (classmate Dla). Biasalah student life kalau dah sampai masa sibuk tu apa yang sempat je capai. Malam besday kak ika baru sibuk Dla nak buat kad. Simple je .. sangat simple kot. Tadi dok bukak hard disk terjumpa gambar kad ni. So saja update :) :) Ok tata~


Wednesday, December 21, 2011

Quilling untuk di'frame'






Assalamualaikum, Ok kali ni Dla nak update pasal quilling. Di order untuk diletakkan di dalam frame sebagai hadiah untuk majlis pertukaran tempat perkhidmatan. Oklah Dla just buat macam ni simple je kan. Basic shape dia berbentuk bujur. Kat tengah-tengah tu nak letak wording, mungkin kata-kata atau gambar. 





Dla Pilih motif bunga-bungan. NOrmal la kan, haha tak nak cakap banyak sebab tak ada idea. So, tengok tengok jela gambar quilling ni ye... canti tak cantik tak??? (bunyi macam suara eric yang casa impian tu  hehe)


Monday, December 19, 2011

saat bau kami bersatu-padu~

Assalamualaikum, ha cuti-cuti ni saje la ikut abang ipar pergi ladang.. Bosan duduk rumah so pergi kat ladang tu boleh cuci mata.. "Sahaja aku cuci mata".. teeet! Hehe Ala ni baik punya tau. Tengok-tengok kambing, lembu, ayam kehijauan, menikmati alam. Di samping menghilangkan stress semester lepas dengan beramah mesra dan bergurau senda dengan haiwan-haiwan yang ada di situ. Pehhh~ best! Kalau kat seremban tu mana la nak cari kawasan ladang area kampus. Takkan nak tumpang belai kambing lembu orang ke. Kang orang ingat budak ni buang tabiat ke ape~ Oleh yang demikian mainlah dengan kucing je. Ok la daripada takde. 

haha comel tak :p

Mula-mula tengok dari jauh je. Lama dah tak datang ladang. Kang lembu kena kejutan xpasal-pasal kena kejar tak pun kena hempap berganda berat tu. Lepas tu dekat sikit-sikit dan berjaya pegang hahaha~

ni kak ngah Dla dan Hanef (bakal pewaris kot hehe)


manje + ngade-ngade

Rupanya manja si lembu-lembu ni. Bergesel-gesel kepala  kat Dla. Kuat kot menyondol kalau tak stabil boleh jatuh. Alahai so adorable la~ tiba-tiba lembu-lembu ni terus jadi cute di mata Dla.. hehe


Kat atas ni lembu baka ( jenis Charolais).  Serius cute.. haha tak caye nanti Dla tunjuk seekor ek. Ala cute macam pelakon Boys Over Flower si Jun Pyo ( tak guna nama sebenar die). Yang dok menyondol dan manja-manja tu bukan lembu baka. Dia datang tumpang popular nak makan sama-sama je sambil nak menyelit sekali dalam gambar yang Dla snap. Kan ter snap dah dapat masuk blog IlhamAdilah... hihi

ha see~ sama x macam jun pyo.. hehe identiti lembu terpaksa dirahsiakan lol~

Seronok tengok lembu meragut rumput. Actually tak meragut pun, lembu ni makan makanan yang di proses. Diaorang ni makan hampas gandum, hampas soya dengan batang jagung yang dah di hancurkan. Wah dah macam nestum baby cepat hadam. Terhibur hati ni tengok lembu makan. Dah si Adilah ni kenapa??? Lembu dok makan Dla pun kacau la. Masa ni la nk sentuh nak cubit semua lah.




tengah ambil gambar, lembu yang belakang tu pelan-pelan datang dekat. ni kalau kene tanduk dari belakang memang tak ada maaf ok

Lepas tu dah bosan mengadap lembu pergi tengok kambing biri-biri pulak. Lagilah manja dan cute! Tapi kenapa kambing biri-biri ni bulu dia tak berapa nak best macam kat luar negara?? Kat sini kasar semacam nak buat sweater pun gatal kot. Ini adalah disebabkan cuaca Malaysia tak sesuai untuk pertumbuhan bulu biri-biri yang bagus. Terfikir pulak agak-agak kalau bagi syampu berkesan tak?? boleh try test syampu mana kat Malaysia ni paling berkesan untuk kekusutan yang kritikal :p



Kalau main-main dengan kambing dalam kandang tak berapa nak syok. Ha bila kambing dilepaskan Dla pun ikut sama berlari-lari dengan mereka ni. Bahagia wooh~. 


