Thursday, November 17, 2011

apa yang awak tahu pasal alergi.. meh Dla kongsi



Assalamualaikum.. kali ni Dla nak cerita pasal alergi. Mungkin ramai yang tahu alergi ni alahan pada sesuatu contohnya makanan laut, debunga, ubatan dan lain-lain lah. Dla nak cerita pasal alahan makanan. Ok menurut apa yang Dla tahu la alahan ni terjadi bila sistem imun badan kita bertindak balas dengan protein tertentu dalam makanan yang kita makan. Sebab tu lah kalau orang yang alahan makan sikit je benda yang buat dia alah, tindakbalas kesan alahan tu cepat je dapat. 

Dla nak cerita la pengalaman Dla, Dla salah seorang insan yang terpilih alah pada makanan laut. Serius ni tak main-main punya cerita. Dla tak boleh makan makanan laut antaranya semua jenis udang termasuk udang kering, semua jenis Mr. Crab a.k.a encik ketam, semua jenis kerang-kepah, lala and so whatever sekutu-sekutu sedara mara semualah. 

Walaupun orang selalu kata kat Dla...

" Rugi sey tak makan udang tu kalau bako pehhh~~ terliur.."
" Den cukup goma makan ketam, kalau ketam masak lomak cili padi terangkat-rangkat den makan "
"kerang ni rasa manis, lala ni sedap masak cili~~ "

Tak kira walau apapun jenis masakan, apa jenis citarasa serius tak kisah pun sebab dah memang benda kita tak boleh makan nak rasa rugi buat apa kan. Lagipun kalau termakan memang menempah sakit kan tak elok seksa diri. Kesian badan lama lagi nak pakai. Orang kata maut jangan dicari. Tak gitu??

Simptom alahan yang Dla dapat ni lebih kurang jela macam orang-orang lain yang kene alahan. Tindakbalas alahan ni cepat tau. Contohnya Dla makan ketam, kejap ke lepas datang la kesan-kesan alahan tu 

Ni alahan biasa yang Dla kena :
  • mula naik ruam-ruam
  • badan dan dahi panas macam nak demam
  • bengkak-bengkak badan dan muka macam zombi
  • hidung mata berair.
  • lemah dan pening
  • Tak selesa dan semua benda tak kena (nak ganti cadar, nak sapu n mop lantai, nak pasang kipas laju-laju nak nak nak nak~~)

Pernah satu hari Dla makan ketam masak lemak. Sebab akak ipar Dla tak tau Dla ada alahan dan Dla pun tak sampai hati tak makan sebab orang dah masak lagipun masa tu tak ada orang lain nak makan so Dla habiskan semua. Dalam 2-3 ekor ketam jugak la. Dan kesannya sangat teruk! bayangkan makan sikit pun ada kesan ni pula makan banyak~~

  • ruam tu of course
  • bengkak2 teruk dan bersatu padu menjadi kan Dla lebih besar daripada biasa he he he 
  • demam dan panas sangat
  • sakit sangat terutamanya bahagian sendi dan tak boleh  nak lipat sendi sebab dah membengkak
  • bila sentuh kulit, rasa pedih
  • sesak nafas sebab salur pernafasan dah mengecil
  • lemah dan tak boleh bangun


Masa ni Dla terbaring dan menangis jela.. Dalam hati jerit "saya perlukan doktor!!" 
Sebenarnya ramai orang berpendapat, bukan ramailah tapi hampir semua menyatakan bahawa alergi atau alahan ni tak ada ubat yang spesifik. Jadi cara yang terbaik adalah JANGAN makan apa yang anda alah. Dan ketahuilah bahawa alahn boleh menyebabkan MAUT. Ini serius........

Tanyalah pada sesiapa yang mengalami alahan yang teruk. Perasaan bila kena alahan tu memang agak terseksa. Kadang-kadang kita dah cuba sebaik mungkin elak makanan yang kita tak boleh makan, tapi ada sesetengah makanan tu bercampur dengan benda yang kita tak boleh makan dan kita tak tahu pun. Mungkin dah potong kecik-kecik dan sukar dilihat, ataupun dah jadi stok, confirm lagi tak nampak. Kita dengan sedap mulut pun makan je dan kesannya .. anda sudah dapat jangka kesannya.

Jadi jaga diri baik-baik. Jaga pemakanan. Cegah lebih baik daripada mengubati. Cewah :) :)

1 comment:

Anonymous said...

Tuan try pakai batu tok wali masa mkn ketam tu. In sha allah xde kesan. Saya adalah antara org yg alahan pd ketam. Dulu hanya mkn secubit terus bengkak bibir, panas2 dan gatal2. Dua hari lps saya tlh pergi mkn maggi ketam bersama keluarga. For sure saya dipaksa mkn maggi ketam. Tapi syukur alhamdulillah saya pakai cincin batu tok wali dan biamillah 5 3x. .. xde apa2 jd pd saya. Hbs sekor ketam mkn. Biasanya letak saje bibir kat ketam dah rasa bisa2. Pedih semua sendi dan bdn.

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...