Friday, October 2, 2009

Ubati hati yang satu



Hati kecil ini entah bagaimanalah keadaannya. Hati hendak meluahkan sesuatu, tetapi tidak kesampaian. Akal pula tak berhenti berputar melahirkan butir-butir pemikiran namun satu pun tak dapat dilakar oleh pena yang tersemat cantik pada jari jemari.

"Adilah, hatimu sedang sakit.
Segeralah mencari penawar sebelum sekepal daging itu bertambah melarat".

Ya, Dla rasakan diri ini semakin lemah. Semuanya berpunca daripada hati. Hati yang satu ini perlu dicuci terlebih dahulu. Hati Dla rindukan pentarbiyahan. Hati Dla sayangkan suasana ukhwahfillah. Namun, semuanya seolah-olah menjauh. Ketenangan yang dulu tersulam cantik kini mulai tertetas satu persatu.

Hajat, ingin melalui saat kesukaran dan kegelisahan dengan bermuhasabah diri secara bersendirian. Melontar diri jauh sedikit daripada kesibukan duniawi. Dla tidak menceritakan hal yang menyebabkan hati Dla menjadi sakit sehingga menimbulkan gangguan-gangguan lain terhadap diri Dla. Dla berharap, lafaz-lafaz yang tersimpan membuatkan diri Dla nampak normal seolah-olah tiada apa-apa yang terbeban ke atas diri Dla. Namun hal ini dapat dikesan oleh seorang sahabat Dla, sahabat yang benar-benar akrab. Kata sahabat Dla, kadang-kadang terzahir juga dari segi tingkah laku yang suka menyendiri dan mulut yang kurang petah berbicara.

Dla menyelak helaian tafsir, mencari potongan kalimah suci Allah tentang hati.

Firman Allah : "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya, dan rugilah siapa yang mengotorinya". (Asy-Syams : 9)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak, kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat". (Asy-Syura : 88-89)

Terlakar senyuman dalam kepahitan, Allah masih sayang. Dengan kalimah-kalimah suci lagi indah, di situ ada pengharapan. Dla sendiri yang perlu bangkit mengubat hati sebelum bertambah melarat. Dla tidak mahu ada titik hitam yang menodai sekeping hati kecil yang cuma satu ini. Dla menganggap ini ujian pentarbiyahan dari Allah. Hadiah buat dla supaya sentiasa menyedari dan berusaha memperbaiki kekurangan dalam diri.


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

2 comments:

mvp_dina13 said...

TEPI SKET!!!

ssah jga ye nk ubah hati ni ek!
tp, nk sribu daya ek!

adilah md shah said...

selagi ada kemahuan untuk berubah..insya Allah kita boleh..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...