Masa Dla masuk kandang, semua kambing ni tengok macam tak puas hati. Sabo je la. Abang ipar Dla kata hati-hati sebab ada kambing yang menyondol orang. Ada la orang yang dah pernah kena sondol. So disebabkan Dla tak nak jadi mangsa , harus hati-hati! Buat malu je kalau kena -_-"


ni mesti kambing pangkat nenek, kambingg lain bukak kandang je berlari-lari keluar, yang nenek ni maintain dok dalam je, siap duduk melunjur kaki hihi :p

ni kambing ibu baru lepas bersalin, berseri je muka kambing ni~ senyum kambing hehee

Ok Dla nampak macam jakun. Tak adalah bukan jakun tapi happy. Sometimes Dla hyper, so bila dah datang angin hyper apa pun jadi. Ingatkan Dla sorang je yang jadi macam tu, rupanya Hanef (anak sedara Dla) dengan Anis (adik Dla) pun sama je.. hehehe~

hak hak hak~ nak buat profil FB la tu lol :p


ni hasilnya! haha adik Dla kata kalau upload pic ni die nak sue akak die.. haha lantak!

Hanef kalau geram semua benda dia nak ramas. haha Hanef dari baby dah biasa dah dengan kambing lembu ni. 


Masa ni Dla keluar kandang, pintu tutup semua berkejar ke pintu.. Alahai macam nak ikut balik rumah muka masing-masing sedih (haha tau tau je muka kambing tu sedih macam mane). Tu la tadi semua tengok macam tak puas hati, ni takkan nak ikut balik pulak hehe 


setelah bermain-main, bermanja-manja dengan kambing-kambing dan lembu-lembu. habis kotor semua baju. Segala tanah-tanah, bulu-bulu semua melekat-melekat. Memang bau kami dengan mereka tu bersatu padulah. haha tak kisah balik mandi :p
(Cik ila ucuk la! bau kambing, Anep pun ucuk bau lembu hahaha, sama je semua yang penting kita happy ^^)

iluvcrafting: sape nak order kambing, lembu or ayam sebarang majlis (korban/aqiqah), menjual dan membeli lembu dan bebiri serta bekalan peralatan dan ubat-ubatan boleh la survey kat sini~

Rassuria Agro Enterprise
Jalan Salman, Kampung Dato' Ibrahim Majid, 86200 Simpang Renggam, Johor
email : rassuriaagro@yahoo.com.my


Saturday, December 17, 2011

made with love..

Assalamuaikum.. Dah lama tak update blog. Tak tahu la kenapa line internet ni lambat semacam padahal baru je bayar. Baiklah Dla tak mahu update yang berat-berat. Nak update pic felt keychain je. Rase tak berseri blog IlhamAdilah ni bila tak update pasal craft.. hehe

 Made with love :)

iluvcrafting : rasa tak seronok sebab kamera rosak. Serius nak ambil gambar craft yg in progress dan yang dah siap payah sangat. Kalau pakai kamera kat handphone tak clear dan kualiti kurang. So nak update dalam blog pun macam tak best je.. Mari berdoa untuk Dla.. mane la tau ada orang nak sponsor kamera ke??? :) Amin Insya Allah 

Friday, December 9, 2011

Ombak rindu

Assalamualaikum.. Dla tak sure novel ni terbitan tahun bila. Tapi masa Dla tingkatan 3 lepas habis PMR masa tu dah tak tahu nak buat apa, kawan-kawan Dla sibuk bertukar-tukar novel. Dla pula tak berapa minat nak baca novel ketika itu. Salah satu novel yang menjadi rebutan untuk dipinjam dari satu tangan ke satu tangan adalah novel Ombak rindu. Dla pun tak tahu apa yang best tapi dah berebut-rebut maksudnya best la tu kot.

Ok Dla bukan nak cerita pasal novel atau filem ombak rindu yang semua orang dah cukup tahu ia sangatlah best. Dla cuma nak kata Dla suka lagu OST Ombak Rindu.






Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuesday, December 6, 2011

dua permata baru ^^


Assalamualaikum.. ok this year Dla a.k.a Cik Ila dapat dua anak sedara baru.. Gembira sangat-sangat, tumpang gembira dengan mama papa mereka hehe.. satu lelaki satu lagi perempuan. 



Muhammad Amsyar Syakirin

Amsyar ni baby kakak Dla (Aseelawati) dengan abg ipar Dla (Mohd Sany)



Nur Zara Shamimi

Zara pula baby abg Dla (Ahmad Nazam) dengan kakak ipar Dla (Nur Suhaina)

Ok semoga baby Amsyar dan baby Zara jadi anak yang soleh dan solehah ye ^^


iluvcratfing: dah ada 9 anak sedara... happy sebab ramai bila balik kampung meriah ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...